KelabMama

CABARAN MENYUSU BADAN YANG SI IBU SAHAJA TAHU!

Manfaat susu ibu bukan saja melindungi bayi daripada jangkitan gastrousus dan pernafasan, malah berpotensi mengurangkan risiko lelah klinikal, dermatitis atopik atau ekzema, obesiti, diabetes jenis II dan tekanan darah tinggi apabila bayi itu membesar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyarankan supaya bayi diberikan susu badan secara eksklusif selama enam bulan pertama untuk tumbesaran, perkembangan dan kesihatan optimum, selain meneruskan penyusuan ini sehingga usia anak dua tahun sambil memberi makanan lain. Namun, ramai ibu berdepan cabaran untuk mengamalkan saranan ini.  Penyusuan badan boleh dianggap satu tugasan peribadi yang dilakukan sendirian, namun sistem sokongan yang baik amat penting bagi menjayakan proses ini. Penyusuan badan adalah semula jadi, tetapi ibu memerlukan sokongan untuk memulakan proses berkenaan dan mengekalkan momentumnya. Ada kemungkinan si ibu akan berasa kecewa apabila berdepan kesukaran atau cabaran, tetapi mereka sewajarnya tidak keberatan untuk meminta pertolongan.

 

PANDUAN UNTUK MEMBOLEHKAN IBU BEREHAT

Hakikatnya tekanan boleh menghalang kejayaan menyusu badan berikutan jumlah dan aliran susu badan berkait rapat dengan keadaan psikologikal dan tahap tekanan si ibu. Apa yang pasti, pasangan, keluarga dan masyarakat sangat diperlukan untuk memberi sokongan yang kukuh bagi memastikan golongan ibu berjaya menyusu badan. Jika ibu tidak stres, penyusuan akan berjaya.

 

SOKONGAN TAMBAHAN

Si ibu mungkin risau mengenai penyusuan badan yang berterusan selepas kembali bekerja. Inilah masanya pihak pengurusan syarikat dan rakan sekerja boleh memainkan peranan penting dalam menyokong penyusuan badan.

 

 

 

Sumber: Harian Metro