7 TANDA HAMIL ANAK LELAKI TANPA IMBASAN ULTRASOUND
- POSISI DAN BENTUK PERUT
Tanda hamil anak lelaki yang paling popular adalah dilihat dari posisi janin dari luaran. Mengikut telahan orang lama, jika perut anda kelihatan lebih condong ke atas, maka ia adalah diramal sebagai anak lelaki. Biasanya, perut akan kelihatan lebih melonjong ke hadapan. Sebaliknya, jika posisi perut anda lebih melebar ke bawah, ini lebih dikaitkan dengan kehamilan anak perempuan. Bentuk perut pula kelihatan bulat dan lebih rata.
- PENAMPILAN IBU MENGANDUNG
Biasanya, tanda ibu yang mengandung anak lelaki dikatakan mempunyai perangai tidak suka berhias, tidak gemar bersolek, malas mandi, atau susah mendandan rambut. Bezanya dengan kehamilan anak perempuan, mereka dikatakan lebih senang bergaya dan memakai pakaian yang cantik-cantik sepanjang masa.
- JENIS MAKANAN MENGIDAM
Tanda hamil anak lelaki antaranya boleh dilihat dari segi pemilihan makanan atau tabiat mengidam juga. Selalunya kalau ibu mengandungkan anak lelaki, dikatakan mereka ini lebih suka makan makanan yang masin atau masam. Jika dibandingkan dengan kehamilan anak perempuan, ramai yang berpendapat mereka lebih suka makan makanan atau minuman yang manis, segar dan bersusu, ini tandanya hamil anak perempuan.
- GERAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Dari ciri gerakan bayi dalam kandungan, ada yang meramalkan bahawa gerakan bayi dalam kandungan yang tidak terjangka adalah lebihcenderung kepada pembawaan anak perempuan. Sebaliknya, ritma yang teratur lebih dikaitkan dengan kehamilan anak lelaki. Selain itu, ada juga teori yang mengatakan detak jantung yang kurang dari 150/minit merupakan indikator bahawa bayi yang dikandung adalah lelaki.
- SIFAT IBU
Ada yang berpendapat, antara tanda hamil anak lelaki adalah memiliki karakter yang sangat tegas, kuat terhadap pendiriannya, dan beberapa sifat yang biasanya dimiliki oleh seorang lelaki. Sebaliknya, sifat lebih ‘moody’, sensitif, cerewet atau ‘angin’ biasanya dikatakan sebagai pembawaan anak perempuan.
- ‘MORNING SICKNESS’
Banyak yang percaya bahawa morning sickness atau rasa mual dan muntah merupakan tanda hamil anak lelaki. Sebaliknya, orang dulu-dulu mengaitkan kehamilan yang lebih mudah dan bebas daripada gejala ini apabila mengandungkan anak perempuan.
- KAKI TERASA SEJUK
Menurut petua orang dulu-dulu, kalau mengandung anak lelaki, suhu kaki lebih dingin dari biasanya. Manakala, kalau mengandung anak perempuan, seluruh tubuh akan berasa sedikit hangat.
14 TANDA HAMIL ANAK PEREMPUAN, IKUT PETUA ORANG LAMA
- Perut anda bulat
- Anda mengalami ‘morning sickness’
- Sering mual pada menu yang beraroma tajam
- Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
- Kulit anda lembut
- Rambut anda nipis dan tidak bermaya
- Punggung kelihatan lebih besar
- Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
- Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
- Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
- Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
- Jika anda dokong bayi perempuan, bayi itu akan menangis
- Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna anda hamil anak perempuan.
- Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.
TAK KISAH LELAKI ATAU PEREMPUAN, YANG PENTING SIHAT!
Jika diikutkan pandangan pakar perubatan, sebenarnya tiada perbezaan signifikan yang akan dirasakan oleh wanita mengandung sama ada semasa mengandungkan anak lelaki ataupun perempuan. Malah, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang berlaku serta persekitaran seseorang. Apapun, yang penting anda menjaga kesihatan bayi anda sebaiknya. Sama ada lahirnya nanti lelaki atau perempuan, wajiblah kita bersyukur dan menghargai anugerah yang besar ini!
Sumber: Internet