KelabMama

13 Jenis Buaian Bayi Yang Lengkap Dengan Fungsi & Sesuai Ikut Peringkat Umur

Buaian bayi memang tidak dinafikan memudahkan urusan Mama dan Ayah. Ia didatangkan dengan pelbagai bentuk, saiz dan feature yang semakin hari, semakin canggih.

Dari segi rekaan pula, buaian bayi memaparkan kemajuan apabila rekaannya semakin sofistikated manakala fungsi teknologi mudah alih semakin dipelbagaikan. Bermula dengan ayunan secara automatik dan kini boleh memainkan bunyi melalui pembesar suara.

Kali ini, Mama Siti nak senaraikan kesemua 13 jenis buaian bayi yang sesuai sejak mereka baru lahir hingga usia lima tahun. Tak perlu bimbang jika takut keliru jenis-jenis buaian bayi kerana Mama Siti telah pun sediakan gambar terperinci.

13 Buaian Bayi Dengan Kesesuaian Umur

#1 Auto Swing Leaf Electric

Kredit gambar: Shopee

Sesuai untuk bayi baru lahir hingga kira-kira tiga bulan. Tempat sandarnya boleh diubah kepada tiga posisi berbeza. Ketinggian boleh disesuaikan dengan umur dan kemahiran bayi. Ia memudahkan kerja Mama dan Ayah ketika beri bayi makan, bermain dan tidur.

#2 Auto Swing Leaf Bouncer

Kredit gambar: Carousell

Dihadirkan dengan tali keselamatan untuk melindungi bayi daripada meleret dan jatuh. Dilengkapi dengan bluetooth. Mama boleh memanfaatkan feature ini untuk mengalunkan zikir dan lagu-lagu pilihan. Sesuai sehingga umur dua tahun

#3 Spring Baby Cradle (Manual & Automatik)

Kredit gambar: Lazada

Didatangkan dengan dua varian. Sama ada dihayun secara manual atau secara automatik menggunakan mesin ayunan. Buaian spring jenis automatik ialah rekaan yang sering kita jumpa. Kelebihannya ialah ia masih boleh digunakan walaupun usia anak meningkat sehingga 4 tahun.

#4 Buaian Elektrik ‘Swing Bed’

Kredit gambar: Flipkart.com

Rekaanya moden seakan katil yang boleh digerakkan ke kanan dan ke kiri. Mama boleh meletakkan buaian bayi swing bed di sebelah katil kerana saiznya tidak makan ruang dan mudah dialihkan. Ia juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh (remote control) yang berfungsi sejauh 5 meter.

#5 Buaian Bayi Jenis Kayu 

Kredit gambar: Alitools

Buaian jenis ini menggunakan bahan semulajadi. Rekaan dan bahannya membantu Mama menambah nilai estetik untuk rekaan dalaman rumah. Ia sesuai untuk bayi baru lahir hingga berumur 3 tahun. 

#6 Rocker Bassinet Bouncer

Kredit gambar: Facebook

Pelapik buaian bayi ini boleh diceraikan daripada rangka ayunannya. Oleh itu ia boleh digunakan sebagai baby carrier yang boleh diletakkan di atas katil dan mudah diangkat ke mana-mana. Penggunaan buaian jenis rocker bassinet ini sesuai sehingga usia kanak-kanak tiga tahun. 

#7 Electric Baby Cradle

Kredit gambar: Ubuy

Buaian katil yang berfungsi secara automatik dengan capaian bluetooth. Direka khas untuk bayi yang baru lahir hingga mencapai tiga tahun. Bingkainya pula ditempa dengan besi tahan karat di samping bahan fabrik yang lembut pada bayi.

#8 Buaian Lantai

Kredit gambar: Flipkart.com

Jaring nyamuk, tali keselamatan dan penggantung mainan – itulah pakej yang tersedia untuk buaian lantai ini. Ia berfungsi secara manual iaitu menggunakan tenaga sendiri untuk mengayunkannya. Sarung jaring boleh ditanggalkan dan dicuci. Had umur untuk penggunaan buaian ini tidak terhad selagi berat bayi atau kanak-kanak tidak melebihi 20 kg.

#9 Buaian Boleh Lipat 

Kredit gambar: Lazada

Mama tak perlu risau sebab buaian jenis ini masih boleh digunakan walaupun umur bayi telah mencapai usia 3 bulan. Selain itu, kanak-kanak pun boleh guna buaian ini asalkan berat mereka tidak melebihi 13 kg. Buaian jenis lipat ini sangat mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu, ia menjimatkan ruang terutamanya bagi mereka yang memiliki ruang simpanan yang terhad.

#10 Buaian ‘Standing Jumper’ 

Kredit gambar: Lazada

Seiring meningkat usia, bayi akan mula membina pelbagai kemahiran baru. Sebagai Mama dan Ayah, kita hendaklah menyokong proses perkembangan anak-anak. Pada usia enam bulan, bayi mula belajar melompat. Oleh itu buaian jumper sangat diperlukan kerana ia diperbuat dari binaan kukuh dan mampu menampung sehingga 30 kg.

#11 Baby Hammock Swing

Kredit gambar: Orbesify

Rekaan yang lebih unik berbanding yang lain kerana buaian jenis ia digabungkan dengan katil bayi. Jadi, Mama dan Ayah mempunyai kelebihan untuk mempelbagaikan penggunaan buaian hammock bayi seperti ini. Contohnya ketika bayi kita memanfaatkan hammock manakala apabila menginjak kanak-kanak, kita menggunakan katilnya sahaja.

#12 Buaian ‘Portable Jumper’

Kredit gambar: Google

Buaian yang direka khas untuk menguatkan otot kaki bayi berumur enam bulan ke atas. Selain itu, ia membantu anak Mama membuat persediaan berjalan tak lama lagi. Sesuai dengan namanya, jenis buaian ini mudah dialihkan kerana ringan. Bahagian tengah tempat berdirinya bayi boleh digerakkan secara keseluruhan atau 360 °

#13 Buaian Baby Gantung Ala Korea

Kredit gambar: Shopee

Sekali pandang macam buaian di taman permainan kan. Ya, betul lah tu. penggunaan dan reka bentuknya sesuai untuk bayi yang sudah pandai mengimbangi kepala mereka. Mama Siti cadangkan umur enam bulan keatas. Namun begitu, ia mempunyai kelemahan kerana hanya boleh diletakkan di satu tempat sahaja dan proses pengalihannya memerlukan masa dan kos.

Sebelum membeli buaian bayi, Mama dan Papa hendaklah memastikan ianya sesuai dengan keadaan rumah dan cara penggunaannya yang tidak membahayakan si manja kalian. Semakin banyak kegunaannya, semakin baik untuk bayi. Bayi boleh bereksperimen dengan cara mereka sendiri sekaligus meningkatkan kemahiran untuk tumbesaran masing-masing.


Dapatkan pelbagai tips dan pilihan produk terbaik untuk si manja DI SINI.