Gigitan agas boleh menyebabkan alahan teruk terutamanya kepada mereka yang memiliki kulit sensitif terhadap serangga.
Habitat hidupan agas ialah kawasan yang lembab dan berpasir. Agas juga tertarik kepada manusia kerana rembesan karbon dioksida yang dibebaskan dari tubuh badan seseorang.
Bahaya kalau dibiarkan agas membina sarangnya di kawasan rumah kita. Elok Mama segera atasi dengan melakukan beberapa cara menghalau agas yang Mama Siti kongsikan ini. Jangan abaikan, cegah anak Mama dari jadi mangsa seterusnya.
Apa Itu Agas? Dekat Mana Selalu Ada?
Satu spesies serangga yang seakan nyamuk dan sering dijumpai di kawasan pantai dan hutan paya bakau. Padanlah serangga ini kadang-kala mengganggu ketika kita sedang berkelah di kawasan tersebut.
Namun ada kalanya agas boleh membina habitat di rumah kita.
Gigitan agas sering tidak disedari. Berbeza dengan nyamuk yang mempunyai bunyi nyaring apabila terbang mendekati kita.
Ketertarikan agas terhadap manusia adalah kerana proses biologi yang berlaku pada diri seseorang. Pada asasnya, manusia merembeskan karbon dioksida melalui pernafasan dan serangga agas tertarik kepada aromanya.
11 Cara Halau Agas Yang Berkesan dan Praktikal
#1 Bersihkan Longkang Atau Saliran
Campurkan setengah cawan peluntur dengan 4 liter air dan tuangkan ke dalam longkang dan saliran paip di rumah Mama. Selepas itu, bilas dengan air panas dalam kuantiti yang banyak.
#2 Cara Halau Agas Dengan Perangkap Buah
Letakkan buah dalam satu bekas tertutup dan tebuk beberapa lubang kecil pada balutan bekas. Agas akan terhidu bau buah-buahan dari dalam bekas dan terperangkap di dalamnya sebaik sahaja memasuki perangkap buah.
#3 Botol Alkohol
Bekas botol minuman alkohol yang hampir kosong boleh dimanfaatkan dengan meletakkannya di longkap berhampiran dapur Mama.
Aroma alkohol menarik perhatian agas dan apabila ia mencecah air dalam botol, berkemungkinan sayapnya akan mulai berat dan tidak mampu terbang lagi.
#4 Cara Halau Agas Dengan Semburan Serangga
Gunakan penyembur serangga yang diformulasikan khas untuk kegunaan dalam rumah.
#5 Godaan Kertas Pelekat
Warna terang pada kertas pelekat boleh dijadikan idea menghalau agas. Letakkan kertas pelekat di pasu bunga dalam posisi menegak. Gam yang terdapat pada kertas pelekat menghalang agas dari melarikan diri lagi.
#6 Gred Makanan Bumi Diatom, Diatomaceous Earth (DE)
Taburkan serbuk pelelas organik di atas tanah kering dalam pokok-pokok di sekitar rumah Mama. Kemudian, lapiskan dengan sedikit pasir dan ratakan.
#7 Biarkan Tumbuhan Kering
Habitat agas ialah di kawasan yang lembab dan berair. Contohnya dalam pasu bunga. Sekali sekala, Mama terpaksa korbankan pokok bunga agar ia menjadi sedikit kering supaya telur agas dan larvanya mati.
#8 Taman Semula Tumbuhan Dalam Pasu
Jika agas masih berterbangan dalam kawasan rumah Mama, mungkin sudah tiba masanya untuk tanam semula pokok-pokok dalam bekas yang bersih. Selain itu, Mama boleh gunakan tanah yang baru yang belum dicemari oleh telur-telur agas.
#9 Gunakan Bahan Dapur
Buat sendiri campuran untuk halau agas di rumah menggunakan bahan dapur. Campurkan semua bahan di bawah dan letakkan dalam bekas kosong. Biarkan semalaman di kawasan tumpuan agas.
Bahan-bahan:
- Cuka epal/ cuka warna putih – dua sudu
- Gula – satu sudu
- Sedikit cecair pencuci pinggan
- Air – 120 ml
#10 Tanaman Anti Agas
Tak cuma menghalau malah boleh mencantikkan kawasan rumah. Tanaman seperti pokok tahi ayam (Marigold), Geranium dan Lavender antara pokok-pokok yang dicadangkan.
#11 Khidmat Pakar
Kalau sudah semua cara tidak menyelesaikan masalah agas, Mama panggil sahaja individu profesional yang mahir menyelesaikan masalah serangga perosak.
Mereka lebih pakar tentang tempat tinggal dan tempat-tempat yang terdapat banyak agas. Soal kos, Mama boleh berbincang. Tapi untuk kesejahteraan kehidupan kita apa salahnya kan.
Moga-moga Mama bukan salah seorang yang ada alahan teruk terhadap gigitan agas. Kalau tak, susahlah nanti nak bergerak di rumah sendiri. Perlu selalu pakai pakaian lengan panjang pula.
Ayuh kita segera buat langkah pembasmian dan pencegahan agas di kawasan rumah. Risau kalau agas mula menggigit anak kesayangan kita. Pilu hati tengok anak menangis kesakitan bukan, jadi Mama boleh cuba 11 cara halau agas ni ya.
Ikuti tips dan panduan yang memudahkan kehidupan kita yang lain DI SINI.