KelabMama

Apa itu Budi Bahasa dan ‘Common Sense’? Dan 16 Tips Ibu Bapa Didik Anak Adab Sopan

budi bahasa

Secara rasminya, maksud budi bahasa ialah adat sopan santun. Bermula dari adat sesebuah kaum kemudian diangkat menjadi kempen di peringkat negara. 

Namun begitu, bagaimanakah kita sebagai ibu bapa dapat mengajar anak-anak tentang budi bahasa. Artikel ini membahas 16 tips memupuk budi bahasa sejak dari kecil dalam pelbagai aspek kehidupan.   

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Berbudi Bahasa Di Kalangan Anak-Anak

Kredit gambar: babytalkmalaysia.com

Ibu bapa ialah institusi pertama anak-anak. Oleh itu, wajarlah ibu bapa menitikberatkan perihal budi bahasa kepada anak-anak. 

Lagi pula, anak-anak paling rapat dengan ibu bapanya dan keadaan ini memudahkan lagi proses memupuk elemen adab dan tatasusila. 

Apa-apa pun, mahu tidak mahu kitalah yang bertanggungjawab menjadi seorang yang berbudi bahasa terlebih dahulu sebelum mengajarkannya kepada anak-anak. 

16 Tips Ajar Anak Budi Bahasa

#1 Salam Hormat

Kredit gambar: prkmerdau.blogspot.com

Gunakan panggilan hormat yang sesuai kepada ahli keluarga dan orang awam termasuklah pelayan restoran.

Lebih baik lagi, Mama panggil dengan panggilan profesional ketika berurusan dengan individu yang menjalankan perkhidmatan. 

#2 Menundukkan Badan

Ini antara budi bahasa yang Mama Siti perasan semakin memudar di Malaysia. Adab menundukkan sedikit badan ketika berjalan melewati orang lebih tua ialah tanda menghormati mereka. 

#3 Kawal Suara

Kredit gambar: iStock

Lumrah anak-anak suka bermain. Maka riuhlah suasana ketika mereka bermain-main. Oleh itu, kita perlu terus konsisten ajar anak supaya mengawal suara berdasarkan keadaan.

Di taman permainan, tidak mengapa untuk menjerit sekuatnya tetapi di rumah tetamu, kita perlu jaga adab bersuara. 

#4 Minta Kebenaran

Kredit gambar: Khabar Damai

Biasakan diri untuk minta kebenaran sebelum menggunakan hak orang lain. Itu termasuklah menggunakan masa mereka. Contohnya, “Boleh saya minta izin luangkan masa sekejap?”.

#5 Jangan Gunakan Telefon!

Kredit gambar: Vecteezy

Ketika sedang berkumpul bersama-sama ahli keluarga, elakkan menggunakan telefon. Sebaiknya, kita menumpukan perhatian kepada individu yang sedang bercakap.

#6 Ucap Terima Kasih

Kredit gambar: DFWChild

Tetap mengucapkan terima kasih walaupun kepada mereka yang jauh lebih muda atau tua sebagai tanda penghargaan. Ucapan terima kasih itu juga sebagai tanda kita mengiktiraf sumbangan orang lain. 

#7 Bergilir-gilir

Jangan mencelah ketika seseorang dengan bercakap. Amalan budi bahasa ini boleh juga dipraktikkan sedang bermain. Ia menyumbang kepada kemenjadian anak-anak kepada seorang dewasa yang baik budi pekerti. 

#8 Pemerhatian Yang Sopan

Kredit gambar: iStock

Ajarkan anak supaya tidak bercakap buruk ketika melihat kekurangan pada seseorang. Jika perlu, beritahu secara sopan dan berhemah. 

#9 Memperkenalkan Diri Dengan Hormat

Kredit gambar: iStock

Tunjukkan cara yang betul ketika memperkenalkan diri kepada orang lain. Pastikan anak-anak Mama nampak ketika Mama berinteraksi dengan orang tersebut. Mulakan dengan beritahu nama, berjabat tangan dan senyum.  

#10 Amalkan Kata ‘Tolong’ atau ‘Please’

Kredit gambar: Vecteezy

Biasakan tambah perkataan ‘tolong’ dan ‘please’ ketika meminta anak-anak mengambilkan atau ketika memerlukan mereka melakukan sesuatu. Anak-anak juga akan melakukan perkara yang sama kepada rakan-rakan dan orang lain. 

#11 Duduk di Meja Makan Dengan Tertib

Kredit gambar: iStock

Tidak mengapa jika anak Mama susah nak duduk diam di meja makan, namun apa yang penting kita beri pendedahan awal dan konsisten. 

Ketika di meja makan, perlu duduk elok dan tidak bermain-main dengan kutleri di atas meja. 

#12 Tak Lokek Minta Maaf 

Kredit gambar: iStock

Berbudi bahasa dengan mengucapkan kata maaf itu juga ada diajarkan dalam agama dan budaya Melayu. 

Jika melakukan kesilapan dan lewat ke mana-mana acara, biasakan untuk meminta maaf kepada tetamu yang hadir sebagai tanda hormat waktu mereka. 

#13 Beri Pujian

Kredit gambar: Okezone Muslim

Berilah pujian kepada individu yang dirasakan layak menerimanya dan katakan terus kepada mereka. Pujian membuatkan orang menjadi lebih baik dan meningkatkan kualiti kerja mereka. 

#14 Berkongsi

Kredit gambar: iStock

Ada beberapa keadaan, kita perlu pupuk semangat berkognsi sebagai salah satu komponen budi bahasa sebagai seorang manusia. 

Mama boleh mulakan dengan didik anak berkongsi mainan sesama adik-beradik dan rakan-rakan anak. 

#15 Ajar Erti Sabar

Kredit gambar: iStock

Sesuatu perlukan masa untuk berhasil oleh itu ajarkan anak kita agar jangan tergesa-gesa mahukan hasil hingga memarahi orang yang menyediakan makanan atau lain-lain.

#16 Ajar Tentang Hormat 

Kredit gambar: Detik.com

Perkara hormat ini sebenarnya perlu diajarkan dari mereka kecil lagi. Lebih-lebih lagi sebagai ibu bapa, anak-anak lebih cepat belajar ketika mereka melihat kelakuan ibu bapanya. 

Kredit gambar: Eparent.com

Menjadi tanggungjawab ibu bapalah untuk mendidik anak tentang budi bahasa kepada ahli keluarga dan orang awam. Semoga 16 tips yang Mama Siti kongsikan ini membantu Mama memupuk budi bahasa kepada diri dan anak-anak. 


Dapatkan lebih banyak tips mendidik anak dan keibubapaan di SINI!