Kadar peratusan bayi dilahirkan kurang berat badan (BBLR) semakin meningkat di Malaysia, dengan pakar menyifatkan trend ini sebagai membimbangkan.
Pada 2022, 12.9 peratus daripada 54,618 kelahiran hidup diklasifikasikan sebagai BBLR, meningkat daripada 11.2 peratus (54,964) pada 2010.
Masalah Bayi Kurang Berat yang Semakin Meningkat di Malaysia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan bayi BBLR sebagai mereka yang dilahirkan dengan berat kurang daripada 2,500 gram dan ia menjadi petunjuk masalah kesihatan awam akibat kekurangan zat makanan Mama, kesihatan tidak baik, dan penjagaan kesihatan lemah semasa mengandung.
“Walaupun Malaysia merupakan negara ekonomi berpendapatan menengah atas, kelaziman BBLR menunjukkan keselamatan makanan masih menjadi cabaran besar bagi ibu hamil”, kata pakar perunding pediatrik, Datuk Dr Amar Singh HSS mengenai trend ini.
Faktor penyumbang termasuk kekurangan penjagaan semasa kehamilan dan kekurangan zat makanan Mama. Kadar kesuburan juga menurun dengan jumlah kelahiran menurun 13.9 peratus kepada 423,124 pada 2022 berbanding 491,239 pada 2010.
Dalam laporan Statistik Malaysia dari The Star menunjukkan Mama di bawah umur 20 tahun paling berisiko melahirkan bayi BBLR, diikuti wanita berumur 45 hingga 49 tahun dan 20 hingga 24 tahun.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan 19.3 peratus wanita dalam usia reproduktif menghadapi anemia, yang menyumbang kepada peningkatan kadar kematian bawah lima tahun.
Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Musa Nordin berkata, bayi BBLR menyumbang 60 hingga 70 peratus kepada insiden kematian bayi pada minggu pertama kehidupan dan lebih berisiko mendapat pelbagai penyakit dalam beberapa hari pertama kehidupan serta jangka panjang.
WHO dan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNICEF) menganggarkan 14.7 peratus bayi dilahirkan di seluruh dunia pada 2020 mempunyai berat lahir rendah, yang meningkatkan risiko kematian dan komplikasi sepanjang hayat.
Bayi yang tergolong dalam kategori Small for Gestational Age (SGA) lebih terdedah kepada komplikasi seperti hipotermia, jangkitan, masalah pernafasan dan metabolik.
Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyatakan kelahiran SGA disebabkan oleh faktor seperti diet tidak baik si ibu, hipertensi, penyakit buah pinggang, anemia, penyalahgunaan bahan terlarang, dan saiz si ibu yang kecil.
Masalah plasenta juga menyumbang kepada kelahiran SGA. Kemiskinan dan masalah sosioekonomi Mama turut mempengaruhi kejadian SGA.
Dr. Amar menjelaskan bahawa kemiskinan atau masalah sosioekonomi yang dihadapi ibu boleh dikaitkan dengan kelahiran bayi SGA kerana ia menjejaskan pemakanan seimbang dan penjagaan semasa kehamilan.
Beliau menekankan pentingnya memiliki data untuk mengenal pasti segmen populasi yang paling terdedah berdasarkan wilayah geografi, kelas sosial, kumpulan etnik, dan lain-lain, supaya bantuan dapat disasarkan dengan tepat. Dr. Amar juga menekankan perlunya tindakan bersepadu untuk menangani peningkatan kadar kelahiran SGA.
Dr. Sharifa pula menyatakan bahawa walaupun negara sudah mempunyai dasar yang baik untuk pemantauan kehamilan, pengesanan risiko, dan rujukan kepada penjagaan intensiti tinggi bagi mencegah SGA, faktor sosial dan ekonomi masih menyukarkan usaha pencegahan SGA ini.
Mama mengandung perlu menjaga kesihatan Mama dan bayi, seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, bersenam dan mengambil makanan tambahan sekiranya perlu sepanjang tempoh kehamilan.
Dapatkan khidmat nasihat pemakanan daripada doktor sekiranya Mama mengalami alahan yang teruk yang boleh menjejaskan zat pemakanan Mama.
Ini adalah untuk memastikan keadaan Mama dan bayi sentiasa sihat serta Mama dapat melahirkan bayi dalam keadaan sihat tanpa mengalami sebarang komplikasi kesihatan.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak informasi kesihatan Mama Papa dan bayi di SINI.