KelabMama

BAGAIMANA NAK MEMILIH SABUN BADAN YANG SESUAI DAN SELAMAT UNTUK ANAK-ANAK & SEISI KELUARGA?

Dengan lambakan produk pembersihan badan yang ada pada hari ini membuatkan kita sukar untuk membuat pilihan. Sebagai ibu, pasti kita akan pilih yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Selain pembersih badan yang wangi, faktor bahan-bahan yang digunakan juga penting. Dengan Sabun Mandi Betadine® Natural Defense, anda kini tak perlu rungsing lagi untuk memilih pembersih badan yang sesuai untuk anda, si manja dan seisi keluarga.

Jom beralih kepada Sabun Mandi Betadine® Natural Defense!

Betadine®  merupakan jenama yang menjadi pilihan ibu bapa sejak lebih 60 tahun lagi. Kini mereka kembali dengan rangkaian produk terbaru iaitu Sabun Mandi Betadine® Natural Defense – mencapai tahap kebersihan diri anda tanpa kompromi.

Betadine® sangat teliti dalam setiap pembuatan produk mereka. Jadi mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang terbaik, berkualiti dan tidak membahayakan untuk pengguna, terutamanya kanak-kanak. Tambahan pula, Sabun Mandi Betadine® Natural Defense sangat sesuai untuk digunakan seisi keluarga – daripada anak-anak berumur 2 tahun hingga lah yang dewasa.

Hanya menggunakan bahan-bahan Semula Jadi

Sabun Mandi Betadine® Natural Defense hanya menggunakan bahan-bahan dari sumber semula jadi yang diformulasi khas untuk semua jenis kulit. Terdapat tiga jenis variasi yang sesuai dengan pilihan anda – madu Manuka, Tea Tree oil dan penggunaan ekstrak buah delima.

Tiga bahan utama ini diformulasi untuk membersih, menyegar dan mampu membunuh kuman sehingga 99.99% agar kulit anak anda sentiasa sihat. Nak tau apa lagi khasiat bahan-bahan yang ada dalam Sabun Mandi Betadine® Natural Defense ni?

Kalau kita seisi keluarga sering menggunakan produk daripada bahan semula jadi, kulit kita pasti akan lebih sihat dalam jangka masa yang panjang.

BEBAS daripada Bahan Kimia yang berbahaya

Lagi satu yang bestnya pasal Sabun Mandi Betadine® Natural Defense ni, ia TIDAK mengandungi 8 bahan kimia yang berbahaya kepada kulit iaitu – Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Triclosan, Paraben, Formaldehyde, Methylisothiazolinone (MIT), Dioxane, Butylated Hydroxytoluene (BHT) & Triclocarbon.

Bahan-bahan kimia ini kebanyakannya bersifat menghakis, dan boleh menyebabkan keradangan dan iritasi pada kulit. Malah MIT, Triclosan dan Triclocarbon merupakan antara bahan-bahan terlarang atau diharamkan untuk digunakan dalam produk kosmetik. Kulit anak-anak kan sangat lah halus dan lembut. Sebab itu ibu bapa perlu elak daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang ini.

Diuji secara dermatologi, bebas sabun & mengimbangi pH badan

Di samping itu, produk Betadine® ini telah diuji secara dermatologi oleh pakar kulit, bebas sabun dan membantu dalam mengimbangi pH kulit badan. Eh, penting ke nilai pH dalam sabun badan? Kandungan pH yang normal iaitu antara nilai 4-5 dalam sabun badan dapat bertindak sebagai pelindung daripada bakteria, iritasi dan pencemaran.

Iritasi pada badan mudah terjadi jika kita menggunakan sabun badan yang tinggi kandungan pH. Nanti kulit mudah kemerahan, gatal-gatal dan juga kekeringan kerana kelembapan kulit berkurangan.

Dengan penggunaan Sabun Mandi Betadine® Natural Defense yang kerap, ia terbukti dapat membunuh kuman-kuman degil namun lembut dalam memelihara dan melindungi kulit anak-anak anda.

Rangkaian Produk Betadine® Natural Defense yang lain

Selain Sabun Mandi, rangkaian Betadine® Natural Defense juga boleh didapati dalam bentuk Sabun Tangan dan Pembersih Tangan Betadine® Natural Defense. Menggunakan bahan-bahan yang sama seperti rangkaian Sabun Mandi Betadine® Natural Defense, kedua-dua produk antibakteria ini dijamin dapat membunuh sehingga 99.99% kuman disamping memelihara kebersihan kulit tangan anda setiap hari.

Kulit lebih lembap, cantik & sihat dengan Aloe Vera organik & Vitamin E

Produk rangkaian Betadine® Natural Defense juga diperkaya dengan dua bahan PREMIUM yang sememangnya sangat baik untuk kulit iaitu, Aloe Vera organik dan Vitamin E. Gabungan dua bahan ini dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit, menganjalkan dan melembutkan kulit anak anda.

Dapatkan rangkaian Betadine® Natural Defense untuk anda dan seisi keluarga di Watsons, Jaya Grocer, dan farmasi berdekatan hari ini untuk kulit yang lebih cantik dan sihat!

 Website: Betadine® Natural Defense

Facebook: Facebook Betadine® Malaysia