Mama Papa tahu tak cara bersihkan rebung? Rebung merupakan antara makanan tradisi orang-orang melayu, dan masih lagi menjadi antara lauk kegemaran bagi orang-orang kampung.
Rebung buluh digunakan sebagai ganti kepada bahan daging dalam masakan seperti daging lembu, ayam, ikan dan sebagainya, diolah kepada lauk seperti gulai rebung, masak lemak rebung, dan terdapat juga menu-menu khusus tempatan seperti rendang rebung di Perak.
Rebung menjadi salah satu makanan kegemaran orang Melayu, namun jarang didapati di kedai-kedai nasi berlauk. Kebanyakan masyarakat yang tinggal di kampung mudah mendapatkan rebung buluh untuk di masak, tapi untuk kita yang berada di bandar memang susah nak cari!
Jumpa pun jarang, apatah lagi memersihkan dan memasak rebung kan! Harini Mama siti nak ajar macam mana cara untuk menguruskan rebung, supaya Mama Papa boleh masak sendiri di rumah. Baca sampai habis tau! Jangan nanti dah masak tiba-tiba ada rasa pahit rebung dan gatal-gatal.
Cara Bersihkan Rebung Yang Berkesan
1. Buang Lapisan Luar Rebung
Sama seperti proses memasak jantung pisang atau jagung, untuk memasak rebung juga kita hanya menggunakan bahagian dalamnya sahaja dan kulit luarnya perlu dikopek hingga bahagian isi bewarna .
Buang kulit rebung di bahagian pangkal menggunakan pisau terlebih dahulu dan selebihnya boleh dikupas hanya dengan menggunakan tangan.
Untuk rebung buluh yang bersaiz besar anda perlu menggunakan pisau untuk membuang kesemua kulit rebung.
Setelah habis mengupas kulit rebung, potong bahagian muncung rebung yang tidak boleh dimakan dan cuci dengan baik, kemudian anda akan dapat bentuk seperti gambar dibawah.
SILA AMBIL PERHATIAN: Cara membersihkan buluh berbeza pada langkah mengupas mengikut bentuk, jenis, dan saiz rebung buluh. Namun kesemuanya perlu dibuang kulit luarnya terlebih dahulu.
2. Hiris
Bergantung kepada masakan yang anda ingin buat, terdapat beberapa cara yang berlainan tetapi kebiasaannya bagi kebanyakan masakan Melayu ialah memotng nipis seperti gambar berikut:
Bahagian yang keras boleh diasingkan dan jangan diguna untuk membuat masakan.
3. Rendam
Setelah habis memotong, rendam rebung yang telah dipotong untuk menghilangkan bau dan rasa pahit rebung. tetapi kebanyakan rebung susah untuk menghilangkan rasa dan bau pahit rebung. Berikut adalah langkah-langkah yang lebih berkesan untuk membuang bau dan rasa pahit rebung.
Tips Membuang Bau Dan Rasa Pahit Rebung
1. Gunakan Garam
Selepas dipotong, rendam rebung dalam larutan air garam selama ± 10-20 minit. Selepas itu, buang airnya dan rebung sedia untuk diproses. Ini boleh menghilangkan bau dan rasa pahitnya.
Selain itu, anda juga boleh menguli kepingan rebung dengan garam selama ± 10-20 minit. Kemudian bilas rebung sebelum diproses.
2. Rebus bersama rempah
Rebus rebung bersama daun limau purut dan daun salam hingga empuk. Buang air rebusan dan rebung sedia untuk diproses.
3. Air Kapur Sirih
Rendam rebung yang telah dipotong ke dalam air kapur sirih. Selain menghilangkan aroma dan rasa pahit, kaedah ini juga dapat mengekalkan tekstur rebung.
5. Air Kelapa
Aroma rebung boleh dihilangkan dengan merebusnya dalam air biasa sehingga lembut. Selain itu, ada juga yang merebus rebung menggunakan air kelapa. Rebus rebung dalam air kelapa hingga empuk. Kaedah ini juga dapat memberikan rasa tambahan untuk rebung
Untuk lebih banyak menu dan resipi klik SINI.