KelabMama

BETULKAN PERCAKAPAN ANAK PELAT

Peringkat bayi dan kanak-kanak adalah peringkat paling kritikal untuk mempelajari bahasa. Gangguan dalam peringkat ini memberi kesan yang amat besar terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan mereka. Bermula sejak lahir hingga tiga tahun pertama adalah masa kritikal. Bahasa dan pertuturan kanak-kanak berkembang seiring kematangan dan tumbesaran otak mereka. Kanak-kanak juga banyak melihat dan mendengar apa di sekeliling mereka. Komunikasi bermula sejak lahir.  Contoh, bayi menangis minta lampin ditukar, meminta susu dan sebagainya.  Komunikasi ini akan terus berkembang bila umur mereka bertambah.

 

0 – 6 bulan

 

7- 11 bulan

 

1 tahun

 

2 tahun

 

3 tahun

 

4 tahun

 

5 tahun

(Sumber: Poster Terapi Pertuturan KKM)

 

Apa Itu Pelat?

Ramai ibu bapa yang tertanya-tanya samada anak mereka pelat atau tidak. Sama seperti kemahiran fizikal, kanak-kanak akan meniarap, merangkak, berjalan sebelum dapat berlari. Begitu juga dengan pertuturan kanak-kanak. Pelat merupakan ‘kesalahan sebutan’ yang terjadi pada peringkat umur tertentu. Ia melibatkan masalah penghasilan bunyi(artikulasi) dan juga pola bunyi (fonologi).Kanak-kanak sepatutnya mahir menyebut bunyi tertentu apabila mencecah umur yang tertentu.

 

Berikut merupakan panduan umum bila bunyi mula dikuasai

36 bulan

/n/, /m/, /p/, /h/, /t/

40-44 bulan

/f/, /w/, /ng/, /b/, /g/

48 bulan

/s/, /j/, /d/

48+ bulan

/r/, /l/, /sh/, /ch/, /z/, /v/, /j/, /th/

Proses-proses fonologi berikut sepatutnya sudah tiada pada kanak-kanak berumur 3 tahun

 

Buang sukukata yang tidak ditekankan

 

Buang konsonan akhir

 

Samakan konsonan (pengaruh konsonan terhadap konsonan lain)

 

Reduplikasi (ulangan)

 

Pendepanan (bunyi belakang ‘k’ dan ‘g’ ditukar ke bunyi depan)

 

Panduan lain yang boleh disemak ialah:

 

Pelat boleh terjadi atas beberapa faktor, antaranya:

Tidak perlu risau jika perkembangan bahasa dan bunyi pertuturan masih menepati tahap umur mereka. Jika tidak, anda perlu mendapatkan rawatan selanjutnya.Rujuk kepada pakar berkaitan untuk menilai keadaan anak. Dapatkan surat rujukan daripada klinik kesihatan/swasta untuk penilaian daripada Terapis Pertuturan. Berikan rangsangan bahasa yang betul. Bercakap dengan anak menggunakan perkataan yang betul. Ada ibu bapa yang cuba meniru perkataan pelat anak mereka.  Ini menyebabkan anak anda keliru tentang sebutan yang betul.

 

Fahami Pertuturan Pelat Anak

#1 Fokus pada perkataan yang tidak difahami dan dapatkan lebih banyak maklumat tentangnya. Sebagai contoh apabila mereka bercerita berkenaan apa yang mereka lakukan di sekolah. “Wahhh…macam seronok je… adik dengan kawan main apa tadi?”

#2 Minta kanak-kanak untuk mengulang sebutan dengan lembut. Anda boleh menggunakan ayat seperti Oh…mama tak dengar adik cakap apa tadi, boleh cerita balik tak?”. Cuba juga untuk memahami apa yang dicakapkan melalui pergerakan tangan dan badan, tone suara, emosi dan juga pergerakan mata.

#3 Gunakan klu yang ada dipersekitaran jika ada. Contohnya seperti “cuba adik tunjuk apa yang adik cakap tadi”.

#4 Gunakan sokongan visual sebanyak yang boleh semasa bercerita / berbual.

Contohnya, semasa bercerita mengenai percutian keluarga, gunakan gambar yang diambil ketika bercuti. Anda boleh merujuk kepada gambar tersebut untuk mengenalpasti orang, tempat atau situasi yang diceritakannya. Perlukah Kita Memperbetulkan Kesalahan Sebutan Anak? Kanak-kanak dengan masalah pelat selalunya merasa self-conscious semasa bercakap dan perbuatan kita melakukan pembetulan kepada sebutan mereka setiap kali akan menyebabkan mereka tidak mahu bercakap lagi.

 

Bantuan Untuk Anak Pelat

 

 

 

 

Sumber: Internet