Berpantang adalah sesuatu perkara yang normal dan selalu diamalkan dalam masyarakat kita.
Namun, adakah perlu untuk kita berpantang? Adakah pantang itu wajib? Apa cara berpantang yang boleh kita amalkan?
Jom ketahui dengan lebih lanjut tentang berpantang dengan Mama Siti di sini!
Seorang doktor, Imelda Balchin pernah berkongsikan kebenaran tentang isu berpantang selepas bersalin ini di laman Facebook miliknya.
Dr. Imelda, seorang Profesor Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, berkata bahawa tradisi ‘berpantang’ ini sebenarnya merupakan satu kemewahan untuk orang-orang yang berada kerana bukan semua orang mempunyai kehidupan yang mewah atau mampu.
Berpantang Yang Wajib dalam Islam
#Tidak Membuat Hubungan Kelamin Bersama Suami
Dalam Islam, berpantang yang WAJIB dilakukan selepas bersalin ialah tidak membuat hubungan kelamin dengan suami selagi darah nifas belum kering (sampai had maksima 60 hari diberikan, dan bukan hanya 40 hari).
Si isteri sudah boleh bersama dengan suami lebih awal daripada 40 hari jika darah nifasnya kering lebih awal dari tempoh tersebut.
Peranan Suami & Orang Sekeliling Kepada Isteri Semasa Berpantang
Bagi perkara yang lain pula, semuanya bukan wajib. Yang penting ialah ibu-ibu diberi sokongan emosi oleh suami dan ahli keluarga yang lain supaya Mama dapat menumpukan segala perhatian kepada bayi yang baru lahir dan juga proses pemulihan badan.
Sokongan orang sekeliling sangat penting semasa tempoh ini untuk mengelakkan masalak depresi atau meroyan.
Perlu Berpantang atau Tidak?
Persoalan ini sentiasa dijadikan perdebatan terutamanya dalam kalangan ibu muda.
Perlu atau tidak perlu sebenarnya subjektif dan mengikut kemampuan individu masing-masing. Jika mampu berpantang, berpantanglah. Jika tidak, rujuklah dengan doktor.
Zaman nenek moyang kita dahulu sering menasihatkan kita untuk berpantang kerana takut memberi kesan pada tubuh badan apabila meningkat usia kelak.
Kita nak pakai badan kita lamakan Mama?
Dan jika Mama ingin berpantang, jom amalkan cara-cara berpantang yang telah disenaraikan oleh Mama Siti ni!
15 Cara Berpantang yang Perlu Diamalkan
- Pantang merokok. Berhenti merokok. Suami mama sekalian harus berhenti merokok. Semua yang merokok dalam rumah tu suruh berhenti merokok juga tau!
- Pantang makanan yang mama alergik. Kalau tak ada alergik, makanlah macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.
- Pantang minum air sikit – minum air mencukupi, air panas air sejuk air suam. Minum je, tidak ada masalah. Segala air yang masuk dalam akan bertukar ikut suhu badan ibu.
- Pantang makan berlebihan. Pantang makan terlalu banyak garam dan pantang makan atau minum yang manis-manis, Pantang makan makanan berproses, makan junk food. Tulis makanan yang boleh dan tak boleh dimakan semasa berpantang.
- Pantang makan ubat/produk kurus. Nak kurus cepat – Susu badan!
- Pantang ‘bersama’ dengan suami. Tunggu darah nifas kering dahulu.
- Pantang menyentuh luka jahitan tanpa mencuci tangan. Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi. Makcik-makcik yang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, sila abaikan.
- Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Mama harus mandi dan sentiasa bersihkan diri. Lagi best kalau wangi-wangi!
- Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tidak ada masalah. Memana mama suka dan selesa.
- Pantang merawat diri sendiri jika ada masalah: darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, payu dara bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam, harus segera berjumpa dengan doktor. Jangan tanya dekat Facebook atau Twitter ya Mama! Yang acah-acah jadi doktor pun harus dijauhi.
- Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif dan lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun akan mengurang.
- Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang rumah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan bayi pun susah orang tak putus-putus datang betul tak?
- Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu. Simpanlah duit untuk beli keperluan bayi.
- Pantang bagi bayi makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk bayi atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Lepas 6 bulan dah boleh start makanan solid foods.
- Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan memaksa ibu elakkan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan. Ni suruh pesan dekat suami ya.
Semoga bermanfaat untuk mama-mama sekalian! Pesan Mama Siti adalah berpantanglah ikut kemampuan dan sentiasa mengikuti nasihat doktor yang lagi arif tentang hal-hal kesihatan. InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja.