KelabMama

10 Idea Dekorasi Bilik Tidur Anak Lelaki Yang Mama Patut Cuba

bilik tidur anak lelaki

Menyiapkan bilik tidur anak lelaki boleh membuatkan Mama pening tak tahu mana nak mula, kan? Namun tetaplah excited di dalam hati untuk membuat dekorasi seringkas manapun. Anak lelaki kita semakin membesar, keperluan pun makin berubah. Jadi, bagaimana nak bermula?

Banyak memerhatikan dan berbincang

Untuk anak lelaki, boleh mulakan dengan memerhatikan apa yang dia suka. Kemudian, Mama tambah sikit elemen keseronokan dan tinggalkan banyak ruang untuk anak ini terus membesar dalam ruang yang sama.

Jika bajet menjadi isu, bina ruang yang lebih versatile, ada elemen minat mereka yang terkini tapi cukup sofistikasi supaya dapat membesar lama bersama anak hingga ke kolej.

10 idea dekorasi bilik tidur anak lelaki

1. Bilik tidur kongsi bersama adik-beradik lelaki

Pasti havoc kan adik-beradik lelaki beramai-ramai namun kebersamaan inilah yang membawa kepada setiakawan di masa mendatang. Walaupun berkongsi bilik, haruslah dititikberatkan juga ruang kendiri buat setiap anak, sekurang-kurangnya katil yang mempunyai ruang persendirian supaya mereka rasa dihormati dan lebih puas hati.

Menarik reka bentuk kabinet yang diletakkan bersama katil dua tingkat untuk memaksimakan ruang yang ada.

2. Bilik tidur anak lelaki remaja

Anak remaja lelaki biasanya mempunyai pelbagai personaliti yang berbeza ketika usia yang sibuk mencari identiti diri. Mama bolehlah berbincang dengan anak-anak untuk lebih memahami kecenderungan mereka dalam mereka bentuk tema bilik tidur.

Bilik tidur remaja lelaki gaya moden yang lengkap dengan meja belajar. Jenis rak yang digunakan juga cukup ringkas.

3. Bilik tidur anak lelaki usia 5 – 8 tahun

Penting bagi usia ini, perabot adalah berada di paras yang bersesuaian tinggi mereka untuk memudahkan capaian dan membantu proses berdikari.

Dekorasi lebih ringkas pada bilik ini bertemakan haiwan dengan menggunakan soft toys. Pemilihan almari baju juga agak rendah sesuai saiz anak tika ini. Banyak lagi ruang dibiarkan untuk tumbesaran dan tambah baik bilik di masa hadapan.

4. Bilik tidur jenis floor bed

Floor bed adalah tilam sahaja yang diletakkan di paras lantai atau katil yang parasnya sangat rendah. Bilik dengan dekorasi begini sangat inviting dan cosy.

Dekorasi begini sangat ringkas dan masih mempunyai banyak ruang untuk terus membesar dan membina jati diri melalui tema bilik.

5. Bilik dengan banyak ruang kabinet

Kadangkala anak lelaki mempunyai banyak alatan sukan dan sebagainya, jadi kalau ada banyak ruang kabinet untuk pengstoran di dalam bilik tidur adalah sangat memudahkan.

Lihat dekorasi bilik ini, setiap ruang di sekitar katil juga meja belajar digunakan sepenuhnya untuk menempatkan ruang pengstoran.

6. Bilik dengan hiasan lampu

Bilik ini menampakkan konsep langit dan tanah. Dekorasi lampu berbentuk awanan digunakan untuk konsep ini.

7. Bilik tidur dengan rak untuk kereta mainan

Ada satu fasa anak-anak lelaki ini sangat sukakan kereta serta pelbagai kenderaan kan. Samalah anak Mama Siti juga. Selalu terbayang jika ada ruang bilik sendiri haruslah diletakkan rak khas untuk menyusun kenderaan mainan ini. Sekadar memberi kepuasan dan mengajar rasa menyayangi barang-barang kepunyaan diri.

Bilik ini menggunakan ruang pengstoran di bawah katil untuk meletakkan dan mempamerkan kereta yang dimiliki. Senang sebab biasanya anak-anak ini perkara pertama yang dicari sebaik bangun tidur adalah barang kesayangan mereka.

8. Bilik tidur sekaligus ruang bermain

Jatuh hati dekorasi ringkas begini, ada banyak ruang untuk anak membesar. Maksudnya, perabot ringkas sahaja namun ada ruang lapang yang anak lelaki boleh bentangkan permainan keretapi contohnya dan membuat eksplorasi sendiri.

9. Bilik tidur IKEA

Kredit: designluxpro.com

Meriah, kan? Ini adalah antara jenis katil jualan IKEA yang bahagian atasnya katil tempat tidur dan bahagian bawah adalah ruang bermain seperti pondok atau ruang privacy.

10. Bilik tidur ruangan sempit

Rekaan dalaman bilik tidur anak lelaki meletakkan katil dua tingkat dan disusun begini berjaya menjimatkan ruang yang kecil supaya dapat menempatkan dua orang dengan meja belajar.

Untuk ruang yang kecil, utamakan katil sebagai objek utama untuk tujuan berehat, dan susun aturkan perabot lain mengikut kesesuaian. Aktiviti seperti belajar boleh juga dilakukan di luar bilik.

Tips pemilihan perabot bilik tidur anak lelaki

  1. Biasanya anak lelaki lebih cenderung kepada corak ringkas, maka begitu juga perabotnya. Utamakan reka bentuk yang praktikal.
  2. Pilih perabot yang sesuai dengan ketinggian anak ketika itu supaya dapat berdikari menguruskan diri terutama anak usia bawah 8 tahun.
  3. Keselamatan juga adalah kriteria utama pemilihan perabot bilik tidur anak. Contohnya pastikan tiada bahagian tajam yang mencederakan jika terhantuk, permukaan perabot daripada bahan yang tidak kasar dan sebagainya.
  4. Alah membeli, menang memakai. Cubalah buat pembelian dengan perabot yang lebih berkualiti supaya boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Bagaimana Mama? Harapnya perkongsian Mama Siti ini membantu untuk Mama bermula. Kalau sebelum ni masih pening, semoga sekarang sudah terbuka ilham untuk dekorasi bilik tidur anak lelaki Mama. Selamat berdekorasi!