Pejam celik, pejam celik tak sedar tahun 2023 bakal melabuhkan tiranya. Mama Siti percaya pasti ramai antara kita yang merasakan kedatangan tahun 2023 ini seperti baru disambut semalam.
Pantasnya masa berlalu, hanya kurang beberapa jerr hari lagi kita akan beralih kepada tahun 2024 pula.
Dan setiap kali masuknya alaf baru, Mama Siti yakin, anak-anaklah paling teruja dan gembira.
Masakan tidak, zaman kanak-kanak semuanya happy lagi-lagi bila mereka rasakan usia semakin meningkat, bakal mulakan persekolahan dengan subjek dan suasana kelas baru.
Tetapi selain itu, yang paling dinanti-nantikan anak-anak pastinya melihat sambutan tahun baharu!
Acara Tahun Baru sememangnya meriah di setiap pelusuk dunia. Dengan persembahan menarik sehinggalah detik countdown dan percikan bunga api besar-besaran menjadikan ia sebagai acara gilang-gemilang.
Namun, dalam keghairahan menyambut pembuka tahun 2024 nanti, tak semua mereka diberikan peluang menyambut tahun baharu.
Ada yang tak sesuai sebab punya baby kecil, ada yang tak sanggup nak tempuh kesesakan trafik maha dahsyat di dataran dan ada pula takut dengan percikan bunga api yang terlalu kuat.
“Jadi, duduk dekat rumah jek lah tengok TV.”
Eh, tak semestinya tengok TV jek! Ada beberapa aktiviti yang sesuai korang lakukan untuk celebrate new year meskipun tak berada di acara berkenaan.
Apa dia? Jom tengok idea Mama Siti cadangkan di bawah ni!
1. Raikan Bersama Keluarga Di Rumah Dengan Aktiviti Menarik
Cipta pelbagai aktiviti bersama ahli keluarga pastinya menjadikan malam tahun baru itu lebih menarik.
Mama dan Papa boleh ajak semua adik-beradik serta ibu bapa berkumpul di mana-mana kediaman yang sesuai untuk meraikan pelbagai aktiviti.
Boleh buat aktiviti baking sementara yang kaum lelaki pula sediakan persiapan untuk bbq. Atau bawa potluck lagi mudah dan cepat.
Kemudian, cipta game yang sesuai untuk seisi keluarga contohnya bermain silang kata, bermain kad UNO atau mungkin minta setiap ahli keluarga untuk bangun dan ceritakan azam tahun baru masing-masing.
Boleh juga kongsikan kenangan tahun 2023 yang mereka tak akan lupakan.
Kemudian saat jam menghampiri detik 12 malam, semua orang countdown bersama-sama dan main bunga api misalnya.
Mesti malam tahun baru terasa sangat happening! Aktiviti ini bukan setakat menarik untuk dilakukan, namun pastinya merapatkan hubungan kekeluargaan.
2. Menikmati Panorama Percikan Bunga Api Dari Tempat Menarik
Ini antara aktiviti popular bagi mereka yang tak mahu berada dalam kesesakan venue sambutan tahun baru.
Caranya adalah pergi ke tempat berbukit atau lapang untuk tengok firework dari jauh.
Namun bagi mereka yang ada anak kecil, mungkin sedikit sukar nak feeling romantic seperti ini kan? So, Mama Siti cadangkan untuk anda menginap di hotel atau cari homestay dalam apps yang menyediakan pemandangan menarik seperti city view.
Pilih tempat yang sesuai contoh sambutan tahun baru peringkat negara selalunya diadakan di Dataran Merdeka. Maka, bolehlah pilihlah hotel atau suites berhampiran dengan pemandangan yang boleh kelihatan percikan bunga api.
Sambil santai di balkoni tu, mesti anak-anak seronok tengok percikan bunga api yang begitu meriah.
3. Bercuti
Tak perlu tunggu anniversary atau birthday untuk rancang percutian. Masa new year pun boleh Mama dan Papa jika anda rasa ini tempoh masa yang sesuai.
Mana tidaknya, anak-anak pun tengah cuti sekolah, Mama dan Papa pun tak kerja. Jadi masa ni lah anda sekeluarga pergi vacation sebagai meraikan tahun baru.
Yang menariknya pegi holiday masa tahun baru ni adalah banyak hotel dan restoran tawarkan discount sempena new year. Kalau tak pun, diorang buat promo beli satu set meal, free satu cup air minuman.
Jadi, memang sesuai sangatlah go travel ketika tahun baru kan?
4. Menyambut di Rumah Bersama Kawan-kawan
Bagi mereka yang mungkin jauh daripada parents dan masih bujang, kekangan masa menyebabkan anda tak dapat balik kampung.
Jangan risau, cipta sambutan new year dengan kawan-kawan sekeliling. Siapa kata bila anda seorang diri tanpa keluarga di suatu tempat tu, segalanya sunyi dan tak ada aktiviti nak buat?
Rancang dengan kawan-kawan dan buat aktivti menarik di rumah. Tapi make sure jangan buat party yang bukan-bukan pula.
Ajak bestfriend datang rumah, masak menu special bersama-sama, tengok bunga api dari rumah, berkaroke, tonton Netflix dan macam-macam lagi aktiviti sesuai dilakukan dengan kawan-kawan di rumah.
5. Pergi Makan di Tempat Viral
Dah lama teringin nak cuba kedai famous tu, tapi tak ada masa nak tunggu sebab selalu ramai orang. Nah, inilah masanya cipta pengalaman pada kemuncak malam tahun baru.
Waktu ni pun anda tak rushing dan boleh ambil masa untuk tunggu menu siap. Apa-apa pun buat preparation.
Kalau risau makanan serve lambat, boleh isi perut siap-siap dan serbu kedai viral tadi. Nikmati jerr malam new year tu di sana sambil tengok gelagat orang sekeliling dan berbual santai dengan pasangan.
Vibe dia lebih berbeza bila pergi makan dalam suasana yang sangat happening iaitu malam tahun baru.
6. Sertai Majlis Ilmu
Bagi mereka yang beragama Islam, melangkah masuk ke tahun baru turut menyedarkan kita dengan usia yang semakin meningkat.
Justeru, ambang tahun baru juga boleh dimanfaatkan dengan aktiviti keagamaan. Mama Siti percaya pasti ada majlis-majlis ilmu yang diadakan pada malam tu.
Mama dan Papa bolehlah survey masjid atau dataran yang menganjurkan aktiviti keagamaan. Tentunya ia lebih menghidupkan rohani dan menginsafkan diri tatkala merasakan usia semakin meningkat.
Ini antara idea sambutan new year yang Mama Siti listkan khususnya bagi mereka yang nak isi kekosongan masa, nak bergembira, tapi tak suka tempat sesak atau tak sesuai untuk baby dan macam-macam lagi.
So, bolehlah tengok panduan yang Mama Siti dah senaraikan ni.
Jadi, agaknya anda dah tahu tak aktiviti mana yang nak dibuat masa malam tahun baru nanti? Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 kepada semua pembaca Kelab Mama!
Untuk pelbagai info dan tips tentang pelbagai perkara trending, boleh klik di SINI!