Lidah bayi yang bersih dan sihat penting demi kesihatan mulut dan gigi mereka. Namun, membersihkan lidah bayi bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi jika menggunakan cara bersihkan lidah bayi yang tidak tepat.
Hal ini adalah kerana ia mungkin akan mendatangkan rasa tidak selesa bagi bayi dan menjadi satu kerisauan kepada ibu bapa sekiranya akan menyakiti bayi mereka.
Jangkitan Candida (Oral Thrush) yang juga dikenali sebagai kulat susu boleh berlaku kepada bayi sekiranya lidah mereka tidak dibersihkan dengan betul. Tetapi, Mama jangan salah anggap pula dengan menganggap ia berpunca dari air susu Mama sendiri.
Kulat yang terbentuk di lidah bayi ini sebenarnya Mama, bukanlah disebabkan oleh susu Mama (lidah berwarna putih), sebaliknya disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai Candida Albicans. Jika teruk, Mama boleh lihat dalam permukaan mulut terutama bibir bayi putih seperti melepuh.
Untuk atasi masalah kulat susu atau lidah berwarna putih ini, terdapat beberapa cara bersihkan lidah berwarna putih yang Mama boleh cuba dengan mengikuti perkongsian Mama Siti di bawah. Jom lihat!
Panduan Cara Bersihkan Lidah Bayi dengan Betul
Berikut adalah cara nak bersihkan lidah bayi dengan mudah menggunakan alat bersihkan lidah bayi iaitu:
#1. Gunakan Kain Bersih antara Cara Membersihkan Lidah Bayi Putih
Mama boleh menggunakan kain bersih sebagai alat bersihkan lidah bayi yang diperbuat dari bahan yang lembut seperti sapu tangan untuk membersihkan lidah si kecil Mama.
Cara nak bersihkan lidah bayi menggunakan kain ini, Mama perlu basahkan terlebih dahulu kain tersebut dengan air suam kemudian buka mulut bayi dengan lembut dan perlahan supaya si kecil Mama tidak terkejut dan menolak.
Masukkan kain dan bersihkan dari bahagian belakang ke depan terutama di bahagian lidah berwarna putih. Elakkan dari menekan terlalu keras kerana ianya akan membuatkan si manja Mama tidak selesa.
#2. Pembersih Lidah Bayi (silikon)
Selain itu, Mama juga boleh gunakan pembersih lidah bayi yang merupakan alat bersihkan lidah bayi diperbuat dari silikon. Ia berbentuk seperti berus di hujungnya.
Cara penggunaan alat bersihkan lidah bayi ini sangat mudah iaitu dengan hanya basahkan sedikit bahagian berusnya kemudian boleh terus digosok pada lidah dari bahagian belakang ke depan.
Ianya lembut pada lidah bayi namun jangan terlalu kuat semasa menggosok kerana risau bayi Mama akan menolak.
#3. Guna Pembersih Lidah Bayi (kain) sebagai Cara Bersihkan Lidah Bayi dengan Lebih Mudah
Cara bersihkan lidah bayi bekas susu seterusnya hampir sama dengan di atas, namun alat bersihkan lidah bayi yang digunakan adalah jenis yang berbeza.
Mama boleh dapatkan pembersih mulut bayi (Oral Cleaner) di pasaran. Ia direka bentuk khas untuk membersihkan lidah bayi putih atau dikenali kulat susu.
Pembersih lidah ini mempunyai batang dan bahagian untuk mencuci lidah bayi yang diperbuat dari kain cotton.
Sebelum Mama gosokkan pada lidah bayi pastikan untuk mencelupkan dahulu bahagian hujungnya di dalam air suam. Cuci lidah bayi dari bahagian belakang ke depan.
#4. Berikan Air Selepas Makan
Selain itu, cara lain ialah dengan memberikan air minuman kepada bayi selepas selesai makan. Ini bertujuan untuk membantu membersihkan lidah bayi dari sisa makanan yang melekat pada gigi dan rongga mulut.
Namun, pastikan air yang diberikan bersih dan tidak mengandungi gula.
Cara ini tidak begitu efektif kerana masih terdapat kesan lidah bayi putih oleh kerana tidak dapat mencuci dengan baik tetapi masih boleh dilakukan kerana sedikit sebanyak membantu membersihkan rongga mulut bayi Mama.
#5. Bersihkan Lidah Bayi Secara Teratur
Membersihkan lidah bayi sebaiknya dilakukan pada setiap hari. Dengan itu, bakteria dan kulat tidak dapat membiak di dalam mulut bayi dan dapat membantu menghilangkan bau mulut serta infeksi.
5 Tips Cuci Lidah Bayi
Berikut adalah beberapa tips yang boleh Mama gunakan cara bersihkan lidah bayi baru lahir atau cara bersihkan lidah bayi bekas susu iaitu:
- Pastikan dahulu samada ianya adalah jangkitan kulat atau lapisan susu biasa. Sekiranya ianya adalah lapisan susu biasa cuci seperti biasa tetapi sekiranya ianya adalah jangkitan kulat bawa bayi Mama berjumpa dengan doktor untuk rawatan.
- Cuci lidah bayi dengan cara yang betul dan sekerap mungkin supaya kebersihan mulut bayi Mama terjaga.
- Utamakan rutin pembersihan payudara dan puting susu botol sebelum dan selepas menyusu.
- Kurangkan risiko di persekitaran bayi Mama dengan memastikan segala alatan penyusuan juga mainan bayi dicuci dengan air panas kerana bayi cenderung untuk memasukkannya ke dalam mulut semasa bermain. Selain itu, cuci tangan sebelum dan selepas penyusuan.
- Awasi tanda bahaya berkenaan dengan lidah bayi Mama kerana dikhuatiri mengganggu keselesaan dan kesihatan bayi.
Kesimpulannya, selain masalah tongue tie, antara penyebab lain bayi enggan menyusu adalah disebabkan oleh ketidakselesaan yang berpunca dari mulut terutama disebabkan jangkitan kulat susu ini.
Oleh itu, penting untuk menjaga kebersihan rongga mulut bayi serta bekas susu (botol susu) agar terhindar dari masalah seperti jangkitan kulat seperti di atas.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!
Ikuti panduan penjagaan bayi yang lain di SINI.