KelabMama

5 Tema Bilik Air Yang Cantik dan Simple Ala Pinterest

Kredit gambar: Hendrickson Photography / Shutterstock.com

Kita pasti akan teruja dengan kecantikan bilik air di hotel-hotel 5 bintang yang mempunyai deko hiasan yang cantik dan eksklusif. Terlalu banyak gaya dan deko bilik air yang cantik hingga membuatkan Mama sukar hendak memilih mana yang menjadi bilik air idaman Mama.  

Jika Mama dalam perancangan untuk mengubahsuai dan menghias bilik air di rumah Mama itu, mungkin Mama tercari-cari idea yang yang dapat menghasilkan bilik air yang sedap mata memandang dan memuaskan hati semua orang.

Sebenarnya, tidak mustahil untuk Mama memiliki bilik air idaman yang cantik dan simple, tanpa memerlukan modal yang besar. Mama Siti hendak kongsikan beberapa idea dan tips untuk Mama di luar sana yang sedang mencari-cari ilham untuk ubahsuai bilik air Mama. 

Tema 1: Kombinasi hitam putih yang tak pernah gagal 

Kredit gambar: Houzz

Tidak dinafikan, pilihan warna hitam putih adalah pilihan warna yang selamat.  Warna klasik ini tidak akan ditelan usia, dan ternyata mampu kekal mengikut zaman.

Cerapan warna hitam putih pada jubin dinding dan lantai sudah cukup untuk menghidupkan bilik air Mama. Ditambah pula dengan alatan hiasan seperti pasu bunga dan bakul mengikut warna hitam putih, pasti memberi sentuhan istimewa di dalam bilik air Mama.  

Tips 2: Gabungan moden-vintaj yang memberi keunikan

Kredit gambar: ArchDaily. Com

Mengambil inspirasi tradisional dan vintaj serta diaduni dengan sentuhan moden, hasilnya pasti akan memuaskan hati. Gaya yang penuh elegan, sesuai sepanjang masa, bergaya dan praktikal memberikan ruang untuk Mama berehat dan mencari ketenangan bersendirian setelah melalui hari yang panjang. 

Pelbagai cara boleh Mama gunakan untuk mendapat gaya moden dan vintaj ini. Cuba beranikan diri menggunakan mozek bercorak tradisional, dan padankan dengan tab mandi atau pancuran air moden. Hiaskan dengan bingkai kayu, kerusi stool kayu atau almari dan rak kayu untuk memberi imbauan pada kenangan lalu.

Kredit gambar: Homes and Garden

Tema 3: Tema minimalis yang menghidupkan

Bilik air yang kecil dan ruang yang sempit bukanlah menjadi penghalang untuk tidak menghiasi bilik air Mama. Tips yang pasti tidak gagal untuk konsep ini adalah dengan menggunakan warna putih sebagai latar belakang. Tambahkan dengan gelas kaca sebagai penghadang serta sebuah cermin besar untuk menghidupkan bilik air Mama.  

Kredit gambar: Australian Furniture Fair

Jika Mama mempunyai bajet yang lebih sedikit, Mama juga boleh menggantikan paip dan bingkai besi dengan paip dan bingkai dari tembaga atau loyang berwarna kuning keemasan. Ia pasti memberikan satu kelainan yang unik pada bilik air. 

Kredit gambar: Hunker.com

Walau apapun gaya pilihan yang Mama tentukan untuk bilik air idaman Mama, peganglah pada pesanan Mama Siti, less is more. Rekabentuk minimalis pasti tidak akan mengecewakan sesiapa. 

Tema 4: Luahkan kreativiti dengan tema Bohemia

Hanya bermain dengan lapisan corak dan tekstur, Mama boleh meluahkan kreativiti Mama di ruang bilik air dengan menggunakan tema Bohemia. Bilik air yang kecil rasa sangat mengundang dan tenang dengan hanya menyusun atur dekorasi seperti cermin berbingkai rotan, serta kraf dan nyiru tradisional sebagai hiasan dinding.

Ditambah pula dengan bakul anyaman, rak rotan yang kecil serta tirai bercorak Bohemia menambahkan seri bilik air Mama. Jangan lupa untuk meletakkan sejenis dua flora hijau yang menjadi kemestian untuk tema ini.   

Kredit gambar: Curated Interior

Tema 5: Pamerkan imej kontemporari dengan warna-warna yang terang

Ramai yang tidak mahu mengambil risiko menggunakan warna-warna terang seperti merah, hijau mahupun oren dan kuning terang sebagai warna tema. Sebenarnya, 

warna mempengaruhi mood  seseorang dan tanggapan terhadap ruang yang ada. Jadi, menjadi satu kepentingan untuk Mama memilih warna yang bersesuaian. 

Menghiasi dinding dengan dengan jubin adalah satu strategi bijak untuk bilik air di Malaysia yang rata-ratanya sentiasa di dalam keadaan basah. Harmonikan pilihan jubin Mama dengan tema warna bilik air yang sudah ada di dalam minda Mama. 

Kredit gambar: Contemporarist

Mengecat dinding antara pilihan yang murah dan boleh ‘versatile’. Gunakan idea di luar kotak minda dengan menyediakan satu feature wall atau dinding utama yang dihiasi unik. 

Wallpaper mungkin nampak bergaya dan eksklusif seperti rekabentuk bilik air gaya kontinental. Namun, jika wang bukan menjadi penghalang, Mama hendaklah memastikan tukang yang memasang wallpaper Mama itu benar-benar mahir dan berpengalaman untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. 

Hiasi dengan lampu-lampu neon atau LED yang pasti membuatkan bilik air Mama suatu ruang menarik yang lain daripada yang lain. 

KKredit gambar: Houzz

Hiasi dengan lampu-lampu neon atau LED yang pasti membuatkan bilik air Mama suatu ruang menarik yang lain daripada yang lain. 

Apa-apa pun tema pilihan Mama, Mama Siti yakin, Mama tidak perlu mengeluarkan bajet yang tinggi untuk menghasilkan idea yang eksklusif dan klasik.

Jubin tak bercorak, cermin bulat tak berbingkai, dan sedikit sentuhan flora hijau sebagai deko sudah cukup untuk menghidupkan bilik air Mama. Semoga perkongsian yang ada, sedikit sebanyak dapat memberi idea untuk Mama. Selamat menghias.