Dua minggu sekali ialah tempoh yang dicadangkan untuk membersihkan kipas angin demi menjaga kesihatan dan kualiti kipas angin untuk jangka masa panjang.
Tapi proses membersihkan kipas angin selalu buatkan kita penat dan memakan waktu. Tak larat nak buka satu-satu komponen kipas.
Mudah-mudahan dengan adanya cara bersihkan kipas angin yang dikongsikan ini, dapat mempercepatkan masa dan menjimatkan tenaga Mama ketika membersihkan rumah.
Cara Bersihkan Kipas Angin Tanpa Buka Penutup
Item yang diperlukan ialah:
- Cuka
- Serbuk penaik
- Sabun pencuci
- Plastik besar
- Kain lap
- Botol semburan
#1 Mula-mula, Mama perlu campurkan cuka, serbuk penaik dan sabun pencuci dalam satu bekas mengikut ratio yang sama.
#2 Selepas itu, penting untuk dipastikan agar ketiga-tiga bahan itu tercampur rata iaitu dengan mengaulkannya. Tanda bahan tersebut sudah sebati ialah sebatian akan bertukar menjadi pekat dan berwarna putih susu.
#3 Seterusnya, Mama hendaklah memasukkan sebatian cecair itu ke dalam botol semburan (spray) untuk memudahkan proses meletakkan bahan pencuci pada penutup kipas dan bilahnya sekali.
#4 Jika tidak ada botol semburan, cukup sekadar sapukan sebatian cecair pada penutup dan setiap bilah kipas yang akan dibersihkan nanti. Lebihkan cecair pencuci kipas angin di kawasan yang terdapat banyak habuk.
#5 Plastik besar yang disarankan ialah kira-kira bersaiz plastik sampah berwarna hitam. Namun Mama juga boleh menggunakan sarung bantal yang sudah tidak digunakan untuk membungkus kipas angin.
#6 Kipas angin perlu dibiarkan selama 20 hingga 30 minit sebelum beranjak ke langkah seterusnya.
#7 Kemudian, barulah kita lap penutup dan bilah kipas angin dengan kain lap supaya habuk yang melekat dapat ditanggalkan. Ianya juga dapat memastikan kedua-dua penutup dan bilah kipas betul-betul bersih dari kotoran.
Kotoran Degil Tak Faham Bahasa!
Memang ada keadaan di mana kotoran pada bilah kipas dan di antara celahan gagal ditanggalkan. Perkara ini berlaku apabila kipas angin telah sangat lama tidak dicuci lalu mengakibatkan kotoran degil melekat dan menebal pada kipas angin.
Tiada cara lain yang boleh diusahakan selain meleraikan komponen kipas angin agar dapat mencuci kotoran degil dan memastikan habuk pada celahan kipas angin pun dapat disingkirkan.
Nota Penting: Tutup suis kipas atau lebih baik lagi, bekalan elektrik ketika membersihkan kipas angin untuk mengelakkan dari renjatan elektrik dan kemalangan.
Nak Lebih Mudah? Cuba Cara Ini!
#1 Guna Pengering Rambut (Hair Dryer)
Caranya adalah dengan menjarakkan kipas angin dengan pengering rambut pada 12- 25 cm. Kemudian, kenal pasti udara yang paling rendah dan hidupkan pengering rambut.
Tiupan udara daripada pengering rambut dapat membuang habuk yang ada pada kipas angin.
#2 Pembersih Vakum
Pembersih vakum fungsinya menyedut debu dan habuk. Maka sesuailah dengan tips pembersihan kali ini iaitu membersihkan kipas angin.
#3 Guna Blower
Manfaatkan blower yang ada di rumah dengan membersihkan kipas tanpa buka penutupnya. Pertama sekali, Mama perlu bawa kipas ke luar rumah.
Selepas itu, hidupkan blower dan halakan ke arah kipas bagi membuang kotoran yang terdapat pada kipas angin.
Namun begitu, kaedah ini hanya sesuai untuk mereka yang tinggal di rumah teres atau bungalow yang memiliki ruang persendirian luas.
Juga ianya hanya boleh dilakukan jika habuk masih nipis dan tidak melekat pada bilah kipas dan penutupnya.
Proses yang melecehkan menjadi punca seseorang malas membersihkan kipas. Namun dengan adanya cara bersihkan kipas angin yang Mama Siti kongsikan ini, Mama boleh menjimatkan tenaga membersihkan rumah.
Lebih banyak tips rumah tangga ada di SINI!