KelabMama

Betulkan Kedudukan Bayi Songsang Guna Lampu Suluh? Ini Jawapan Pakar

Pasti ada mama yang mengalami situasi ini, dimana anak dalam kandungan berada dalam keadaan songsang terutamanya disaat ‘due date’ semakin dekat. Antara faktor bayi songsang adalah keabnormalan pembentukan rahim, kandungan bayi kembar, posisi uri berada di bawah rahim mama, bayi tak cukup bulan, saiz bayi terlalu besar dan kandungan air ketuban berlebihan.

Bagaimana nak betulkan kedudukan bayi songsang ni ye? Ada macam-macam petua Mama Siti dengar antaranya dengan menggunakan lampu suluh. Ada yang berpendapat menggunakan lampu suluh bertujuan supaya bayi bergerak ke arah cahaya. Betul ke? Ini jawapan pakar yang mama perlu tahu.

ECV bantu pusingkan kedudukan bayi songsang

Petua untuk betulkan kedudukan bayi songsang

#1 Berenang

Ini kerana berenang dipercayai antara senaman yang paling bagus untuk membuat otot perut lebih santai dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk berpusing. Ia juga mudah dilakukan kerana kita rasa ‘ringan’ dalam air walaupun perut semakin membesar. Selain itu, bergerak aktif dan lakukan senaman lantai juga boleh membantu tingkatkan kesihatan bayi dan mama. Tapi ada sesetengah pakar tak menggalakkan senaman cangkung (squat) jika bayi dalam keadaan songsang kerana ia boleh menyebabkan bayi lagi selesa dan cepat menurun ke pangkal serviks dalam keadaan tersebut.

#’Breech Tilt’

Posisi ini terkenal di luar negara. Caranya, berbaring di atas lantai sambil menaikkan kaki anda di atas sofa. Sasarkan kedudukan 45 darjah. Jika perlu tambahlah beberapa biji bantal untuk menyokong belakang badan mama. Kekalkan posisi ini selama 5 minit atau pada bila-bila masa mama rasa kurang selesa.

#Posisi sujud

Posisi ini serupa dengan gerakan ‘knee-chest position’ yang diamalkan oleh ramai wanita seluruh dunia. Mama boleh lakukan posisi bersujud seperti dalam solat 2 kali setiap pagi dan petang dalam tempoh 10 minit. Bagi yang muslim, mama boleh mengoptimakan kedudukan ini untuk melakukan solat hajat dan banyakkan berdoa agar dapat bersalin dengan mudah.

#Berjalan

Ini salah satu gerakan yang paling mudah untuk membantu memusingkan bayi songsang. Cuba berjalan selama 30minit setiap hari sepanjang kehamilan. Untuk pengetahuan mama, The Health Site menerangkan bahawa sewaktu mama berjalan, daya graviti akan menarik bahagian kepala bayi (yang paling berat) agar turun ke posisi normal.

#Berdoa

Selain melakukan pergerakan, mama juga disarankan untuk bertenang dan banyakkan berdoa. Ini kerana hati yang tak tenteram dan stres dapat mengganggu proses bersalin mama. Ini antara doa yang mama serta suami boleh amalkan ;

Sumber : Dr.Izzat

BACA LAGI KEDUDUKAN BAYI MELINTANG? DOKTOR PAKAR O&G JELASKAN ‘TRANSVERSE LIE’

Pesan Mama Siti

Apa-apa pun untuk perkara begini kena dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dulu daripada terus percaya kepada benda yang kita sendiri tak tahu kesahihannya.