Mama dan Papa dah buka ke akaun ASB untuk anak-anak? Tahu tak cara buka akaun ASB anak yang betul? Kalau tak tahu, Mama dan Papa boleh ikuti perkongsian Mama Siti kali ini mengenai cara buka akaun ASB anak yang mudah, cepat dan tepat!
Sebelum itu, kalau Mama dan Papa nak tahu Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana unit amanah pelaburan khusus bagi kaum Bumiputera Malaysia sahaja. ASB adalah satu bentuk pelaburan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
ASB ini juga merupakan sebuah platform untuk rakyat Malaysia melabur secara berhemah dalam bidang saham, di mana ia dapat memberi keuntungan jangka panjang yang menguntungkan.
Oleh itu, ramai ibu bapa di Malaysia yang ingin mempelbagaikan sumber kekayaan anak mereka memilih
untuk buka akaun ASB untuk anak mereka.
Mengapa memilih untuk buka akaun ASB anak? Apa manfaat yang diperolehi apabila daftar ASB anak?
Untuk mengetahui apakah cara buka akaun ASB anak dan manfaatnya, Mama dan Papa boleh ikuti perkongsian di bawah!
Cara Buka Akaun ASB Anak dan Manfaatnya
Berikut merupakan beberapa manfaat yang bakal diperoleh sekiranya anda memilih untuk daftar ASB anak iaitu:
- Dividen tahunan yang lumayan
- Pulangan jangka panjang yang konsisten dan kompetitif
- Tiada caja pengeluaran yang dikenakan
- Faedah tanpa had walaupun had limit RM200,000
- Had limit RM200,000 boleh dicapai menggunakan pinjaman ASB
- Pelaburan mudah dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja
- ASB dijamin kerajaan Malaysia, dan dividen serta bonus yang diperolehi dikecualikan daripada cukai
- Kesan kecairan (liquidity) yang tinggi
Panduan Lengkap Cara Buka Akaun ASB Anak
Terdapat beberapa cara buka akaun ASB anak anak Mama dan Papa. Antaranya ialah dengan daftar daftar ASB anak di kaunter atau dengan buka akaun ASB anak secara online.
Bagi makluman Mama dan Papa juga, akaun bagi anak yang umurnya kurang dari 18 tahun adalah di bawah akaun Remaja/Bijak. Rujuk panduan di bawah untuk mengetahui cara buka akaun asb untuk anak.
Daftar ASB Anak di Kaunter ASNB
- Hadir ke mana-mana cawangan ASNB dan bawa bersama MyKad/MyKid/Sijil Lahir anak.
- Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF). Boleh juga dapatkan di SINI dan lengkapkan borang tersebut. Kemudian buat salinan (fotostat) dan perlu disertakan bersama MyKad/MyKid/Sijil Lahir anak.
- MyKad Mama juga perlu sebagai Penjaga Pendafatr dan jangan lupa untuk fotostat MyKad Mama.
- Sertakan juga wang tunai sebagai permulaan pelaburan mengikut tabung unit amanah yang dipilih.
- Serahkan borang ASNB DF beserta dengan salinan MyKad/MyKid/Sijil Kelahiran pemohon (anak) juga salinan MyKad Mama apabila tiba giliran anda.
- Langkah terakhir adalah lakukan deposit wang tunai pada akaun dan urusan pembukaan ini telah pun selesai.
Selain itu, Mama juga boleh memilih daftar ASB anak di mana-mana bank terpilih yang juga merupakan ejen sah kepada ASNB.
Antara bank tersebut adalah Maybank, CIMB Bank, RHB, Alliance Bank, Affin Bank, Bank Muamalat, Hong Leong Bank, POS Malaysia dan Bank Islam.
Daftar ASNB Anak di Kaunter Bank Terpilih atau Melalui Ajen ASNB
- Hadir ke mana-mana kaunter bank atau ejen sah ASNB dan bawa bersama MyKad/MyKid/Sijil Lahir anak Mama.
- Dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF). Boleh juga dapatkan di SINI dan lengkapkan borang tersebut. Kemudian buat salinan (fotostat) dan perlu disertakan bersama MyKad/MyKid/Sijil Lahir anak.
- MyKad Mama juga perlu sebagai Penjaga Pendafatr dan jangan lupa untuk fotostat MyKad anda.
- Sertakan juga wang tunai sebagai permulaan pelaburan mengikut tabung unit amanah yang dipilih.
- Serahkan borang ASNB DF beserta dengan salinan MyKad/MyKid/Sijil Kelahiran pemohon (anak) juga salinan MyKad Mommy apabila tiba giliran Mama.
- Langkah terakhir adalah lakukan deposit wang tunai pada akaun dan urusan pembukaan ini telah pun selesai.
Cara Daftar Akaun ASB Anak Online
Jika Mama malas untuk bersesak-sesak dan menunggu lama, Mama boleh memilih untuk buka akaun ASB anak dengan cara buka akaun ASB anak online atau atas talian melalui aplikasi myASNB. Cara daftar ASB anak online adalah seperti berikut:
- Muat turun aplikasi myASNB di Google Play atau Apple Store.
- Klik pada butang daftar.
- Pilih jenis ID, jika Mama memilih nombor kad pengenalan, masukkan no MyKad anak bersama-sama dengan nombor telefon anda.
- Satu nombor OTP akan dihantar ke telefon Mama untuk tujuan pengesahan.
- Lengkapkan maklumat peribadi, akaun, dan pengesahan identiti.
- Selesai.
Mudahkan? Oleh itu, jangan berlengah lagi. Cepat-cepat daftar untuk masa depan anak anda. Pastikan Mama memastikan semua dokumen-dokumen yang diperlukan telah lengkap sebelum memulakan prosedur.
Bagi memastikan pelaburan Mama dan Papa memberi hasil jangka panjang yang menguntungkan, pastikan juga anda terus melabur dan memantau kembali pelaburan anda dari masa ke semasa.
Dapatkan juga tips dan panduan mengenai pendidikan dan masa depan anak-anak di SINI!