Seorang ibu muda berusia 24 tahun disyaki membunuh anak kandungnya sendiri dengan menetak badan mangsa di Bridgeton, New Jersey. Lebih menyayatkan hati apabila badan mangsa disorokkkan di dalam sebuah beg, sebelum suspek sendiri melaporkan kepada polis bahawa anaknya hilang di culik! Tergamaknya!
Geram Akan Anaknya yang Degil
Nakira M.Griner, 24, mengaku telah membunuh anak lelakinya yang berusia dua tahun kerana geram dengan anaknya yang dikatakan terlalu degil dan enggan dengar cakap, selain tidak mahu menjamah makanan yang disediakan.
Tampar, Bunuh & Bakar Mangsa
Menurut laporan NJ.com, suspek dipercayai menampar anaknya sekuat hati hingga terjatuh dari tangga lalu meninggalkan kesan lebam di bahagian muka. Suspek kemudian tidak mengendahkan apa yang berlaku pada anaknya malah meninggalkan anaknya di dalam stroller berseorangan. Lebih kejam apabila dia kemudiannya membuat keputusan untuk membunuh anaknya sendiri dengan mengerat mayat mangsa serta membakarnya!
Mayat Mangsa dalam Beg Tangan Suspek
Polis yang kemudiannya melakukan proses pencarian mangsa akhirnya menemui mayat kanak-kanak malang berkenaan di dalam beg tangan milik Nakira sendiri, yang diletakkan dibawah pokok hadapan rumah. Mayat mangsa dikatakan ditemui dalam keadaan badannya telah dikerat dan dibakar.
Kronologi ‘Penipuan’ Si Ibu
Sebelumnya, Nakira telah membuat laporan polis pada petang Jumaat kononnya dia dan anak lelakinya telah diserang oleh seseorang yang tidak dikenali dan anak lelakinya kemudian diculik. Kata Nakira, mereka telah diserang ketika dia, Daniel dan seorang lagi bayi lelakinya sedang berjalan di Atlantic Street. Ketika itu, Daniel berada di dalam stroller dan bayi lelakinya sedang berada dalam dukungannya.
Penyerang tersebut dikatakan telah menendangnya hingga dia terjatuh dan terus menendang Nakira dibahagian kepala dan kanan badannya. Apabila Nakira bangun, stroller dan Daniel telah tiada.
Tiada Sebarang Tanda Penculikan
Susulan itu, pihak polis telah melakukan pencarian dan membuat siasatan. Namun, mereka tidak menemui sebarang tanda-tanda berlakunya sebarang kes rompakan dan penculikan.
Sebaliknya, siasatan tersebut yang berakhir pada Sabtu pagi telah menemukan mereka dengan mayat mangsa berkenaan dirumah wanita terbabit di Woodland Drive.
Pada hari Isnin yang berikutnya, laporan yang dikeluarkan pegawai penyiasat menunjukkan wanita tersebut telah melakukan beberapa siri kesalahan – mencederakan, menyiksa, dan membunuh anak kandungnya sendiri. Suspek kini berada dalam tahanan polis.
Sejujurnya, KelabMama sendiri tak faham apa yang sedang bermain di fikiran ibu-ibu yang tergamak melakukan perkara kejam seperti ini. Anak yang dikandung sendiri selama sembilan bulan, dipukul dan dibunuh kejam. Semoga perkara sebegini tidak berlaku dekat Mama semua.
Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!