KelabMama

BENTAN – Fakta atau Mitos Semata-mata?

ibu mengandung sakit bentan

Image from Adobe Stock

Terkadang kita terdengar perkataan bentan dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki selepas berkhatan. Tapi sebenarnya bentan lebih kerap dikaitkan dengan mama-mama lepas bersalin. Kebanyakan golongan “makcik-makcik bawang” sering menakutkan mama-mama yang tengah berpantang agar mereka berhati-hati sewaktu dalam proses berpantang.

“Kau jangan main-main eh waktu pantang, bentan nanti!”

Terlalu banyak sumber tentang berpantang yang ada di Internet mahupun yang selalu disebut masyarakat kadangkala belum pasti kesahihannya. Rujuklah pakar kesihatan bagi mengelakkan salah faham dan praktikal yang salah. Bukanlah cakap jiran-jiran yang patut kita percayai ye. 

APAKAH DEFINISI DAN PUNCA BENTAN?

Okay, apa itu bentan? Menurut Dr Imelda, seorang pakar dari unit Obs & Gyn Hospital KPJ Damansara, bentan bukanlah istilah perubatan dan tak perlu dirisaukan. Bentan selalu dikaitkan jika ibu yang sedang hamil atau telah bersalin; menghadapi sakit-sakit badan, demam, sejuk seluruh badan dan banyak lagi. Hakikatnya semua itu adalah simptom proses perubahan hormon. 

Iyalah, dah mengandung, kemudian melahirkan, dah tentu badan kita mengalami perubahan demi perubahan. Semua itu hanyalah sementara sahaja, kerana badan kita sedang mengalami proses peralihan untuk menyesuai semula struktur dan hormon badan setelah beberapa fasa sudah kita lalui sebelum menimang cahaya mata. 

Kita tak perlu takut dengan bentan kerana bentan ni bukanlah satu penyakit dan tak akan kekal. Usahlah terlalu ikutkan kata-kata orang tua sebulat-bulatnya sehingga mengabaikan nasihat doktor yang lebih arif. Tapi sekiranya nasihat orang lama yang mama lebih percaya terpulang kepada diri masing-masing.

BILAKAH IANYA TERJADI 

Bentan adalah istilah dalam kalangan orang Melayu, namun dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai simptom sementara seperti yang telah dijelaskan. Ianya mempunyai dua fasa. Simptom ini akan berlaku pada ketika mama sedang mengandung dan setelah melahirkan. Dr Imelda juga menjelaskan simptom-simptom sementara ini berbeza bagi kedua-dua fasa tersebut. 

FASA DAN SIMPTOM-SIMPTOM

Terdapat banyak simptom yang ditunjukkan oleh badan dalam dua fasa ini. Antaranya ialah:-

Fasa Kehamilan

Fasa Selepas Bersalin

BAGAIMANA BENTAN BOLEH DIATASI?

Ditegaskan, kesemua simptom tersebut adalah normal. Tak perlu panik, sekiranya mana-mana simptom berlaku, segeralah ke doktor untuk rawatan dan pencerahan. Janganlah kita mengatakan mama yang mengalami simptom ini kerana mereka tak berpantang dengan betul. 

Sebagai orang yang rapat dengan mama yang mengandung dan juga yang dah melahirkan, sokongan moral adalah penting dan paling mereka perlukan. Motivasi dan nasihat berilmiah adalah perkara utama bagi mereka. Elakkan menghukum dan menyalahkan pemakanan semata-mata kerana simptom perubahan atau bentan ini bukanlah berpunca daripada cara berpantang dan pemakanan. 

Kepada mama yang mengalami simptom ini, saya sarankan supaya melakukan senaman ringan secara berkala, minum air secukupnya, amalkan pemakanan yang seimbang dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat. Sentiasa peka dengan perubahan badan supaya kita dapat mengelak perkara tak diingini. 

Akhir kata, sekali lagi saya ulang, jangan takut akan simptom ini. Namun takutlah kepada penyakit lain seperti tiga serangkai, obesiti dan banyak lagi. Amalan yang sihat adalah lebih baik daripada amalan berpantang yang mana dianggap wajib namun hanyalah tradisi mewah untuk golongan yang berada. 

Semoga membantu!

Sumber: Imelda Balchin, What To Expect

BACA JUGA Bersalin Normal Vs C- Section

Pesan Mama Siti

Ingat ya, nasihat doktor dan pegawai perubatan yang wajib didengari, bukan kata-kata mitos makcik-makcik bawang. Jangan terlalu mempercayai kata-kata orang namun tak semua kata-kata mereka tak benar. Tapi papa-mama sekalian harus bijak memilih informasi untuk dijadikan panduan.