KelabMama

ANAK MENANGIS TAK NAK DUDUK DALAM CARSEAT? INI TIPS YANG MAMA KENA TAHU

Susahnyalah kalau anak tak nak duduk dalam carseat. Baru letak sekejap, tak sempat kereta bergerak dah menangis bagai nak rak. Tu belum berjalan jauh lagi. Takkan mama nak pegang je sepanjang perjalanan? Alahai anak…

Itulah masalah yang selalu dihadapi mama papa kan? Kadang-kadang nak bawa anak travel pun pikir banyak kali. Apatah lagi pada tahun 2019 ni kerajaan dah mewajibkan penggunaan carseat untuk keselamatan dan mengurangkan kadar kecederaan atau kematian akibat kemalangan. Jadi kenapa kita nak layankan sangat tangisan anak tu berbanding keselamatan nyawa si manja?

APA YANG MAMA DAN PAPA KENA BUAT?

#1 PASTIKAN ANAK KENYANG

Ni sebab utama yang boleh buat anak mama menangis. LAPAR. Terutamanya bagi yang breastfeeding tu, mama kena makesure anak mama kenyang ye sebelum letak dia di carseat. Bagi anak yang dah besar tu boleh pastikan anak makan dulu. Bila anak dah kenyang, dia akan rasa selesa dan senang nak tidur.

#2 LATIH DARI KECIL

Maksudnya latih dari kecil ni seawal keluar dari hospital lagi. Jangan didukung atau diriba oleh mama di tempat duduk depan. Bahaya tau! Seeloknya letak di car seat lebih selamat sambil dapat latih anak. Kalau nak susukan anak, berhenti dan keluarkan baby. Dah settle, sambunglah perjalanan semula.

#3 PASTIKAN KESELESAAN ANAK

Cuba mama papa check betul-betul car seat anak tu. Mesti ada yang tak kena sebab tu anak tak nak jugak duduk dalam car seat. Adakah material car seat tu mudah panas atau kasar sampai buatkan anak mama tak selesa?

Car seat ada 2 posisi iaitu posisi duduk atau posisi untuk baring. Kedudukan ni ikut saiz dan berat badan anak mama tau. Tak boleh ikut suka je nak letak anak mengikut posisi yang mama suka ye!

#4 PASANG AYAT AL-QURAN ATAU LAGU KEGEMARAN

Biarpun anak mama masih baby tapi alunan ayat Al-Quran akan membuatkannya rasa tenang dan lembut hati. Ada juga yang diawal perjalanan anak masih meragam tapi percayalah lama-kelamaan dia akan berhenti meragam. Nanti dengan mama papa sekali rasa tenteram je sambil drive. Tak gitu?

Selain dari ayat, mama boleh juga pasang lagu favourite anak. Contohnya macam lagu Baby Shark ke atau any baby song yang anak suka. Lagi best kalau mama papa nyanyi sekali. Confirm anak lagi suka! Tak kiralah suara sumbang ke yang penting si manja terhibur.

#5 SEDIAKAN MAINAN ATAU BARANG FAVOURITE ANAK

Ye mungkin dalam kereta mama akan nampak agak sarat atau penuh dengan mainan anak tapi percayalah dengan adanya mainan atau barang kesukaannya akan buatkan anak mama leka. Bila anak mama leka, mesti dia lupa nak nangis hehe

#6 LETAK CERMIN DI BELAKANG

Khas buat mama yang selalu drive dengan anak. Bila ada cermin kat belakang senanglah mama nak check apa anak mama tengah buat kat belakang tu. Tak payahlah mama asyik nak toleh ke belakang je sampai tak fokus nak drive.

Semoga segala tips yang Kelabmama kongsikan ni dapat membantu mama dan papa yang berhadapan dengan situasi anak tak nak duduk di car seat ni. Ada cara untuk kita pujuk anak. Jangan pernah rasa susah. Bila kita latih dia duduk di car seat dari awal, anak akan terbiasa dan tahu rutinnya setiap kali naik kereta.

Selamat mencuba mama!

Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!