KelabMama

Berpantang Masa Raya Ni Mencabar Betul! 6 Cabaran Yang Bakal Mama Lalui

ibu berpantang hari raya

Mesti ada kan Mama-mama yang kena berpantang time raya ni? Berpantang time ni banyak betul cabarannya. Lagi-lagi kalau Mama yang bersalin di hujung Ramadan, hilang terus mood nak beraya.

Ada Mama yang akan berpantang 44 hari tapi ada jugak yang berpantang selama 100 hari. Tempoh ni bergantung kepada Mama sendiri nak berpantang berapa hari.

Jadi, apa cabaran yang Mama akan lalui kalau berpantang musim raya ni? Meh, Mama Siti kongsikan cabarannya.

6 Cabaran Berpantang Semasa Raya

1. Beraya dengan Uniform Berpantang

Kredit Gambar: iuzira

Mama yang baru je lepas bersalin, mungkin tak dapat nak melawa pagi raya nanti. Sudah semestinya badan Mama masih lagi rasa sakit-sakit dan jugak perlu menyusukan baby dengan kerap.

Perubahan badan Mama jugak membuatkan Mama perlu memakai baju yang lebih selesa untuk dipakai. Uniform berpantang yang selalu dipakai oleh Mama, biasanya t-shirt besar berlengan panjang, kain batik, tudung sarung dan berstoking.

Tu belum termasuk part Mama tak boleh nak pakai makeup sebab Mama kena pakai pilis selama berpantang ni.

2. Mama Berpantang Tak Dapat Ikut Beraya

Kredit Gambar: Harian Metro

Semasa raya ni je lah kan Mama nak berjumpa saudara-mara atau kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.

Mesti Mama dah plan kan nak pergi beraya sana sini tapi nak buat macam mana kan, Mama kena berpantang, jadi tak boleh nak ikut beraya dengan family yang lain.

Nama pun kalau pergi beraya selagi langit tak gelap confrim belum balik kan. Mestilah Mama tak dapat nak ikut sekali.

Jadi terpaksalah Mama stay at home je tapi ni pun untuk jaga kesihatan Mama dan baby jugak. Mama kan baru lepas bersalin jadi tak boleh kerap bergerak dan berjalan.

3. Cabaran Kena Berpantang Makanan

Kredit Gambar: YouTube Channel Che Nom

Kalau nama pun raya confirm lah pelbagai juadah akan disediakan, lagi-lagi kalau buat open house semua makanan nak dimakan. Sebab tu ramai yang naik berat badan raya ni.

Siapa je yang akan menolak bila nampak rendang, ketupat, dan sebagainya. Tapi tidak bagi Mama berpantang, terpaksa lah pejam mata bila nampak juadah raya atas meja.

Kredit Gambar: Cikgu Norazimah

Mama berpantang perlu makan makanan yang berkhasiat supaya Mama mendapat zat yang secukupnya. Barulah badan lebih bertenaga, dan tidak lesu.

Jadi terpaksa lah Mama bersabar dari menjamu selera dengan rendang, lemang, biskut raya dan macam-macam juadah yang berkalori tinggi.

Mama jangan buat-buat termakan pulak! Nanti kena dengar syarahan free daripada mak dengan mak mentua. Habis pantang nanti Mama request lah ye nak makan makanan apa dengan mereka.

4. Baby Menjadi Tumpuan Tetamu

Kredit Gambar: Pa&Ma

Bila ada berita baby baru ni mesti semua teruja akan nak jumpa. Jadi, alang-alang cuti raya ni mestilah ramai yang akan datang melawat baby dan beraya sekali.

Tapi Mama mesti risaukan bila ramai yang datang melawat ni ye lah mereka sudah pasti akan berebut nak cium baby. Tak kiralah sama ada atuk nenek ke pak cik mak cik atau kekadang ada orang yang kita tak kenal pun akan peluk cium baby Mama.

Kalau tak bagi cium baby dikatakan cerewet dan kedekut kan? Tapi Mama Siti rasa lebih baik Mama dicop cerewet dan kedekut daripada berlaku apa-apa kepada baby nanti.

Lagipun sistem badan baby masih lemah dan berisiko tinggi untuk senang dapat penyakit. Jadi, lebih baik Mama melarang mereka daripada baby Mama terkena penyakit dan Mama pulak yang akan menanggung derita kemudian hari.

5. Penat Layan Tetamu

Kredit Gambar: Flickr

Kalau ada tetamu datang beraya ni mestilah Mama segan kan nak duduk dalam bilik je. Lebih-lebih lagi kalau mereka datang sebab utamanya nak melawat baby.

Biasanya time berpantang ni Mama akan cepat rasa penat ye lah badan Mama belum sihat sepenuhnya masih sakit-sakit badan lagi.

Kalau nak melayan kerenah tetamu memang tak terlayan lah Mama. Jadi, Mama Siti nasihatkan Mama keluar bersalam dan tunjuk muka sekejap lepas tu masuk dalam bilik untuk berehat.

Kalau ada tetamu yang suruh Mama keluar sembang sekali tu, Mama pekak kan je telinga. Nanti Mama tak cukup rehat, Mama jugak yang sakit, jadi baik Mama utamakan kesihatan Mama dulu.

Paling Seronok Baby Dapat Banyak Duit Raya!

Kredit Gambar: VOCKET

Memang langkah kanan lah kalau Mama berpantang time raya ni. Ye lah, nama pun raya kan, mestilah ada duit raya.

Tetamu yang datang melawat sudah pasti akan bagi duit raya dekat baby. Bukan family je yang bagi duit raya ni, orang yang tak kenal pun turut selitkan sekali sampul raya dekat bantal baby kan. Tu belum termasuk yang kirimkan duit raya sebab tak dapat nak datang melawat baby.

Mungkin rezeki baby kan Mama nak keluar time raya.

Sudah pasti Mama rasa sedihkan tak dapat nak beraya tapi ni pun satu pengalaman yang berharga jugak buat Mama, jarang-jarang Mama bersalin waktu raya ni. Lepas habis pantang nanti Mama makan lah apa yang Mama nak makan ye.

Selamat berpantang Mama!


Ikuti pelbagai tips ketika berpantang di SINI.