“Dah sejuk pun masih lembut lagi.” Itulah yang dikatakan oleh pemilik resepi ini Marina Ismail yang masak lempeng kerana ingin memenuhi permintaan ibunya.
Cara buat lempeng yang dikongsikan ini sedap sangat ada rasa lemak-lemak masin. Sekali makan entah-entah sampai tiga keping.
Jom, Mama Siti kongsikan resepi lempeng kelapa yang lembut ni!
Resepi Lempeng Paling Mudah
Resepi oleh: Marina Ismail
Bahan-bahan
- Tepung gandum
- Air
- Kelapa parut
- Serbuk penaik (Baking powder)
- Garam
Cara-cara
#1 Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan satu cawan tepung gandum, satu cawan air, satu setengah cawan kelapa parut, setengah sudu teh baking powder.
#2 Kemudian, gaulkan semua bahan sehingga sebati.
#3 Panaskan kuali dan sapukan dengan sedikit minyak. Sendukkan adunan secukupnya dan buat bentuk bulatan. Masak dengan api sederhana.
#4 Balik-balikkan lempeng sehingga ianya menjadi garing.
Tips Tambahan & Cara Buat Lempeng Yang Mudah Ini
- Masukkan air sedikit demi sedikit agar adunan lempeng menjadi tidak terlalu lembut atau keras semasa digoreng.
- Bagi mendapatkan hasil yang lebih cantik, gunakan kuali anti lekat (non-stick pan).
Tekstur yang lembut dengan rasanya yang lemak-lemak masin tu buat kita tak sabar nak cuba resepi ni. Sudah lah senang, sedap pula tu.
Dapatkan lebih banyak resepi masakan dan tips nutrisi di SINI!