Roseville Confinement Villa adalah pilihan ideal untuk Mama yang ingin melalui tempoh berpantang dengan tenang dan selesa.
Tempoh berpantang selepas bersalin bukan sahaja penting untuk pemulihan fizikal, tetapi juga peluang untuk Mama memanjakan diri selepas melalui pengalaman mengandung dan melahirkan yang penuh cabaran.
Di Roseville Confinement Villa yang terletak di Bangi ini, Mama boleh lupakan sekejap tentang keletihan menguruskan rumah atau memasak kerana segala-galanya sudah diatur dengan rapi.
Dari rawatan tradisional hingga menu makanan berpantang yang lazat dan berkhasiat, semuanya disediakan untuk memastikan Mama bukan sahaja sihat, tetapi juga rasa tenang dan dihargai sepanjang tempoh berpantang.
Apa yang Menarik di Roseville Confinement Villa?
1. Bilik Yang Eksklusif, Pakej Berpatutan & Mesra Syariah!
Di Roseville Confinement Villa, Mama boleh memilih daripada pelbagai pilihan bilik yang memenuhi kehendak dan bajet masing-masing; memastikan setiap ibu dapat menikmati pengalaman berpantang yang selesa dan memuaskan.
Tak kira apa yang Mama cari – bilik mewah, eksklusif atau yang lebih berpatutan – semua bilik di sini direka untuk memastikan Mama mendapat keselesaan dan ketenangan yang berbaloi!
Terdapat tiga jenis bilik yang Mama boleh pilih sesuai dengan keperluan dan keselesaan Mama:
Bilik Premium: Dahlia
Bilik Eksklusif: Rose, Hydrangea, Daisy
Bilik Standard: Orchid, Lily
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang selesa dan praktikal untuk menyokong Mama dalam fasa pemulihan selepas bersalin sepanjang berada di Roseville.
Pusat berpantang yang mesra syariah ini turut menawarkan lima pakej penjagaan berpantang yang fleksibel iaitu untuk tempoh 7 hari, 14 hari, 21 hari, 28 hari, dan 44 hari. Kalau Mama nak berpantang di sini sehingga 100 hari* pun ada tau!
Harga pakej bermula serendah RM5,500 untuk pakej asas, dan pakej premium pula boleh mencecah sehingga RM43,700, bergantung kepada tempoh dan jenis bilik yang dipilih oleh Mama.
Pembayaran juga boleh dibuat secara ansuran atau menggunakan kad kredit. Jadi kepada encik suami, tak perlu risau untuk invest lebih sedikit sebagai push present kepada isteri selepas bersalin.
2. Staf Wanita Yang Berpengalaman & Mempunyai Sijil yang Disahkan
Salah satu tarikan utama di Roseville Confinement Centre adalah semua stafnya terdiri daripada wanita, yang memberikan suasana lebih selesa dan privasi kepada Mama sepanjang tempoh berpantang.
Setiap staf di sini bukan sahaja mesra, tetapi juga terlatih dalam memberikan penjagaan menyeluruh kepada Mama selepas bersalin.
Dengan kemahiran dan pengalaman yang mereka miliki, mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu Mama pulih dengan lebih cepat dan memastikan bayi mendapat penjagaan terbaik.
Mereka memberikan sokongan yang diperlukan, sama ada melalui bantuan penjagaan bayi, menyediakan makanan berkhasiat semasa berpantang, atau menjadi pendengar yang baik.
Dengan pengalaman luas mereka dalam menguruskan keperluan Mama selepas bersalin, Mama boleh yakin bahawa mereka dilayan dengan penuh keprihatinan dan kasih sayang.
3. Penjagaan 24/7 oleh Caretaker/Confinement Lady
Para caretaker atau penjaga ibu berpantang di Roseville Confinement Villa ini turut menyediakan khidmat penjagaan 24 jam yang sepenuhnya bersama Mama dan si manja.
Mereka akan ajar Mama cara menyusu bayi, penjagaan selepas berpantang yang betul dan sangat disarankan doktor, serta kongsikan tips lain bersama para ibu, terutamanya bagi ibu-ibu baru.
Perkhidmatan ini tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, memastikan Mama mendapat sokongan berterusan tanpa sebarang kebimbangan.
Dengan adanya bantuan ini, Mama boleh berehat sepenuhnya dan fokus pada pemulihan diri, tanpa merisaukan keadaan bayi kerana bayi Mama dijaga dengan penuh kasih sayang dan perhatian.
Mereka juga membantu dalam rutin penjagaan bayi seperti mandikan bayi, menukar lampin, dan sebagainya. Selain itu, mereka juga memberikan nasihat dan galakan yang diperlukan untuk membina keyakinan Mama, terutama bagi mereka yang baru pertama kali menjadi Mama.
4. Manjakan Diri Mama di Roseville
Bukan sekadar berehat biasa, tetapi di Roseville, Mama dapat manjakan diri dengan pelbagai aktiviti menyegarkan seperti mengurut, sauna, scrub, dan mandi bunga pun ada!
Yang paling istimewa, Roseville Confinement Villa menawarkan diskaun 30% untuk rawatan spa pada setiap hari Jumaat! Ini peluang terbaik untuk Mama memanjakan diri sambil menikmati masa berkualiti sepanjang proses berpantang.
Bukan itu sahaja, ada pelbagai lagi aktiviti menarik yang Mama boleh nikmati jika tinggal di Roseville ini, antaranya:
- Konsultasi perancang keluarga: bimbingan mengenai cara merancang keluarga selepas bersalin.
- Studio fotografi: seronok juga bila dapat merakamkan kenangan manis bersama bayi di studio yang disediakan.
- Pakej me-time (duchess package): kalau Mama perlukan masa untuk diri sendiri, pakej ini adalah pilihan terbaik untuk Mama berehat dan memanjakan diri.
- Spa untuk pelanggan luar: bukan sahaja untuk Mama yang menginap di Roseville, pelanggan luar juga dialu-alukan untuk menikmati rawatan spa yang ditawarkan di sini.
5. Makanan Berpantang yang Sihat dan Menyelerakan
Makanan berpantang di Roseville memang terbaik! Mama akan disajikan dengan empat hidangan setiap hari – sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam. Yang paling penting, makanan yang disediakan adalah halal!
Semua hidangan ini bukan sahaja sedap, tetapi juga penuh khasiat untuk bantu Mama pulih dengan cepat dan kekal bertenaga. Jangan risau, menu di sini tak membosankan kerana ia gabungan tradisional dan moden yang memang kena dengan selera.
Yang paling menarik, ada minuman milk booster yang Mama boleh nikmati sepanjang hari. Minuman ini dirumus khas untuk membantu memperbanyakkan susu badan, jadi Mama tak perlu risau tentang bekalan untuk si manja.
6. Kerjasama dengan Hospital Pakar An-Nur: Diskaun Khas untuk Pelanggan
Roseville Confinement Centre juga menjalin kerjasama dengan Hospital Pakar An-Nur. Ini bermakna Mama yang bersalin di hospital tersebut berpeluang untuk mendapatkan diskaun istimewa khas untuk anda.
Bukan itu sahaja, kalau Mama mengikuti kelas antenatal di Hospital Pakar An-Nur atau Hospital Islam Az-Zahrah, Mama akan berpeluang mendapat diskaun hingga 20%! Sangat menjimatkan!
Tawaran ini adalah peluang terbaik untuk Mama yang sedang membuat persediaan untuk melahirkan, kerana ia menggabungkan ilmu penting melalui kelas antenatal dengan perkhidmatan premium di pusat berpantang.
Dengan penjimatan yang ditawarkan, Mama bukan sahaja dapat menguruskan bajet dengan lebih bijak tetapi juga berpeluang menikmati pengalaman berpantang yang selesa dan eksklusif di Roseville.
7. Rawatan dan Konsultasi Pakar Tersedia
Roseville juga memastikan Mama mendapat rawatan perubatan yang diperlukan. Ada beberapa pakar yang bekerjasama dengan pusat ini antaranya:
- Dr. Rahaya (GP)
- Dr. Wan Masliza (O&G)
- Dr. Fatimah (O&G)
- Jururawat Lokum
Kalau Mama ada sebarang masalah atau soalan mengenai kesihatan Mama atau bayi, boleh berjumpa terus dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi secara cepat dan mudah.
8. Deko Yang Menenangkan untuk Para Ibu
Apa yang lebih menarik, bilik-bilik di Roseville direka dengan gaya moden Inggeris yang elegan, memberikan sentuhan kemewahan dan keselesaan.
Untuk pengetahuan Mama, hiasan bilik-bilik ini dihiasi dengan sentuhan tangan Dr. Fatimah sendiri, yang memastikan setiap ruang memberikan aura ketenangan dan keselesaan kepada Mama.
Lebih seronok lagi, akses mudah ke klinik peribadi yang terletak di tingkat yang berbeza dalam bangunan yang sama, serta hospital yang boleh diakses melalui jambatan penghubung pada aras yang sama.
9. Banyak Lagi Keistimewaan Lain!
Dalam pada itu, Mama dan Papa juga boleh melakukan tahnik dan bersunat si manja walaupun Mama berpantang di sini.
Mama dan Papa hanya perlu berurusan sendiri dengan pihak-pihak yang sepatutnya dan kemudian memberitahu pihak Roseville Confinement Villa tarikh dan masa yang ditetapkan.
Yang paling best, suami atau penjaga Mama boleh turut serta tinggal di pusat penjagaan berpantang ini.
Dan bagi para ibu dengan anak kecil yang lain, anda dibenarkan untuk membawa anak kecil tersebut untuk tinggal bersama sepanjang tempoh pakej berpantang anda disini. Namun, seorang penjaga iaitu suami atau atuk/nenek harus turut bersama anak kecil Mama itu.
Hubungi Roseville Confinement Villa
Untuk maklumat lanjut, atau untuk membuat tempahan, Mama boleh terus menghubungi Roseville Confinement Centre melalui:
- Telefon: +601155559174
- Facebook: Roseville Confinement
- Instagram: rosevilleconfinement
- TikTok: rosevillevilla
Dengan pelbagai kemudahan, perkhidmatan terbaik, dan staf yang mesra, Mama pasti akan merasa seperti di rumah sendiri. Jadi, kalau sedang mencari tempat berpantang yang dapat membantu Mama mengharungi fasa penting berpantang dengan penuh keindahan dan ketenangan, Roseville adalah pilihan yang tepat!
Daftar Sebagai Ahli Motherhood Care+ Untuk Perjalanan Berpantang & Keibuan Yang Lebih Menyeronokkan!
Bagi para ibu yang bakal berpantang di Roseville Confinement Centre ini, anda boleh juga mendaftar sebagai ahli Motherhood Care+ secara PERCUMA!
Melalui Motherhood Care+, Mama boleh menikmati pelbagai jenis khidmat penjagaan diri dan produk-produk yang sangat diperlukan oleh seorang ibu mahupun wanita, terutamanya selepas bersalin.
Rasai pelbagai pengalaman me-time selepas berpantang dengan menikmati promosi menarik yang ditawarkan di Motherhood Care+.
Biarkan Motherhood Care+ menjadikan perjalanan keibuan Mama sesuatu pengalaman yang perlu dihargai!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Pelbagai informasi keibubapaan yang Mama Papa perlukan ada di SINI.