KelabMama

Cegah Telinga Berkulat Dengan Cara Bersihkan Telinga Kucing Yang Betul Di Rumah

Dulu masa Mama Siti tak ada kucing, selalu tertanya-tanya bagaimana penjaga kucing-kucing menjaga kebersihan kucing mereka. 

Rupanya, salah satu faktor kebersihan yang dititikberatkan ialah telinga kucing. Kegagalan membersihkan telinga kucing cenderung dijangkiti penyakit yang serius. 

Nak tahu cara bersihkan telinga kucing, teruskan membaca!

Cara Bersihkan Telinga Kucing

#1 Sediakan Peralatan

Kredit gambar: The Pusak Platoon

Kerja akan lebih mudah kalau semua barang-barang diperlukan sudah tersedia. Produk pembersihan telinga kucing boleh didapatkan di kedai haiwan atau secara atau talian. 

Produk yang mendapat saranan doktor veterinar perlu lebih diutamakan agar bersesuaian dengan kucing Mama.  

#2 Buat Kucing Selesa

Kredit gambar: The Pusak Platoon

Lebih-lebih lagi pada kucing yang belum pernah dibersihkan telinganya. Mama andaikan kucing-kucing ini sebagai kucing jalanan yang dipelihara. 

Buat mereka selesa dengan bermain-main sebelum membersihkan telinga agar kucing rasa tenang dan dapat membina keyakinan.

Kemudian, barulah boleh balut badan kucing dengan tuala secara perlahan-lahan dan mulakan proses membersihkan telinga. 

#3 Lembut dan Berhati-hati

Kredit gambar: The Pusak Platoon

Buang kotoran dengan lembut terutamanya di bahagian dalam telinga kucing dengan supaya tidak terluka. 

Jika Mama menggunakan sabun, pastikan air sabun tidak masuk ke dalam telinga kucing. Ia akan membuatkan kucing meronta-ronta minta dilepaskan.  

#4 Pemerhatian

Kredit gambar: The Pusak Platoon

Pemerhatian semasa membersihkan:

Ketika membersihkan telinga kucing, lihat sama ada ada sebarang kecederaan, luka atau parasit pada telinga kucing. 

Jika terdapat kerak, kurap atau nanah segera lakukan proses mengubatan atau pergi ke klinik haiwan untuk dapatkan rawatan dari veterinar. 

Pemerhatian selepas membersihkan 

Ada kalanya kita membersihkan telinga kucing dengan alat dan cecair yang tidak bersesuaian dengan keadaan telinga kucing. Justeru, selepas selesai membersihkan cuba lihat kalau-kalau kucing menunjukkan rasa tidak selesa.  

#5 Bersihkan Luar Telinga

Kredit gambar: The Pusak Platoon

Ambil beberapa bebola kapas dan basahkan dengan produk pembersih telinga kucing. Selepas itu, bersihkan bahagian luar telinga secara perlahan-lahan. 

#6 Bersihkan Dalam Telinga

Kredit gambar: The Pusak Platoon

Mama akan perasan terdapat kotoran hitam dalam kebanyakkan telinga kucing yang jarang atau tidak pernah dibersihkan. 

Mama perlu basahkan kapas dan buang keluar kotoran tersebut dengan lembut. Elakkan sumbat atau tolak kapas terlalu dalam kerana boleh mengakibatkan ketidakselesaan. 

#7 Keringkan Telinga Kucing

Kredit gambar: Hepper

Keringkan telinga kucing dengan kapas yang kering. Mama juga boleh menggunakan putik kapas untuk mengeringkan sudut-sudut telinga yang susah dicapai dengan bebola kapas. 

Ulang proses ini di kedua-dua bahagian telinga kucing hingga dipastikan sudah benar-benar bersih dari sebarang kekotoran. 

#8 Jadual Berkala

Kredit gambar: Investopedia

Kalau dah buat keputusan nak bela kucing maknanya Mama dah sedia nak beri komitmen penjagaan kucing secara rutin. 

Telinga kucing hendaklah dibersihkan secara berkala iaitu sekurang-kurangnya sekali hingga dua kali seminggu untuk mengelakkan masalah kesihatan haiwan peliharaan itu. 

Kebaikan Bersihkan Telinga Kucing

Kredit gambar: rspcapetinsurance.org.au

Bila telinga kucing bersih, tak ada lagilah risiko kulat atau jangkitan pada haiwan peliharaan Mama. Ahli keluarga kita pun sentiasa sihat dan selamat. 

Ada juga yang kata bila telinga kucing bersih, kita dapat melindungi kucing dari masalah kesihatan lain yang boleh membahayakan nyawanya. 

Kucing kita pun jadi wangi atau setidak-tidaknya tiada bau yang tidak menyenangkan setiap kali kita nak gomol dan bermain-main dengannya. 

Kredit gambar: The Spruce Pets

Lebih-lebih lagi bila kucing Mama dalam kategori kucing ‘outdoor’ yang sering bermain di luar rumah. Tak nak lah kucing kesayangan kita jadi agen penyebaran bakteria kepada ahli keluarga kan. 

Oleh itu, ikuti cara membersihkan telinga kucing yang betul dengan menggunakan bahan, cecair dan teknik yang Mama Siti kongsikan ini ya. 


Ada banyak lagi tips kecantikan dan kebersihan rumah di SINI!