Perasan tak hidangan buah-buahan dilihat agak kurang menjadi buruan. Mama Siti percaya jika ditanya berapa ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan makan buah-buahan setiap hari, pasti jumlahnya sangat rendah.
Senario ini boleh dilihat melalui pelanggan yang keluar masuk ke kedai buah, mesti tauke kedai pun akui sukar nak jumpa pelanggan tetap yang akan datang membeli buah-buahan setiap minggu.
Data daripada Harian Metro pada tahun 2020 mendedahkan melalui tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 membuktikan majoriti atau 94.9 peratus orang dewasa di negara ini tidak mengambil jumlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan iaitu lima hidangan setiap hari.
Statistik itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 94 peratus pada 2015. Wah, ramainya rakyat Malaysia yang tak amalkan makan buah-buahan! Walhal, banyak khasiat terkandung dalam makanan semulajadi ini.
“Malas nak beli buah bukan sebab tak suka makan, tapi jangka hayatnya tak lama membuatkan rasa malas nak beli selalu.”
“Saya lebih prefer beli buah bila ramai datang makan di rumah. At least tak membazir bila dah potong-potong, orang makan sampai habis. Iyalah, buah ni bukan boleh simpan lama. Beberapa hari jerr dah rosak nanti kena buang.”
Mama Siti yakin ini antara faktor utama mengapa ramai elak untuk membeli makanan berkhasiat ini.
Namun tahukah Mama dan Papa, kalau kena dengan caranya, buah yang dibeli boleh kekal segar sampai lebih seminggu tau? “Eh, yeke?”
Betul! Jom lihat cara tepat untuk menyimpan buah bagi memastikan kesegarannya tahan lama.
Tips Simpan Buah yang Baru Dibeli
Bagi beberapa jenis buah-buahan, teknik penyimpanan agar ia lebih tahan lama adalah berbeza. Namun, kebanyakkan kaedah yang sesuai adalah menyimpannya dalam peti sejuk.
Bagaimanapun, perkara utama perlu diberi perhatian adalah dengan mengasingkan setiap jenis buah-buahan. Mama perlu elak ia bercampur seperti buah epal dalam bekasnya, begitu juga buah mangga dalam bekas lain.
Selain itu, jika mahu kesegaran lebih lama berbanding biasa, susun buah di atas permukaan tanpa ianya terlekat satu sama lain. Contohnya buah mangga tadi disusun setiap satu dalam bekas, elakkan bertindih antara mangga tadi.
Lagi tips berbeza boleh rujuk pada point di bawah:
1. Rendam dalam cuka
Salah satu tips yang Mama boleh gunakan ialah dengan cara merendamkan buah-buahan dalam rendaman cuka. Setelah itu, bilaskan dengan air bersih dan keringkan. Lalu, simpankan buah-buahan tersebut dalam kotak yang telah dilubangkan dan masukkan dalam peti sejuk.
2. Gantung, elak cahaya terang
Bagi buah anggur, cara untuk mengekalkan kesegarannya adalah dengan cara menggantungkan buah tersebut di tempat kering, dingin, dan gelap agar tidak terdedah dengan cahaya berlebihan.
Namun, kekalkan pengudaraan yang baik untuk anggur. Kebiasaannya, anggur yang tahan lama adalah anggur yang tidak terdedah dengan air selama lebih sebulan sebelum dipetik, ia akan lebih tahan lama berbanding sebaliknya.
3. Simpan hala ke atas, elak bertindih
Bagi buah tomato, ia perlu disimpankan dengan dihalakan ke atas jika masih muda. Elakkan diletakkan secara banyak dan terhimpit, letakkan di tempat yang sejuk sehingga ia bertukar warna kemerah-merahan.
Jika tomato disimpan ketika sudah masak, sebaiknya ia disimpan dalam suhu bilik dan jangan bagi ia bertindih antara satu sama lain. Ini kerana ia akan menyebabkan buah tomato mudah lembik dan berbau busuk.
4. Bungkus dulu
Buah epal hendaklah disimpan di tempat yang sejuk dan elakkan bertindih antara satu sama lain dengan epal yang sudah rosak atau lebam.
Sebelum anda menyimpan epal, anda perlu membungkus epal dengan menggunakan kertas dengan tangkainya menghala ke atas di simpan dalam peti sejuk di ruangan yang sejuk dan gelap.
5. Peti sejuk
Bagi penyimpanan buah beri, anda boleh mencampurkan cuka epal dan air dengan sukatan 1:10, kemudian masukkan buah-buahan beri ke dalam campuran bahan tersebut.
Setelah dibiarkan seketika, toskan air tadi dan simpan buahan beri dalam mangkuk dan dilapik dengan kertas lalu disimpan dalam peti sejuk.
Teknik ini sangat membantu bagi memastikan buahan beri lebih tahan lama dan kekal segar untuk tempoh yang lama.
6. Balut tangkai
Buah pisang juga dapat disimpan dan tahan lama jika bahagian hujung pisang tersebut dibalutkan dengan pembalut plastik.
Ia akan kekal dan tahan lama untuk tempoh 3-5 hari daripada kebiaasaanya. Yang penting, Mama perlu asingkan buah pisang dengan buahan yang lain.
#Tips Simpan Buah Yang Telah Dipotong
1. Rendam dalam air sejuk
2. Rendam dengan air garam (jeruk)
3. Bekukan di freezer
4. Simpan dalam plastic wrap
5. Balut dengan tisu dan sejukkan
6. Letak kayu manis dalam mangkuk buah potong tadi
Untuk pelbagai tips makanan berkhasiat serta info kesihatan klik SINI!