Dalam zaman serba moden ni, terdapat banyak cara dan peluang untuk mak ayah menyimpan duit simpanan anak-anak. Yang lebih menarik, Mama Papa boleh buka dan uruskan akaun simpanan mereka hanya di hujung jari sahaja!
![budak memegang tabung untuk disimpan di Akaun Yippie/-i Maybank](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2024/04/budak-memegang-tabung-untuk-disimpan-di-Akaun-Yippie-Maybank.jpg)
Sekiranya Mama Papa mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, Mama boleh bukakan Akaun Yippie/-i Maybank yang didatangi dengan pelbagai manfaat untuk anak Mama.
Yang lebih menarik, anda boleh terus daftar dan bukakan akaun ini melalui aplikasi MAE dalam hanya 10 minit* sahaja! Mudah bukan?
Untuk pengetahuan Mama, Akaun Yippie/-i Maybank ini sama seperti akaun amanah, di mana Mama Papa atau penjaga akan menjadi pemegang akaun bersama. Mama Papa mempunyai hak mutlak untuk mengawal akaun tersebut sehinggalah anak Mama berusia 18 tahun.
Meh Mama Siti nak kongsikan cara untuk membuka Akaun Yippie/-i Maybank ini dan manfaatnya.
Cara Daftar Akaun Yippie/-i Maybank: Semudah A,B,C!
Bagi pelanggan yang mempunyai akaun Simpanan/-i atau Semasa/-i menggunakan aplikasi MAE, anda hanya perlu pastikan sijil lahir anak yang asal ada berdekatan anda. Kemudian, Mama boleh ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi MAE dan klik ‘Apply’.
- Pilih ‘Yippie-i Account’ atau ‘Yippie Savings Account’.
- Klik ‘Apply Now’.
- Semak maklumat anda.
- Masukkan butiran anak anda.
- Ambil gambar sijil kelahiran asal anak anda.
- Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat sebelum pengesahan.
- Aktifkan akaun tersebut dari serendah RM1.
- Pendaftaran berjaya!
Untuk memudahkan Mama, rujuk gambar rajah dan langkah-langkah di bawah:
![buka akaun yippie maybank](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2024/05/buka-akaun-yippie-maybank-1024x576.jpg)
![cara buka akaun yippie maybank](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2024/05/cara-buka-akaun-yippie-maybank-1024x576.jpg)
Selepas pendaftaran berjaya, Mama boleh terus uruskan akaun simpanan anak tersebut dengan menggunakan ciri Junior melalui aplikasi MAE sahaja.
Melalui ciri Junior tersebut, Mama boleh lihat semua Akaun Yippie/-i Maybank yang dipautkan kepada ID M2U Mama, ubahsuai nama akaun Yippie, tambah nilai akaun, lihat transaksi, muat turun penyata akaun anak Mama, dan banyak lagi.
Maksudnya, Mama boleh terus menambah wang ke dalam akaun anak Mama tanpa perlu ke kaunter bank yang berdekatan.
Untuk maklumat lanjut mengenai ciri Junior, Mama boleh lihat di sini.
Kelebihan & Manfaat Akaun Yippie/-i Maybank untuk Anak-anak
Mama Siti sangat tertarik dengan manfaat pembukaan akaun ini buat anak-anak. Memang best!
- Mama boleh membuka akaun ini dengan hanya serendah RM1.
- Boleh diuruskan melalui aplikasi MAE dengan menggunakan ciri Junior.
- Kadar faedah yang menarik berbanding akaun simpanan yang lain.
- Ganjaran tunai untuk anak-anak dengan gred cemerlang di peringkat SPM, STPM dan ijazah.
- Dilindungi oleh PIDM.
- Perlindungan Kemalangan Diri (PA) percuma sehingga RM100,000 untuk Mama dan anak, serta faedah lain seperti perubatan dan pengebumian, dan lain-lain.
*Hanya untuk rakyat Malaysia yang mempunyai Akaun Semasa/-i atau Akaun Simpanan/-i Maybank dengan anak warganegara Malaysia.
Sekiranya Mama atau Papa bukan pelanggan Maybank, anda boleh memohon akaun simpanan melalui aplikasi MAE dahulu, dan kemudian daftarkan Akaun Yippie/-i Maybank untuk anak anda.
Kenapa Perlu Ada Akaun Simpanan untuk Anak-anak?
![budak perempuan memasukkan duit syiling ke dalam tabung](https://www.kelabmama.com/story_wordpress/wp-content/uploads/2024/04/budak-perempuan-memasukkan-duit-syiling-ke-dalam-tabung.jpg)
Walaupun si manja baru lahir, adalah disyorkan untuk mak ayah terus membuka sekurang-kurangnya satu akaun simpanan untuknya.
Ini adalah kerana, akaun simpanan ini boleh menjadi ‘tabung’ utama untuk menyimpan duit raya, duit tabung harian, dan apa sahaja duit pemberian orang lain kepada anak-anak yang sedang membesar. Jangan pula masukkan dalam akaun kita dan gunakan duit tersebut – tak boleh tau!
Malah, ia juga boleh menjadi batu loncatan untuk mendidik mereka mengenai cara mengurus wang, menabung untuk masa depan, dan mengajar aspek kewangan peribadi yang lain sejak kecil.
Oleh itu, daftar dan bukakan Akaun Yippie/-i Maybank untuk anak Mama hari ini. Untuk maklumat lanjut, Mama boleh rujuk di SINI.