Tempoh hari telah tular satu berita seorang remaja lumpuh akibat kes buli. Ibu kepada remaja yang dipanggil Fikry oleh ibunya, menceritakan bahawa beliau mendapat panggilan daripada pihak asrama sekolah bahawa anaknya sedang lumpuh.
Menurut ibunya lagi, Fikry adalah seorang remaja yang tidak suka keganasan, konfrontasi dan kekerasan. Jiwanya penuh empati hasil didikan dari kecil bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli dan golongan yang lemah.
Tapi ibu Fikry berasa sangat kesal apabila orang lain berbuat sesuka hati kepada anak kesayangannya.
Hanya bermula apabila Fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp mereka, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala secara hendap yang menyebabkan dia lumpuh.
Mujur perlindungan Ilahi bagi Fikry, doktor menyatakan, sekiranya tendangan tersebut kena pada bahagian leher, keadaan mungkin akan menjadi lebih parah. Dan sehingga sekarang, Fikry sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki! Namun ujian MRI perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.
Ibu Fikry meminta sama-sama untuk kita doakan anak beliau Malik ElFikry sembuh sepenuhnya dan jauh dari segala mudarat.
Laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut.
Begitulah kes buli yang telah lama terjadi di sekolah. Tapi mengapakah perkara sebegini seakan-akan tidak dapat dibendung dan menjadi tradisi? Mari kita sama-sama lihat punca dan cara membendung anak-anak dari di buli dan menjadi pembuli.
Buli: Punca & Langkah Membendung
Maksud Dan Sasaran
Buli bermaksud “suatu bentuk tingkah laku agresif di mana seseorang dengan sengaja dan berulang kali menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan orang lain.”
Walaupun kebanyakan orang mengaitkan buli dengan zaman kanak-kanak, adalah penting untuk memahami bahawa buli boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada sebarang umur.
Bentuk Buli
Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, daripada gangguan lisan kepada penderaan fizikal dan banyak lagi. Buli juga tidak terhad di taman permainan. Individu boleh mengalami buli dalam talian, di pejabat, di rumah dan di tempat lain.
Punca Terjadi Kes Buli
Apakah punca buli? Punca kanak-kanak membuli kanak-kanak lain termasuk:
- Mengamuk kerana pengabaian daripada ibu bapa atau penjaga.
- Mencontohi tingkah laku mereka yang lebih besar, lebih kuat atau lebih berkuasa.
- Kekurangan harga diri yang mendalam.
- Kesukaran memahami cara berinteraksi secara baik dengan orang lain.
- Rasa tidak selamat di sekeliling orang lain/tekanan rakan sebaya.
- Merasa bahawa dengan membuli akan menghalang orang lain daripada membuli mereka.
Bukan setiap kanak-kanak yang bertindak membuli adalah kejam dan tidak mempunyai empati.
Sebagai contoh, buli kadangkala merupakan siptom gangguan psikologi seperti gangguan hiperaktif, kekurangan perhatian, kemurungan dan/atau kebimbangan.
Hal ini bukan sahaja terjadi pada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
Sesetengah kanak-kanak tidak memahami tingkah laku mereka sebagai buli, walaupun ia mungkin agresif dan mendominasi.
Mereka mungkin tidak mempunyai keupayaan untuk membayangkan bagaimana tingkah laku mereka membuatkan pihak yang dibuli berasa.
Langkah Mengatasi Anak-Anak Daripada Menjadi Mangsa Buli
Sebagai mak ayah, Mama Papa memainkan peranan besar untuk mendidik anak-anak daripada menjadi seorang pembuli walau dimana sahaja mereka berada.
Berikut adalah langkah yang TERBUKTI berkesan diambil dari today’s parent:
- Abaikan
- Buli selalunya terjadi apabila terjadi komunikasi antara pembuli dan mangsa buli
- Berbincang
- Berbincang dengan orang yang dipercayai
- Mangsa juga boleh berbincang dengan pembuli dan selesaikan dengan baik
- Berlakon bosan
- Perkataan dan reaksi yang menunjukkan mangsa berada dalam kesakitan akan membuatkan pembuli seronok
- Berlawak jenaka
- Pastikan anda menggunakan jenaka yang betul
- Jangan gunakan jenaka yang menjatuhkan diri sendiri tetapi pastikan ianya positif dan tidak memalukan diri sendiri
- Papa Mama boleh membantu dalam merangka jenaka yang boleh dilakukan
- Skil sosial
- Papa Mama perlu mengajarkan anak-anak bagaimana untuk bersosial
- Skil sosial akan membuat anak-anak lebih konfiden dalam menghadapi masalah dan mengelak untuk dibuli
- Lepaskan tekanan dengan cara yang sihat
- Lepaskan tekanan dengan cara bersukan, membuat seni dan lain-lain
- Perkara ini akan memberi mangsa buli ketenangan, dan ruang untuk berfikir dengan lebih teratur
- Cari pertolongan
- Pertolongan moral seperti kaunseling, Ibu bapa, rakan-rakan akan banyak membantu kanak-kanak yang dibuli
- Kesihatan fizikal dan mental
- Kesihatan fizikal dan mental anak-anak akan membantu mereka untuk tidak menjadi sasaran buli, bahkan boleh menjadi contoh yang baik bagi rakan-rakan di sekolah
- Memahami cara pembuli berfikir
- Memahami bahawa pembuli menggunakan tindakan mereka sebagai cara melepas tekanan dapat membina empati dan kebolehan berbincang dengan lebih baik
Untuk info bagaimana untuk membendung anak-anak kita daripada menjadi pembuli, Papa Mama boleh rujuk artikel-artikel ini:
- Mama, tolong elakkan! Kenali tanda-tanda ibu bapa sedang ‘mendidik’ anak-anak menjadi seorang pembuli
- Bagaimana nak ajar anak-anak untuk tidak menjadi seorang pembuli di sekolah
Perlukan Bantuan?
Papa Mama perlukan bantuan dengan anak-anak yang dibuli? Atau anda yang membaca sedang dibuli? Klik SINI untuk helpline yang anda boleh dapatkan.
Untuk lebih info berkenaan berita terkini, klik SINI.