Gigi bayi mulai tumbuh pada usia enam bulan. Pada fasa awal gigi tumbuh, bayi akan gatal gusi. Keadaan itu mungkin menyebabkan mereka suka menggigit.
Mama yang menyusukan bayi mesti berdebar-debar kan bila bayi dah pandai menggigit. Mereka cenderung untuk menggigit puting Mama semasa menyusu.
Jadi berikan bayi Mama biskut baby bagi mendorong pertumbuhan gigi dan mengelakkan bayi menggigit semasa menyusu.
Apakah aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih biskut baby?
Pertama sekali, cari tahu samada bayi mempunyai tindak balas alergi terhadap sesuatu jenis bahan makanan seperti telur dan kacang.
Seterusnya, pilih produk yang menggunakan bahan organik dan tanpa bahan pengawet serta pewarna tiruan. Nutrisi anak terutamanya di peringkat awal kehidupan mestilah dimulakan dengan nutrisi yang berkhasiat.
Ketiga, kepelbagaian tekstur, rasa dan bentuk. Ia bertujuan agar kita dapat memanfaatkan waktu makan snek mereka dengan melakukan aktiviti dan mengeratkan hubungan antara Mama dan bayi. Contohnya, belajar mengenal bentuk, bermain kapal terbang dan menyusun abjad.
13 Jenama Biskut Baby Untuk Si Manja Mama
#1 Natufoodies Milk Teething Rusks (Red Quinoa)
Sesuai untuk bayi yang baru tumbuh gigi iaitu seawal umur enam bulan. Biskut baby ini hanya menggunakan bahan pewarna dan perasa makanan yang dibenarkan sahaja. Selain itu, ia tidak terdapat sebarang garam dan bahan pengawet.
#2 Natufoodies Milk Teething Rusks (Original)
Tekstur biskut yang sedikit keras mendorong pertumbuhan gigi pertama anak Mama. Iaitu melalui cara mereka menggigit dan mengunyah. Jenama ini didatangkan dengan dua pilihan rasa iaitu rasa asli dan kinoa merah. Bayi berumur 6 bulan boleh mula makan biskut ini.
#3 Natufoodies Aeroplane Toddler Biscuit (Plain Milk)
Kandungan bahan biskut yang seterusnya ini ialah kalsium, vitamin B1 dan zat besi. ia dihasilkan dengan sedikit campuran gluten dan susu.
Namun begitu, Mama yang beragama Islam tidak perlu bimbang kerana ianya halal dan sesuai untuk keluarga vegetarian.
#4 Natufoodies Aeroplane Toddler Biscuit (Blueberry & Beetroot)
Biskut baby berbentuk kapal terbang dan sangat sesuai untuk bayi berumur 12 bulan ke atas. Bentuknya yang unik meningkatkan daya imaginasi bayi dalam perkembangan minda.
Jika anak Mama mempunyai alahan terhadap susu dan gluten, biskut dari Natufoodies ini mungkin tidak sesuai untuk mereka.
#5 Whole Kids Organic Cookies Apple
Berbentuk bulat dan mempunyai rasa buah epal. Memberikan anak Mama biskut ini mungkin boleh menjadi salah satu langkah memupuk minat mereka terhadap rasa buah-buahan. Ianya diyakini halal dan bebas daripada baja buatan dan racun perosak.
#6 BB King Kong Gerber Soft Baked Grain Bars Apple Cinnamon
Berikan anak Mama snek sihat dari BB King Kong Gerber yang diperkaya dengan zink dan zat besi. Kedua-dua nutrisi ini penting dalam memastikan perkembangan positif otak kanak-kanak.
Agar Mama dapat mengimbangi makanan (real fruit) dengan snek, Mama boleh berikan biskut ini pada waktu di antara makan tengah hari dan malam.
#7 BB King Kong Gerber Animal Crackers Cinnamon Graham
Biskut baby yang berikutnya dibuat dari bijirin penuh yang sangat berkhasiat kepada anak-anak kita. Pengambilan biskut berbentuk haiwan dengan rasa kayu manis ini melengkapkan 10% zat besi dan vitamin E.
#8 BB King Kong Gerber Snack Arrowroot Biscuits
Apabila anak Mama mulai menginjak ke usia 10 bulan, berikan mereka nutrisi tambahan melalui biskut baby.
Ia mempunyai bentuk bulat dengan lekukan di bahagian tepi. Oleh itu, anak-anak kita boleh meningkatkan kemahiran motor kerana saiznya yang bersesuain dengan tapak tangan dan jari mereka.
#9 Apple Monkey Gluten Free Cookies (Carrot)
Jejari biskut baby dengan rasa lobak merah. Di dalam bahan ini tidak terkandung sebarang susu lembu, gandum dan kekacang. Biskut ini ialah alternatif terbaik jika anak Mama ada alahan pada sumber protein tertentu.
#10 Izzly – Biskut Baby (Butter Raisin/ Kismis Mentega)
Mama tak perlu risau dengan kandungan bahan-bahan dalam biskut Izzly ini. Ia dihasilkan dengan unsalted butter dan kismis bertujuan untuk meningkatkan berat anak Mama. Mula berikan biskut dari Izzly seawal usia anak tujuh bulan.
#11 Fawwaz Baby Food Biscuit (Kurma)
Satu-satunya biskut baby yang berperisa kurma dari dalam senarai kita kali ini. Serat dalam kurma membantu bayi mencegah masalah sembelit. Kesian betul kan kalau anak menangis disebabkan sakit perut.
Bentuk bunga biskut ini boleh dimanfaatkan sebagai pendedahan awal untuk anak mengenal jenis-jenis bentuk yang ada.
#12 Bellamy’s Organic Teething Rusks
Tekstur biskut yang agak keras tetapi mudah lembut memudahkan ia dikunyah oleh anak Mama semasa proses tumbuh gigi. Kandungan dalam biskut ini terdiri daripada ragi, garam mineral serta tepung gandum organik.
#13 Happy Tot Multigrain Alphabet Cookies Vanilla Oat
Mama Siti faham , ada Mama diluar sana yang selalu rasa bersalah sebab terlalu sibuk bekerja. Walaupun kita tahu ianya untuk keselesaan anak-anak namun perasaan itu masih sukar dibendung.
Oleh itu, mari kita luangkan masa dan bina hubungan rapat dengan bayi semasa mereka sedang makan. Ditambah dengan keistimewaan biskut ini yang terdapat tulisan abjad di setiap satunya.
Mama tidak boleh memandang enteng perihal biskut baby. Ikuti tiga persediaan sebelum Mama memilih mana-mana produk biskut baby di pasaran.
Sesungguhnya hanya Mama yang lebih mengenali bayi tersayang. Oleh itu, pastikan bayi hanya makan biskut yang bersesuaian dengan umur mereka dan tidak mempunyai sebarang respon alergi.
Kepelbagaian produk biskut baby yang Mama Siti senaraikan diharap membantu Mama memilih biskut yang terbaik untuk bayi kesayangan Mama ya.
Lihat pelbagai tips pemakanan dan resepi untuk si manja di SINI.