Ketika hamil, Mama perlu ubah pola makan ke arah yang lebih baik antaranya adalah dengan mengambil pelbagai jenis buah untuk ibu mengandung yang banyak khasiatnya terutama untuk bayi dalam kandungan. Sebelum mengandung, Mama Siti tahu ramai di kalangan wanita yang kurang cakna akan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan.
Malah, ramai juga yang tak tahu apakah jenis buah untuk ibu mengandung yang baik untuk diamalkan dan penuh dengan khasiat.
Oleh sebab itu, bagi memastikan Mama semua kembali cakna akan kesihatan diri terutama bayi dalam kandungan, kali ini Mama Siti nak kongsikan untuk Mama semua apakah buah yang baik untuk ibu hamil amalkan.
Kalau Mama nak tahu juga, ke semua buah yang baik untuk ibu hamil amalkan ini juga, merupakan buah buahan yang sangat senang diperoleh. Selain itu, ke semuanya ini merupakan buah yang bagus untuk ibu hamil trimester pertama untuk amalkan.
Tanpa membuang masa, apa kata kalau Mama lihat perkongsian Mama Siti di bawah ini mengenai buah buahan untuk ibu mengandung yang penuh dengan nutrien penting sepanjang kehamilan.
Untuk ketahui apakah buah yang bagus untuk ibu mengandung amalkan, jom ikuti entri ini!
Senarai Buah Yang Disyorkan Untuk Ibu Mengandung
Berikut adalah antara 20 buah yang baik untuk ibu hamil ambil sepanjang kehamilan iaitu:
#1. Pisang antara Buah untuk Ibu Mengandung Amalkan
Dapat membantu masalah sembelit, kurangkan rasa mual dan loya semasa fasa awal kehamilan. Buah pisang tinggi kandungan vitamin B6, vitamin C, kalium dan juga tinggi kandungan seratnya.
#2. Kiwi
Kiwi mempunyai kandungan folat yang tinggi. Folat sangat penting bagi menggalakkan pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang bayi dalam kandungan.
#3. Aprikot Pilihan Buah Buahan untuk Ibu Mengandung
Pilihan buah buahan untuk ibu mengandung yang seterusnya adalah aprikot. Kandungan potassium, vitamin A, kalsium, beta-karotena, lutein dan zeaxanthin dalam buah aprikot ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mengawal tekanan darah, membantu supaya badan sentiasa terhidrat, bantu mengurangkan risiko anaemia, baiki kesihatan mata, melawan radikal bebas, kurangkan keradangan dan membantu sistem pencernaan. Selain itu, aprikot juga baik untuk masalah tulang, hati dan jantung.
#4. Jambu Batu Buah untuk Ibu Hamil
Jambu batu juga merupakan antara buah untuk ibu hamil yang bagus untuk diamalkan. Jambu batu mempunyai vitamin B3 dan B6 yang membantu dalam kesihatan otak bayi dalam kandungan. Ianya juga membantu ibu hamil supaya lebih fokus. Khasiat lain yang terdapat dalam jambu batu adalah vitamin C, vitamin A dan kalium yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun, membantu meningkatkan daya penglihatan, menstabilkan tekanan darah dan mengurangkan risiko keguguran.
#5. Oren Buah Buahan untuk Ibu Mengandung
Pengambilan buah oren membantu mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang bayi dalam kandungan. Ini kerana, buah oren mengandungi vitamin B dan C. Selain itu, ia juga membantu penyerapan zat besi dan air dalam tubuh.
#6. Khasiat Buah Delima untuk Ibu Mengandung
Khasiat buah delima untuk ibu mengandung adalah ia dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan tulang, kurangkan risiko kecederaan pada plasenta kerana mengandungi vitamin K.
Di samping itu, buah delima untuk ibu mengandung ini juga mempunyai kalsium, zat besi, protein, folat dan serat yang baik untuk masalah sembelit.
#7. Epal
Pengambilan epal dalam menu harian ibu mengandung dapat membantu mengurangkan risiko sembelit kerana epal adalah sumber fiber yang baik untuk usus.
#8. Mangga
Jika Mama ingin mengurangkan risiko komplikasi semasa melahirkan, Mama boleh cuba makan buah mangga. Buah manga mempunyai vitamin A dan C yang boleh meningkatkan sistem imun bayi.
#9. Avokado Merupakan Buah untuk Ibu Hamil
Buah avocado terkenal dengan kebaikan serat, asid lemak tidak tepu, vitamin B,C dan E yang baik untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
#10. Kiwi
Buah kiwi kaya dengan khasiat folat di dalamnya yang baik untuk perkembangan otak dan saraf tunjang bayi dalam kandungan.
#11. Pear antara Buah untuk Ibu Mengandung yang Banyak Manfaat
Memakan buah pear dapat mengurangkan risiko kerosakan tiub neural yang boleh menyebabkan kecacatan pada tulang otak bayi. Buah pear kaya dengan serat, folat dan kalium.
#12. Tembikai
Buah tembikai kaya dengan mineral dan air yang membantu tubuh kekal terhidrat dan membantu mengurangkan kekejangan otot.
#13. Kurma Pilihan Buah yang Bagus untuk Ibu Hamil Trimester Pertama
Kurma sememangnya terkenal dengan khasiat yang banyak. Kelebihan makanan sunnah ini antaranya ialah kaya dengan zat besi yang baik untuk masalah anemia dan kalium untu menstabilkan cairan dalam badan.
#14. Buah naga
Buah naga kaya dengan kadar asid folik yang tinggi yang mana ianya baik untuk bayi dalam kandungan. Ianya mencegah bayi dalam kandungan dari mendapat kecacatan.
#15. Beri Biru Juga antara Buah Yang Bagus Untuk Ibu Hamil
Pengambilan buah beri biru semasa hamil membantu penyerapan iron yang lebih sempurna dan mengelakkan masalah anemia. Selain itu, buah beri biru juga tinggi vitamin C.
#16. Strawberi
Strawberi membantu menambah tenaga, kurangkan risiko anemia, daya ketahanan badan, kurangkan risiko kecacatan bayi, memperlahankan penyerapan gula, dan membantu mengurangkan morning sickness. Ini kerana, strawberi tinggi dengan protein, karbohidrat, potassium, vitamin B9, vitamin C, serat dan zat besi.
#17. Ceri Merupakan Antara Buah Yang Bagus untuk Ibu Hamil
Buah ceri bersifat antioksidan yang membantu menguatkan tubuh. Kalium dapat mengurangkan masalah kaki kejang dan kaki bengkak. Selain itu, buah ceri juga mempunyai vitamin B dan folat yang mana boleh membantu perkembangan sistem saraf dan otak bayi. ‘
#18. Buah nona
Kurang didengari namun buah nona ini mengandungi vitamin A dan C yang membantu perkembangan janin. Buah nona ini juga mempunyai sumber zink yang mengurangkan risiko bayi pramatang. Manakala vitamin B6 boleh membantu Mama yang mempunyai morning sickness.
#19. Plum Pilihan Buah yang Bagus untuk Ibu Hamil
Mengamalkan memakan buah plum semasa hamil membantu mencegah risiko kelahiran bayi pramatang, meningkatkan daya ketahanan tubuh, kuatkan tulang, mengawal tekanan darah, baik untuk jantung serta membantu dalam penyerapan zat besi. Hal ini kerana, buah plum mempunyai vitamin A, C dan E.
#20. Buah untuk Ibu Mengandung dengan Amalkan Buah Anggur
Anggur mempunyai magnesium yang boleh membantu apabila berlakunya kekejangan serta kebaikan serat yang dimiliki mampu mengurangkan masalah penghadaman.
Buah-buahan mempunyai manfaat kesihatan yang penting untuk wanita hamil. Buah-buahan mengandungi banyak khasiat, vitamin, mineral dan serat yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan ibu dan perkembangan optimum janin.
Oleh itu, Mama Siti sarankan kepada wanita hamil di luar sana untuk masukkan semua senarai buah untuk ibu mengandung yang telah Mama Siti senaraikan di atas ke dalam diet harian anda.
Mama juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info menarik mengenai kehamilan yang lain di SINI!