KelabMama

ANAK MAMA DAH MASUK 6 BULAN? INI CARA BETUL BERI BAYI MAKAN

Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediakan makanan buat si comel. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat. Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran.

BAYI MENOLAK MAKANAN

Menjadi kebiasaan apabila bayi anda menolak makanan ketika kali pertama diberikan. Jika ini berlaku jangan berputus asa kerana ia fenomena biasa bagi si kecil. Sebaiknya anda perlu mencuba memperkenalkan resipi bubur kepada bayi sehingga 10 kali, sebelum memutuskan bayi anda tidak menyukainya. Jika bayi tetap menolak, anda boleh menambahkan bahan makanan yang ‘akrab’ di lidahnya, seperti susu ibu. Secara bertahap, anda boleh memperkenalkan pelbagai sayuran seperti kentang, lobak merah atau labu ketika membuat makanan si kecil. Daging ayam yang dicincang boleh dimasukkan juga.

CARA MENYIMPAN MAKANAN BAYI

NUTRISI YANG DIPERLUKAN BAYI PADA USIA ENAM BULAN

  1. Protein – Protein membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.
  1. Lemak – Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.
  1. Karbohidrat – Karbohidrat adalah sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.
  1. Vitamin dan mineral – Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.

Artikel ini diolah daripada Harian Metro.