KelabMama

Berkhemah Perlukan Ilmu! Mari Mula Berkhemah Dengan Tips Ini

Berkhemah sebenarnya sangat menyeronokkan, dan setiap orang yang pernah berkhemah mesti akan selalu bercerita tentanng perkhemahan termasuk la juga Mama Siti.

Perasaan kebebasan, sangat rapat dengan alam semula jadi, dan mempunyai hubungan langsung dengan alam sekitar adalah pengalaman yang sangat menenangkan, walaupun sedikit letih dan leceh kalau dibandingkan dengan penginapan hotel.

Walau bagaimanapun perkhemahan yang mudah dan semula jadi bukan satu perkara yang mudah, tidak semua orang boleh berkhemah dengan cara yang betul dan tepat pada permulaannya.

Terdapat beberapa kemahiran yang perlu diperolehi sebelum memulakan pengembaraan perkhemahan pertama.

Mama Papa teringin nak adakan “Family Day” dengan berkhemah? ataupun menyambut apa-apa sambutan? Ataupun hanya meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga tercinta, tapi belum pernah atau tidak biasa berkhemah?

Jangan risau, Mama Siti kan ada. Mari Mama Siti kongsikan beberapa tips dan panduan asas untuk Mama Papa mula berkhemah.

Panduan Asas Berkhemah

1. Memilih Tapak

2. Perancangan Untuk Berkhemah

Rancang awal segala persiapan yang diperlukan termasuk:

3. Peralatan Asas Yang Diperlukan

Untuk checklist yang lebih lengkap, lihat di SINI.

4. Pengetahuan Asas

Berikut adalah pengetahuan asas yang perlu dipelajari sebelum berkhemah:

Ingat tau! ini semua cuma panduan asas! Mama Siti minta maaf kalau ada yang terlepas pandang. Sebenarnya banyak lagi yang Mama Siti tak masukkan, sebagai contoh mungkin Mama Papa boleh belajar ikatan dan simpulan yang penting dalam perkhemahan.

Menarik kan sebenarnya kalau kita adakan aktiviti atau sambutan dengan cara berkhemah. Tapi nak buat kat mana ya? Mana tapak perkhemahan yang menarik? Nak tau tak? hidupkan notifikasi, nanti Mama Siti share, jangan terlepas tau!


Untuk pelbagai panduan dan tips Mama Siti akan kongsikan di SINI.