KelabMama

CARA BERI SI KECIL UBAT PUNGGUNG, UBAT SAPU ATAU UBAT TITIS

Anda perlu memastikan bahawa anda memberi bayi anda ubat dalam dos yang betul, dan pastikan anda menyimpan ubat dengan betul. Jika tidak, ubat tersebut mungkin tidak akan berkesan, dan bayi anda akan tidak sihat untuk jangka masa yang lebih lama. Sebelum anda memberi sebarang ubat kepada bayi anda, bacalah arahannya dengan teliti, kemudian letakkannya di tempat yang selamat. Periksa tarikh luput ubat tersebut pada botol atau paketnya. Jika tarikhnya sudah luput, buang ubat itu, walaupun botolnya masih penuh.

 

UBAT TITIS DI TELINGA BAYI?

Pada tahap tertentu, bayi anda berkemungkinan menghidap jangkitan telinga. Ini biasa berlaku kepada bayi dan kanak-kanak kecil. Doktor anda mungkin akan mempreskripsikan antibiotik jenis titis untuk melawan jangkitan. Bayi anda tentu tidak suka apabila sesuatu yang basah dan sejuk masuk ke telinganya, dan dia mungkin akan meronta-ronta. Ubat titis telinga biasanya tidak menyakitkan. Jadi, jika bayi anda meronta-ronta, ia mungkin bukan disebabkan ubat tersebut menyakitkannya. Berikut adalah langkah-langkah untuk memberi ubat titis telinga kepada bayi anda:

 

UBAT MATA TITIS KEPADA BAYI?

Kebanyakan ibu bapa mengatakan bahawa memberi ubat mata kepada bayi ialah tugas yang paling tidak digemari. Refleks kerdipan mata bayi direka untuk menghalang apa sahaja benda daripada memasuki mata, termasuklah ubat. Jadi, memang sukar untuk menitikkan ubat mata pada dos yang betul. Kalau boleh, dapatkan seseorang untuk membantu anda. Cuba buat dengan cepat dan tenang supaya keseluruhan proses berakhir secepat mungkin. Berikut adalah cara-caranya:

 

UBAT MATA SAPUAN JENIS MINYAK

Selain ubat titis, doktor mungkin mempriskripsikan ubat berbentuk minyak untuk merawat jangkitan mata. Ini lebih mudah dilakukan kerana ia tidak perlu diletakkan tepat-tepat dalam mata bayi. Beginilah cara memberi ubat berbentuk minyak pada mata bayi anda:

 

UBAT UNTUK DIMASUKKAN DALAM PUNGGUNG

Kadang-kala, doktor mungkin berpendapat lebih baik jika bayi anda diberi ubat jenis suppository, iaitu ubat yang diberi melalui dubur. Ubat jenis ini biasanya berbentuk seakan-akan peluru. Anda perlu memasukkannya perlahan-lahan ke dalam dubur bayi. Apabila ubat sudah berada dalam dubur, ia akan larut dengan segera dan bertindak seperti ubat biasa. Doktor juga mungkin mempriskripsikan ubat jenis ini jika bayi anda mengalami sembelit. Beginilah cara untuk melakukannya dengan mudah.

 

 

 

 

Sumber: www.babycenter.com.my & internet