KelabMama

Bengkel Menarik Untuk Ibu Bapa Sekitar Lembah Klang September Ini

Sumber: Jerry Wang on Unsplash

Menjadi seorang ibu mahupun bapa bukanlah mudah. Tambahan pula untuk anda yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Antara cabaran yang pasti ibu bapa akan lalui adalah kerenah dan telatah anak-anak yang tak menentu. Kejap gembira, kejap hiperaktif, ada yang menangis tanpa henti, dan sebagainya. Tak termasuk lagi yang tak nak makan atau terlalu memilih makanan (picky eaters). Perkara-perkara sebegini boleh memberi kesan pada kesihatan mental Mama, Papa dan juga anak-anak sendiri. Sebagai ibu bapa, pastinya kita akan sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak. Untuk memudahkan kehidupan anda dalam menempuh dunia keibubapaan, Tesco Stores Sdn Bhd bakal mengadakan bengkel khas untuk ibu bapa pada bulan September ini.

Bengkel-bengkel Khas untuk Ibu Bapa 

Bersempena dengan Tesco Baby Fair bulan ini, beberapa bengkel dan juga aktiviti menarik akan diadakan khas untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Terdapat empat bengkel yang Mama boleh sertai – ‘Be a Lifesaver at Home’, ‘Picky Eater Project’, ‘Baby Weaning Workshop’, dan juga ‘Mental Health & My Family’. Penceramah-penceramah jemputan juga merupakan pakar dalam bidang masing-masing. Mama boleh sertai bengkel-bengkel* tersebut di Tesco Kepong, Tesco Cheras & Tesco Setia Alam, pada hari Sabtu & Ahad seperti berikut: *Untuk menyertai bengkel tersebut, para peserta harus berbelanja sekurang-kurangnya RM80 di Tesco pada hari yang sama dan resit pembelian harus dipamerkan ketika pendaftaran.

Sabtu & Ahad, 21 & 22 September 2019 @ Tesco Kepong

Sabtu & Ahad, 28 & 29 September 2019 @ Tesco Cheras

Sabtu & Ahad, 28 & 29 September 2019 @ Tesco Setia Alam

Rangsang Kreativiti Anak-anak di Tesco Baby Fair

Dalam masa yang sama, anak-anak Mama boleh sertai pelbagai aktiviti menarik yang turut diadakan pada hari yang sama. Bermula jam 11 pagi, asah bakat bercerita anak melalui aktiviti ‘Story Telling’, diikuti dengan ‘Me Books Theater’, rangsang kreativiti mereka dalam program ‘Basic Arts and Crafts & Storytelling’, dan banyak lagi!

Tesco Baby Fair Kembali Lagi! 

Dalam pada itu, Mama juga boleh dapatkan barangan keperluan bayi dan anak-anak Mama di Tesco bersempena dengan Tesco Baby Fair sepanjang September dan Oktober ini! Yang menariknya, Tesco Baby Fair akan berlangsung di semua stor Tesco di seluruh Malaysia. Selain daripada aktiviti di atas, Mama jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barang-barang seperti koleksi pakaian bayi dan kanak-kanak F&F Clothing pada harga promosi sehingga 20%, dan juga 30% diskaun untuk produk makanan bayi*! *Untuk jenama tertentu sahaja. 
Si manja pasti lebih bergaya dengan koleksi pakaian bayi dan kanak-kanak oleh F&F Clothing.
Dapatkan rangkaian makanan bayi pada harga promosi sehingga 30%!
Banyak lagi promosi dan aktiviti menarik sepanjang Tesco Baby Fair berlangsung. Mama hanya perlu sediakan bajet yang mencukupi dan pujuk encik suami untuk membeli belah sambil menambah pengetahuan keibubapaan anda di Tesco. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Tesco, atau follow Tesco di Facebook dan Instagram untuk sentiasa up-to-date dengan promosi terbaru di Tesco. Jumpa anda di sana!