Kalau bab bersihkan kipas ni sudah pasti tugas Papa kan. Dan selalunya time nak cuci kipaslah kerja yang paling malas dan renyah nak buat. Sebab nanti ada habuk berterbangan.
Bukan setakat habuk je, nak bersihkan pun rumitkan. Bukan setakat kipas angin je yang rumit, kipas syiling pun sama kalau nak bersihkan.
Kali ni Mama Siti ada jalan penyelesaian untuk masalah Papa ni. Bukan setakat kipas angin je, dengan kipas syiling sekali Mama Siti kongsikan cara nak bersihnya.
Cara Bersihkan Kipas Angin di Syiling
Selalunya akan gunakan mop kipas atau kain lap kan. Kali ni Mama Siti share cara nak bersihkan kipas syiling dengan 5 minit je. Tak ada lagi habuk nak terbang sana sini time lap kipas.
Apa yang Papa perlukan ialah cuka, bottle spray dan sarung bantal lama. Jangan pula Papa gunakan sarung bantal yang baru tau, mengamuk Mama nanti.
Cara untuk Bersihnya
1. Membuat Bancuhan Air Cuka
Papa bancuhkan dua sudu besar cuka dengan sedikit air biasa. Kemudian Papa masukkan bancuhan air tadi ke dalam bottle spray.
Macam yang kita tahu, cuka juga boleh bertindak sebagai agen pembersih kerana mempunyai sifat berasid dan antibakteria.
2. Spray cuka pada sarung bantal
Bila Papa dah masukkan bancuhan ke dalam bottle spray, semburkan pula ke bahagian dalam sarung bantal. Sembur secukupnya hingga agak lembap.
Sarungkan sarung bantal yang disembur tadi pada bilah kipas.
3. Kesat habuk sampai bersih
Bila Papa dah siap sarungkan bilah kipas. Papa sudah boleh mula mengesat habuk-habuk pada kipas hingga bersih.
Kenapa guna sarung bantal? Sebab semua habuk kipas akan jatuh dalam bantal. Jadi, tak ada lagi masalah habuk terbang sana sini.
Mudah dan cepat kan guna cara ni. Sarung bantal yang gunakan tadi jangan buang tau, Papa cucikan semula supaya boleh digunakan lagi.
NOTA: Kalau tak ada cuka atau Papa tak nak pakai cuka pun tak apa. Boleh gantikan dengan pencuci yang lain macam sabun pencuci ke.
Cara Bersihkan Kipas Angin
Ni pun senang juga nak bersihkan. Selalunya Papa akan tanggalkan satu-satu komponen kipas kan kalau nak bersihkan.
Tapi dengan cara Mama Siti ni, Papa tak perlu dah nak buat macam tu. Sembur-sembur je settle masalah.
Apa yang Papa perlukan ialah:
- Cuka tapi guna setengah gelas je
- 3 sudu baking soda (boleh guna apa-apa jenama je)
- 2 sudu sabun pencuci pinggan
- Spray bottle
- Plastik (kalau boleh guna plastik saiz besar)
Cara untuk Bersihnya
1. Cuka, Baking Soda dan Sabun Pencuci Pinggan
Campurkan cuka (setengah gelas), baking soda dan sabun pencuci pinggan ke dalam gelas dan kacau sehingga sebati ketiga bahan ni.
2. Masukkan dalam Spray Bottle
Selepas dah sebati, masukkan bancuhan ke dalam spray bottle dan Papa goncankan botol sekali lagi.
Kemudian, Papa semburkan campuran tu pada permukaan kipas yang kotor.
3. Balut Kipas dengan Plastik
Selepas itu, Papa balutkan kipas dengan plastik. Make sure plastik yang Papa gunakan kena lebih besar dari kepala kipas ye.
Tekan pada kelajuan maksimum kipas selama 5 minit. Selepas itu, buka semula plastik dan kipas Papa sudah kelihatan bersih.
NOTA: Pastikan Papa gunakan plastik yang bersaiz besar ye dari kepala kipas.
Senang kan kalau cuci kipas dengan cara. Dalam masa sepuluh minit je dah settle. Bukan Papa je boleh buat, Mama pun boleh buat sama. Selamat mencuba.
Dapatkan lebih banyak tips dan nasihat di SINI.