KelabMama

Cara Buat Lempeng ‘Tepek Nyor’ Yang Lembut, Mudah dan Cepat

“Dah sejuk pun masih lembut lagi.” Itulah yang dikatakan oleh pemilik resepi ini Marina Ismail yang masak lempeng kerana ingin memenuhi permintaan ibunya.

Cara buat lempeng yang dikongsikan ini sedap sangat ada rasa lemak-lemak masin. Sekali makan entah-entah sampai tiga keping.

Jom, Mama Siti kongsikan resepi lempeng kelapa yang lembut ni!

Resepi Lempeng Paling Mudah 

Resepi oleh: Marina Ismail

Bahan-bahan

Cara-cara

#1 Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan satu cawan tepung gandum, satu cawan air, satu setengah cawan kelapa parut, setengah sudu teh baking powder.

Kredit gambar: Marina Ismail

#2 Kemudian, gaulkan semua bahan sehingga sebati. 

Kredit gambar: Marina Ismail

#3 Panaskan kuali dan sapukan dengan sedikit minyak. Sendukkan adunan secukupnya dan buat bentuk bulatan. Masak dengan api sederhana.

Kredit gambar: Marina Ismail

#4 Balik-balikkan lempeng sehingga ianya menjadi garing. 

Kredit gambar: Marina Ismail

Tips Tambahan & Cara Buat Lempeng Yang Mudah Ini

Tekstur yang lembut dengan rasanya yang lemak-lemak masin tu buat kita tak sabar nak cuba resepi ni. Sudah lah senang, sedap pula tu.


Dapatkan lebih banyak resepi masakan dan tips nutrisi di SINI!