Mesti mama dah terbiasa dengan senario ni kan? Si manja menangis dan mama berlari nak dapatkan puting bayi. Kesian katanya. Tapi bila dah bagi, susah pula nak lepaskan puting kosong tu. Tapi kesian…
Ramai yang tak setuju dengan cara ini, katanya bila mama kerap guna puting kosong, gigi anak nanti jadi jongang. Tapi masih ramai ibubapa yang menggunakannya. Ramai pakar bersetuju penggunaan puting bermanfaat jika digunakan dengan baik tetapi bila dan bagaimana? Bila waktu yang sesuai mama bagi puting kosong ni?
Sebelum kita pergi kepada tips-tips yang berharga, jom Mama Siti nak share pros and cons bagi puting kosong pada si manja mama dulu.
Kebaikan??
- Menenangkan bayi dan membantu bayi tidur
- Membantu bayi semasa dalam penerbangan
- Mengurangkan risiko SIDS
- Pakai buang dan mudah berhenti berbanding jari
Keburukan??
- Memberi terlalu awal ganggu proses penyusuan
- Terlalu bergantung dengan puting
- Meningkatkan risiko jangkitan telinga
- Masalah gigi terlalu lama
Tips Penggunaan Puting
# Elakkan penggunaan terlalu awal
First point Mama Siti nak pesan, kalau baby nangis je, jangan lah terus bagi puting kosong. Kita try and error dulu. Cuba mama tepuk-tepuk sedikit badan si manja, periksa lampin, menyanyi atau dodoikan. Kalau semua tak berhasil barulah mama boleh tawarkan puting kosong.
# Hanya guna selepas bayi pandai menyusu badan-selepas 4 minggu
Mama Siti ada baca dalam MayoClinic bahawa waktu yang paling recommended untuk mama bagi puting kosong pada anak-anak mama yang menyusu badan adalah sekitar 3-4 minggu. Tapi kalau mama rasa risau dan tak sure, ikut saja tips ni?
# Guna selepas bayi kenyang- diantara waktu menyusu
Hadkan pemberian puting kosong diantara waktu menyusu ataupun semasa waktu tidur. Biasakan si manja untuk hisap puting kosong pada waktu-waktu yang tertentu saja untuk elakkan over-attached si manja dengan puting kosong.
Satu lagi info penting untuk mama, cara ni sangat efektif untuk tenangkan si manja yang ‘overstimulated’ atau terlampau letih ketika menghampiri waktu tidur. Ia mampu panjangkan waktu tidur si manja, so mama di luar sana boleh tidur lena dan tak perlu risau kalau tiba-tiba anak terbangun pukul 2-3 pagi.
# Jangan selalu guna
YES! Mama kena ingat bahawa bagi puting kosong bukan penyelesaian kepada masalah si manja menangis. Jadi, gunakan secara sederhana ye.
# Jangan gantung di leher
It’s a big NO for this! Mama jangan sesekali gantung puting kosong dekat leher si manja. Mama Siti faham mama nak senang, kalau menangis saja boleh terus letak puting kosong dalam mulut si manja. Tetapi bukan begitu caranya. Mama kena tahu yang kalau dibiarkan jadi tabiat nanti susah untuk mama leraikan anak mama dengan puting kosong. Jadi, mama kena beringat ye!
#Pastikan bersih
Sterilkan puting kosong macam mama steril puting botol susu. Mama kena ingat, bakteria ni ada dimana-mana saja dan tak mengenal rupa. Kalau berlaku jangkitan kuman pada si manja mama, mesti mama susah hati kan?
Yang paling penting puting kosong tu jangan pulak share dengan adik-beradik si manja yang lain okay!
Kesimpulannya, mama mesti berjaga-jaga dengan penggunaan puting kosong. Kalau si manja menangis, kita cuba option lain dulu sebab dalam kita pujuk anak yang menangis, mama juga sebenarnya meluangkan sedikit masa mama untuk anak-anak. So anak-anak akan rasa dihargai gitu.
Sumber: Public Health Malaysia, SirapLimau
BACA JUGA BAIK BURUK HISAP PUTING
Pesan Mama Siti:
Jangan biarkan si manja terus menggunakan puting kosong sehingga berusia 2-3 tahun ye. Sebab ia boleh menjejaskan pertumbuhan gigi susu. Semoga bermanfaat!