Ramai ibubapa mengalami masalah yang sama sewaktu menjaga anak mereka yang kurang sihat, terutama bayi dan juga kanak-kanak. Mereka memerlukan penjagaan yang lebih teliti daripada ibubapa terutama sekali dalam disiplin pengambilan ubat seharian. Memberikan ubat kepada kanak-kanak memang sesuatu yang menyukarkan. Ia memerlukan kesabaran serta penggunaan teknik yang betul. Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak.
Jenis-Jenis Peralatan
- Penitis berukuran dan picagari
Bayi dan kanak-kanak kecil – Ukur ubat pada paras mata dan beri dengan segera
- Sudu berdos
Kanak-kanak yang tidak boleh minum dari cawan
- Cawan ubat
Kanak-kanak yang boleh minum dari cawan .Pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat.
Persediaan Ubat Cecair
- Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun
- Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
- Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45°
- Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
- Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
- Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
- Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah dipecah atau hancurkan
- Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah
- Campurkan ubat dengan puding.
- Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
- Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
- Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
- Kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas selalunya boleh menelan ubat
- Dalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding.
- Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa
Jika anak anda memuntahkan ubat:
Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama. Jika muntah berulang kali, berhenti dan rujuk doktor.
Persedian Ubat Biji
Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangkamasa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat.
Bila ubat diperlukan untuk jangkamasa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.
4 Kaedah Berkesan Untuk Beri Si Manja Makan Ubat
#Jadikan Ia Sebagai Permainan
Berpura-pura jadikan ubat dalam sudu seperti kapal terbang yang terbang ke dalam terowong iaitu mulut anak anda. Ya betul! Sekurang-kurangnya 0.00003% cara ini menjadi kan?
#Tipu Sikit’: Ubat Cecair Berwarna-Warni Itu Sebenarnya Gula-Gula
Kadang –kadang cara ini boleh menjadi gagal kalau anda tak pandai memanipulasi dan kadang –kadang ada yang berjaya..Tetapi cara ini hanya berfungsi sekali kerana kanak-kanak kecil amat bijak dan mereka tidak akan mempercayai anda lagi apabila anda cuba helah yang sama dua kali. Kreatif sikit!
#Campurkan Di Dalam Susu Atau Makanan
Kaedah ini sebenarnya mempunyai kadar kejayaan yang tinggi dan konsisten. Ada masalah dan ada risikonya apabila anak anda tidak selesai makan atau minuman mereka. Jika ini berlaku, maka anak anda tidak akan mendapatkan dos penuh untuk pulih. Lebih-lebih lagi dalam pengambilan ubat antibiotik kerana ubat inilah antara ranking tertinggi dalam carta, yang paling tidak disukai oleh kanak-kanak kerana rasanya yang memang tak sedap. Jadi anda perlukan fikirkan cara lain untuk dapatkan dos yang diperlukan oleh anak anda.
#‘Slow Talk’ Dan Bagi Sebab Secara Baik
Ini adalah kaedah terbaik bagi ibu bapa yang pandai berbicara dengan anak mereka. Tetapi jika anda mempunyai anak kecil yang normal dan sihat, sebenarnya kaedah inilah paling sukar dilakukan. Mereka mungkin memahami mengapa mereka perlu mengambil ubat, tetapi anda akan gagal kerana untuk mendapatkan kesungguhan dan komitmen mereka sangat tipis, sebab rasa ubat itu sendiri yang bakal memusnahkan impian anda.
Sumber: Internet