KelabMama

Diari Hati Ibu: Berpantang Selepas Bersalin Kali Ke-3. Lebih Bersedia? Mungkin

Bila cerita tentang berpantang selepas bersalin ni, sebenarnya macam-macam gambaran keluar dalam kepala sebab fasa ini ada trauma sendiri. Oleh kerana memori berpantang yang lepas, As dan suami usaha sedaya upaya untuk menjaga anak ketiga ni supaya dapat berpantang dengan lebih tenang walau dalam kekalutan.

Trauma berpantang sebelum ni masih jelas di ingatan.

Ketika hamil kali ketiga, As dan suami terus cuba susunkan persediaan berpantang supaya lebih kurang trauma dan lapang dada, walaupun dah tahu tetap akan ada drama dan kesusahannya.

Kami bukanlah nak mengelak kepayahan tapi cuba mengurangkan trauma, dan dapat berpantang selepas bersalin dengan lebih tenang.

Waktu hamil anak sulung dengan drama bentan dan masalah dengan tukang urut, hamil anak kedua drama anak sulung yang sakit. Jadi As tak pernah merasa fasa berpantang yang sedikit tenang.

Kredit gambar: Kakak Adek confinement

Persediaan Untuk Berpantang Sebelum Bersalin

>> Minta bantuan untuk fasa berpantang

Kali ini, sebelum sampai waktu nak bersalin, As dah berbincang dengan suami akan perkara-perkara yang diperlukan nanti. Contohnya menu makanan berpantang, nak minta bantuan siapa datang ke rumah, siapa yang kita nak hadkan kedatangan ke rumah, ruang untuk bayi baru lahir dan juga bincang harapan kita sewaktu proses tu nanti.

Kredit gambar: SiakapKeli

Banyak komunikasi dengan suami, supaya suami dapat faham dengan jelas detailings keperluan kita sewaktu berpantang selepas bersalin.

Minta bantuan suami supaya protect keperluan kita dan baby. Boleh minta bantuan ibu ayah, sahabat atau runner. Fahamkan diri sendiri juga awal-awal bahawa kemungkinan akan ada hiccup pada tempoh kejadian tapi semoga terus tenang dan sabar.

Maknanya kita harus bersedia mental dan fizikal.

>> Fokus kepada bonding ibu dan bayi

Berpantang selepas bersalin kali ni kami nak fokus bonding ibu dan bayi paling banyak sekali. Fasa berpantang ni yang kita panggil tempoh simbiosis – tempoh suai kenal kehidupan bersama bayi baru selama 6-8 minggu.

Fasa ini sangat penting untuk membina karakter anak, ibarat dinding binaan asas kehidupannya yang memberi pembentukan karakter dia di masa hadapan.

Fasa ni hanya banyak snuggling, comfort dan being close.

>> Banyakkan rehat bersama bayi waktu berpantang

Dua minggu pertama berpantang selepas bersalin As cuba kekalkan suhu warm sahaja dalam bilik kami supaya As dan bayi dapat sesuaikan diri dan lebih mudah healing. Lampu dan cahaya cerah pun kami kurangkan untuk bagi suasana tenang.

Sumber: Hias.my

Makan makanan nutrients dense yang banyak lemak baik, protein dan karbohidrat yang mencukupi selain air yang cukup. Fokus untuk baring dan berehat pada waktu ini sambil menyusukan bayi dan sesuaikan diri bersama.

>> Sesi suai kenal

As amalkan pandang mata bayi bila menyusu. Ini kerana itulah jarak yang mata bayi dapat lihat, terutama perbezaan kontras hitam putih anak mata ibu itu. Bayi kita juga sebenarnya sedang cuba menyesuaikan diri dalam dunia baru, mula untuk lebih mengenali ibunya di tempat berbeza iaitu di luar rahim.

As pula akan perlahan-lahan cuba perhatikan keperluan bayi, cues yang bayi beri seperti lapar dan sebagainya, serta perkembangan bayi.

Pada waktu ini, bayi menggunakan tangisan sebagai alat berkomunikasi manakala ibu pula menggunakan sentuhan sebagai alat komunikasi kepada bayi.

>> Wujudkan rutin harian

Ketika berpantang kali ketiga, As pastikan As dan suami wujudkan satu rutin harian. Tak semestinya pada jam yang tepat ikut jadual, cuma pastikan aktiviti tersebut pada lebih kurang waktu yang sama.

Contohnya, awal pagi mandikan si manja bersama dengan suami, dan kemudian baru bermain dengannya.

Rutin harian juga penting sejak awal pantang supaya bayi kita rasa lebih selesa dan cuba ‘mengikuti’ norma hidup baharu mereka di dunia.

Sumber: Redaksi

Sebelah petang pula ayah mengambil tugas mandikan bayi. Dan yang paling penting, teruskan bacaan Quran atau zikir yang biasa diamalkan waktu hamil.

Walaupun kita dah cuba set rutin harian tersebut, Mama jangan paksa si manja tau. Apa yang Kak As belajar, sambil kita cuba terapkan rutin tersebut, kita mesti hormati proses seorang bayi baru lahir mencari rutin kehidupan dia sendiri, iaitu seperti corak tidur dan waktu minum susu.

Sentiasa perhatikan keperluan bayi yang berubah-ubah.

>> Amalkan gentle care dengan ‘minta izin’

Banyakkan slow down ketika handle bayi, gunakan gerakan gentle hands dan penuh hormat kepada bayi kecil ini. Amalkan untuk sentiasa minta izin bayi sebelum tukar lampin contohnya dan maklumkan lebih awal proses yang kita nak lakukan bersama.

Jika penjagaan ketika fasa simbiosis ini banyak melibatkan emosi kasih sayang, maka nanti bayi akan dapat banyak belajar dan berkembang otaknya dengan baik.

Elakkan kelam kabut menguruskan apa-apa sewaktu fasa berpantang ini. Laluinya steps by steps.

Jangan kalut pakaikan baju bayi, jangan kalut mandikan cepat-cepat. Guna satu alas nipis yang sama untuk pegang bayi supaya dapat beri rasa selamat kepadanya.

Yang penting, enjoy the moments!

Tempoh berpantang ni hingga setahun pertama bayi akan terasa begitu lama, sebab bayi sekecil ni perlukan masa dan fizikal kita dengan banyak. Banyak juga perkara baru kita perlu belajar, dan banyak sangat perkara kita perlu buat untuk mendukung satu nyawa baru ini.

Tapi setuju tak, masa yang terasa lama ni juga berlalu dengan pantas sekali? Carilah titik perhubungan dan kasih sayang dalam tempoh emas ini, dan yang penting, enjoy the journey.

Kita cuba besarkan anak-anak dengan dengan kasih sayang, penghormatan dan santunan lembut. Maka mereka juga akan belajar untuk menyantuni manusia lain dengan cara yang sama.

Love,
Kas As