SET BERPANTANG MOON’S REJUVENA 30 PERLU DIMILIKI SETIAP IBU LEPAS BERSALIN

Masyarakat di Malaysia tidak kira Melayu, Cina dan India memang terkenal dengan amalan berpantang selepas bersalin. Sejak turun-temurun, tertib ketika berpantang sangat ketat. Namun, kebanyakan wanita hari ini mula menunjukkan kecenderungan untuk memilih cara berpantang yang lebih moden, mudah dan praktikal. Peraturan dan pantang yang ditetapkan dalam setengah adat dikatakan menyusahkan dan menyukarkan keadaan. Ini ditambah dengan adanya amalan ‘wajib’ seperti berurut, bertungku, bengkung, mandian herba dan memakai pilis di dahi yang mengambil tempoh lama sehingga 44 atau 60 hari pemakaiannya. Tempoh rawatan yang sempurna sangat diperlukan bagi mengembalikan kecergasan dan kesegaran tubuh selepas proses bersalin. Jika amalan berpantang diabaikan, tidak mustahil banyak kesan sampingan yang akan terjadi kepada wanita yang baru melahirkan anak.
Produk Berpantang Moon’s Rejuvena 30 Diiktiraf Halal
Berbeza bagi wanita moden, amalan berpantang tradisional ini bukan satu pilihan buat mereka, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak daripada amalan berpantang. Justeru, melalui kajian dan penelitian yang dilakukan, produk Moon’s Rejuvena 30 berjaya dicipta. Walaupun bentuk bungkusan lebih moden, ia masih mengekalkan manfaat tradisi berpantang yang harus dilalui oleh kebanyakan wanita bersalin dalam cara mudah. Set Moon’s Rejuvena 30 ini adalah cara mudah bagi wanita yang ingin kembali meremajakan diri, cergas dan bertenaga selepas bersalin. Pada masa sama, ia membantu mengembalikan bentuk badan yang langsing dan ideal. Menariknya, set Moon’s Rejuvena 30 dirumus selepas memahami kehendak dan keperluan wanita yang inginkan produk bersalin yang mudah digunakan serta praktikal sepanjang masa dan berkesan. Produk Moon’s Rejuvena 30 telah diiktiraf Halal oleh Jakim dan keberkesanannya dijamin bersih serta selamat digunakan. Ia tidak mengandungi Penstabil, Pengawet, Pewarna Tiruan dan Bahan Kimia.
4 Peringkat Utama Perlu Diberi Perhatian
Set ini menampilkan produk yang dicipta hasil kombinasi herba tradisional semulajadi mengikut falsafah yang terdapat dalam teks perubatan purba ‘Hungdi Neijing’. Menurut konsep Perubatan Dalaman ( Hungdi Neijing), apabila badan menjadi lemah, darah beku akan terbentuk dan berkembang. Badan menjadi lemah disebabkan kekuatan berlebihan yang digunakan dan kehilangan darah semasa kelahiran. Ini menyebabkan ibu kekurangan tenaga dan ketika itu sistem imun sangat rendah. Oleh itu terdapat 4 peringkat aturan yang perlu dilakukan dan diikuti yang merangkumi penjagaan secara dalaman. Bermula daripada proses untuk membantu membuang cecair lokia (lochia) sehinggalah proses meremajakan kembali tubuh badan yang lemah setelah melahirkan anak. Melalui kaedah ini, badan anda akan secara komprehensif diberi nafas baru, sekaligus membuat anda tampak lebih cantik dan sihat berbanding sebelum ini.
Ekstrak Herba
Teknologi canggih dan moden menjadikan produk Moon’s Rejuvena 30 dihasilkan dalam bentuk ekstrak herba berkualiti tinggi dengan menyahkan semua logam berat, plumbum, racun perosak dan lain-lain. Ia lima kali lebih nutrisi daripada herba mentah yang disediakan. Dalam perubatan tradisional cina hari ini sudah ramai menggunakan ekstrak herba sebegini dengan meluas antaranya di Taiwan, China dan Jepun. Di Malaysia, terdapat juga klinik yang sudah mula menggunakan kaedah seperti ini kerana lebih mudah, selamat dan cara menggunakannya yang senang berbanding penyediaan herba tradisional cina lain yang remeh.
Cara Pengambilan & Penggunaan
Peringkat 1 – Membersihkan Dalaman (Membersih & Detok)
Digunakan secara tradisional untuk menggalakkan peredaran darah dan melegakan kesakitan.
Dos -1 sachet setiap hari (Hari pertama hingga hari ke-5 selepas melahirkan anak)
Peringkat 2 – Memperbaiki (Menguatkan, Pemulihan & Pengucupan Rahim)
Digunakan secara tradisional untuk meningkatkan tenaga penting, mengawal haid, meningkatkan peredaran darah dan melegakan sakit perut.
Dos – 1 sachet setiap hari (hari ke-6 hingga hari ke-10 selepas melahirkan anak)
Peringkat 3 – Menambahbaikan (Memberikan Kehangatan, Menguatkan Tulang Belakang & Kawasan Pelvik)
Digunakan secara tradisional, sesuai untuk wanita demi kesihatan umum
Dos – 1 sachet setiap hari (hari ke-11 hingga hari ke-20 selepas melahirkan anak)
Peringkat 4 – Memberi Tenaga (Memulihkan Kecergasan, Membina Tenaga & Anti Penuan)
Digunakan secara tradisional, sesuai untuk wanita meningkatkan peredaran darah, mengawal haid dan mencergaskan tenaga penting.
Dos – 1 sachet setiap hari (hari ke-21 hingga ke-30 selepas bersalin)
Kebaikan & Kandungan Istimewa Moon’s Rejuvena 30
Antara kandungan produk dalam Moon’s Rejuvena 30 termasuklah 25 bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan. Justeru, melalui amalan set berpantang ini, kecergasan ibu dapat dikembalikan secara semula jadi dan lebih cepat. Paling penting, ia tidak mendatangkan kesan kepada bayi anda ketika menyusu badan berlainan dengan produk berpantang lain.
- Radix Angelicae Sinensis Untuk memperkayakan darah, meningkatkan peredaran darah, mengawal haid, melegakan kesakitan dan melegakan sembelit.
- Rhizoma Ligusticum Chuanxiong Untuk meningkatkan peredaran darah dan melegakan kesakitan.
- Semen Prunus Armeniacae Untuk menggalakkan peredaran darah, membantu membuang cairan lokia (lochia) dan melegakan sembelit.
- Rhizoma Zingiber Officinale Memberi kehangatan kepada tubuh badan, membantu menyelesaian masalah gemuk air, melegakan batuk dan menghilangkan kahak.
- Radix Codonopsis Pilosula Untuk meningkatkan tenaga penting.
- Rhizoma Cimicifuga Heracleifolia Untuk melegakan kesakitan dan mencegah rahim atau rectum tergelincir.
- Citrus Aurantium Dulcis Untuk melegakan kembung, sakit dada, mencegah masalah pencernaan, gastroptosis dan rahim atau rectum tergelincir.
- Herba Leonurus Heterophyllus Untuk mendorong dieresis dan mengawal haid dengan mengaktifkan peredaran darah.
- Pollen Typha Angustifolia L. Untuk menghentikan pendarahan, menyingkirkan darah statis dan melegakan dysuria.
- Faeces Trogopterori Untuk meningkatkan peredaran darah, melegakan kesakitan, menyingkirkan darah stasis dan menghentikan pendarahan.
- Radix Bupleuri Chinese Untuk melegakan sakit dada sengit di sekitar kawasan murung, melegakan gangguan haid dan mencegah Rahim atau rektum tergelincir.
- Radix Astragalus Membranaceus Untuk menguatkan badan dan meningkatkan tenaga penting, menggalakkan pertumbuhan tisu baru, mempercepatkan penyembuhan luka dan mencegah rahim atau rectum tergelincir.
- Fructus Crataegus Pinnatifida Untuk merangsang sistem penghadaman, meningkatkan peredaran darah dan menghilangkan darah stasis.
- Cortex Eucommia Ulmoides Untuk menguatkan tendon dan tulang, melegakan sakit dan menguatkan pinggang serta lutut.
- Radix Dipsacus Asperoides Untuk menguatkan tendon dan tulang, melegakan sakit dan menguatkan pinggang dan lutut dan menghentikan pendarahan rahim yang berlebihan.
- Fructus Lycium Barbarum Untuk mengekalkan kesihatan umum dengan menambahkan semula intipati penting dalam badan.
- Radix Rehmannia Glutinosa Untuk menyejukkan badan dan menggalakkan penghasilan cecair badan dan darah.
- Radix Ophiopogon Japonicus Untuk menggalakkan pengeluaran cecair badan, menghilangkan dahaga, memperbaiki insomnia dan mencegah sembelit.
- Radix Paeoniae Alba Untuk melegakan sakit kepala, pening, sakit perut dan mengawal haid.
- Radix Rehmanniae Preparata Untuk menambah darah, dan menguatkan sumsum tulang.
- Rhizoma Atractylodis Macrocephalae Untuk meningkatkan selera makan, pencernaan dan mencegah keletihan.
- Radix Morindae Officinalis Untuk menguatkan tendon dan tulang, melegakan sakit dan menguatkan pinggang dan lutut, memperbaiki keadaan rahim dan mengawal haid.
- Poria Cocos Untuk meningkatkan selera makan, pencernaan dan menenangkan minda.
- Radix Glycyrrhizae Preparata Untuk meningkatkan selera makan, mengelakkan keletihan dan menyejukkan badan.
Moon’s Rejuvena 30 Perlu Dimiliki!
- Untuk hasil yang terbaik, sila ikuti peringkat yang betul dan mengambil dengan perut kosong.
- Penggunaan berterusan (4 bulan sekali) akan membolehkan anda menjadi lebih cantik dan sihat berbanding sebelum ini!
- Ambil satu paket setiap hari, setiap pagi sebelum sarapan pagi. Tuangkan satu paket ke dalam cawan, tambah air suam / panas dan kacau dengan baik.
- Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik dan jauhkan daripada kanak-kanak.
Produk ini pernah mendapat pelbagai anugerah ternama seperti memenangi anugerah Baby Talk Readers’ Choice Awards 2013. Moon’s Rejuvena 30 boleh dibeli secara dalam talian di www.moms2b.com atau datang terus ke pejabat urusan dengan harga RM590 untuk 30 hari penggunaan.
Untuk maklumat lanjut
Alamat: 43,Jalan SS2/3,47300 Petaling jaya,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia.
Email: enquiries@moms2b.com
Phone: 603 7877 8000
Facebook: Daveleen