Berbanding dengan kerang atau lala, isi kupang lebih besar dan kenyal serta berwarna putih hingga oren. Dan cara bersihkan kupang juga agak berbeza dengan kerang atau lala.
Kebersihan kupang dilihat daripada kulit luar dan isi dalamnya. Kulit luar mestilah bersih daripada lumpur dan teritip. Manakala rambut perlu dipisahkan daripada isi kupang.
Berikut merupakan cara bersihkan kupang yang Mama boleh cuba:
5 Cara Bersihkan Kupang Sebelum Dimasak
#1 Buang Teritip
Haiwan bercangkerang memang adakalanya ada teritip di kulitnya. Oleh itu, cara dapatkan kupang yang bersih adalah dengan buang teritip menggunakan pisau dengan cara kikis secara berhati-hati.
Tanda teritip sudah dibersihkan ialah kulit kupang akan menjadi licin selepas dibasuh.
#2 Tarik dan Buang Rambut Kupang
Lagi satu kriteria kebersihan kupang sebelum dimasak ialah rambutnya sudah dibuang.
Cara nak buang rambut kupang?
Ada dua cara nak buang rambut dalam isi kupang. Ia bergantung kepada cara masakan Mama nanti samada nak masak dengan kulit atau hanya isinya sahaja.
- Masak dengan cangkerang – tarik dan rambut akan terpisah dari isi kupang.
- Masak tanpa cangkerang – pisahkan isi daripada cangkerangnya kemudian tarik dan buang rambutnya.
Jika sudah pisahkan dari cangkerangnya terlebih dahulu, sebenarnya lebih mudah kalau Mama guna gunting untuk buang rambut.
#3 Rebus
Ini tips tambahan, ada orang buat, ada orang tak buat. Untuk buang air dari kupang, Mama boleh rebus kupang dan biarkan hingga kupang terbuka.
Ianya bertujuan untuk membuang pasir dan lumpur yang masih ada dalam cangkerang kupang.
#4 Rendam Kupang
Rendam kupang dalam air sejuk selama 20 minit untuk menggalakkan ia mengeluarkan pasir, lumpur atau bendasing yang ada di dalam cangkerang.
#5 Terus Masak
Kupang yang telah direbus kali pertama tak perlu dibilas lagi, tetapi Mama terus masukkan dalam masakan pilihan masing-masing.
Kalau rebus kali kedua, bimbang rasa manis dari kupang tu akan hilang dan mestilah lauk kita masak tu kurang ‘kick’.
Tips Pastikan Kupang Segar
Kupang boleh mengekalkan kesegarannya jika disimpan dengan cara yang betul.
Jika Mama membeli kupang yang segar di pasar, hendaklah bersihkan kupang dalam masa kurang 24 jam.
Kemudian, kupang yang segar tidak boleh direndam dalam air tetapi simpan dalam bekas berlubang kemudian bungkus dengan tuala atau kertas. Lanjut, terus simpan dalam peti sejuk beku.
Cara kedua, letak kupang dalam bekas dan simpan bekas yang ada kupang itu dalam bekas berisi ais.
Tapi ingat! Kalau sampai air ais masuk dalam kupang, kalau tak kupang dah tak segar dah nanti.
Kupang Sedap Masak Apa?
Kalau Mama Siti peribadi, kupang selalu dimasak lemak cili api. Sedap betul!
Tapi sebenarnya kupang sesuai untuk dimasak menu lain juga contohnya;
- Rendang kupang
- Spaghetti aglio olio bersama kupang
- Kupang masak kam heong
- Kupang rebus serai
Resepi Spaghetti Aglio Olio Bersama Kupang
Mama Siti kongsikan resepi aglio olio sebab menu ini antara yang mudah dimasak dan tak ambil masa lama di dapur. Jom, cuba!
- Panaskan minyak dan masukkan bawang putih kemudian tumis hingga naik bau.
- Masukkan isi kupang yang telah dibersihkan bersama-sama dengan serbuk cili dan garam. Biarkan hingga kupang masak.
- Masukkan mi spaghetti dan gaul hingga semua rasa menyatu. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
Isi kupang yang besar dan kenyal menjadikannya sesuai dimasak dalam pelbagai masakan. Namun begitu yang paling penting adalah untuk memastikan kupang bersih sebelum dimasak.
Diharap artikel ini menjadi panduan untuk Mama siang makanan laut.
Belajar cara siang makanan laut yang lain dan tips semasa di dapur di SINI.