KelabMama

Kulit Anak Sunburn dan Dehidrat Bila Mak Ayah Lupa Ni? Benda WAJIB Bawa Bila Keluar Berjalan & Bercuti

Bersiar-siar dan bercuti bersama anak-anak merupakan salah satu aktiviti yang bagus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Anak-anak Mama Siti pun sangat teruja setiap kali dapat keluar dari rumah. 

Apabila bersama anak-anak kecil, selain daripada pemakaian dan barangan keperluan untuk mereka, terdapat beberapa perkara yang masih ramai ibu bapa terlupa atau ‘tertinggal’ benda yang sebenarnya penting untuk dibawa bersama. 

Mama Siti perasan tak ramai mak-mak bawa bersama bekalan air putih atau air mineral, mini kit kecemasan dan sunscreen! Ya, sebenarnya masih ramai antara kita yang tidak begitu ambil peduli tentang tiga (3) perkara ini apabila membawa anak-anak keluar berjalan atau bercuti. 

Air

Ada masa kita dah sediakan semua barang-barang keperluan anak-anak, atau yang sering kita bawa, tetapi, kita lupa satu benda penting – iaitu air untuk mereka. Lagi-lagi kalau niatnya hanya ingin keluar sekejap sahaja. Sedangkan, anak-anak ni banyak minum air tau! 

Sebenarnya, air sangat penting untuk diri kita sendiri dan anak-anak, terutamanya air putih atau air mineral. Mama Siti perasan masih ramai ibu bapa yang sering terlupa untuk bawakkan sekali botol air yang penuh untuk diberikan pada anak-anak. Walaupun mudah untuk didapati di mana-mana, namun, adalah lebih baik untuk kita bawa terus dari rumah. Kualiti air lebih selamat, terjamin, dan ia memudahkan diri kita juga. 

Kit Kecemasan Mini 

Selain itu, Mama juga harus sediakan kit kecemasan mini seperti sanitizer, minyak angin, plaster dan minyak jika terluka, dan poket tisu dalam beg tangan atau dalam kereta sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini atau untuk kecemasan nanti.

Pelindung Matahari atau Sunscreen

Mama Siti agak terkejut apabila masih ramai ibu bapa yang tak tahu akan kepentingan pelindung matahari untuk anak-anak. Taknak cakap orang lain, kawan-kawan Mama Siti sendiri pun ramai yang tidak melindungi anak-anak dengan pelindung matahari. Tak boleh begitu Mama.

Untuk pengetahuan Mama, kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada cahaya matahari berbanding kita yang dewasa. Hal ini kerana, saiz kanak-kanak yang lebih kecil atau pendek lebih mudah mendapat pantulan cahaya terus dari tanah. Kulit kanak-kanak juga lebih nipis dan halus berbanding orang dewasa, yang menyebabkannya lebih mudah terdedah kepada bahaya UV.

Antara sebab utama adalah mak-mak ini tidak tahu penggunaan dan kepentingan atau risaukan bahan-bahan dalam pelindung matahari tersebut. Jangan risau, sama seperti kulit kita, anak-anak pun harus dioleskan sunscreen setiap pagi dan mengoleskannya semula sebanyak mungkin sepanjang hari.

Mama boleh lihat tips ini ketika memilih sunscreen yang terbaik untuk si kecil Mama:  

Tips Memilih Suncreen Pada Anak-anak

  1. Periksa Kandungan SPF (Sekurang-kurangnya SPF 30 dan ke atas) – bagi kita yang berada di Malaysia yang beriklim hujan panas dan cerah dengan cahaya matahari sepanjang tahun, adalah disyorkan untuk menggunakan sunscreen dengan SPF 50+. 
  2. Tidak mengandungi bahan berbahaya – pastikan sunscreen tersebut tidak mengandungi alkohol, paraben, bahan pewarna dan pewangi, serta bebas Oxybenzone. 
  3. Mengandungi bahan pelembap – untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit mulus anak-anak, Mama boleh mendapatkan sunscreen yang mengandungi shea butter dan butylene glycol. Ia juga bagus bagi mengekalkan skin barrier mereka yang sihat. 
  4. Pilih Mineral Sunscreen – sunscreen jenis ini dapat mengurangkan risiko pendedahan toksik kerana mineral sunscreen hanya berada di permukaan kulit dan menghalang sinaran matahari, dan bukan menyerapnya. Ia juga lebih sesuai untuk kulit sensitif.
  5. Sunscreen yang Kalis Air & Peluh – sangat sesuai untuk kanak-kanak yang aktif, terutamanya selepas mereka berenang, berpeluh, atau berada di luar untuk aktiviti yang terdedah kepada matahari. Tetapi, jangan lupa untuk oles semula berkali-kali ya Mama.  

Sejak Mama Siti tahu kepentingan sunscreen untuk anak-anak (dan diri sendiri), puas Mama Siti mencari sunscreen yang sesuai untuk mereka – Biore UV Kids Pure Milk. 

Lindungi Kulit Mulus Anak-anak Mama Dengan Biore UV Kids Pure Milk 

Biore UV Kids Pure Milk merupakan mineral sunscreen yang dirumus khas dengan bahan-bahan yang lembut, sesuai untuk kulit kanak-kanak yang sensitif dan halus. 

Bermula dengan sapuan pertama, saya pasti sunscreen ini terbaik untuk anak-anak kerana formulanya yang hipoalergenik, tanpa alkohol, paraben, pewarna, bahan pewangi dan Oxybenzone. 

Yang Mama Siti paling suka adalah sunscreen ini sangat sesuai untuk dioles dan senang dicuci dengan hanya menggunakan sabun serta mengandungi bahan-bahan pelembab seperti shea butter dan butylene glycol untuk melindungi skin barrier anak-anak. 

Senang cakap, formulasinya lembut tetapi masih berkesan dalam melindungi kulit anak-anak daripada pancaran UV yang berbahaya dan sesuai untuk kegunaan harian. 

Lagi best pasal Biore UV Kids Pure Milk ini adalah ia kalis peluh dan air, sangat sesuai untuk anak-anak yang aktif bergerak ke sana sini. Sebab tu penting untuk Mama oleskan sunscreen ini tak kira untuk aktiviti indoor atau outdoor anak-anak. Biore UV Kids Pure Milk juga sesuai digunakan pada wajah dan seluruh badan, setiap hari.

Kalau Mama dan Papa nak pakai pun boleh tau kerana Biore UV Kids Pure Milk sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas. 

Mama boleh dapatkan Biore UV Kids Pure Milk di Guardian, Watsons, atau secara online di Shopee hari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai sunscreen ini, Mama boleh layari laman Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok

Jadi Mama, jangan lupa untuk sentiasa bawa bersama tiga barang penting di atas apabila keluar bersama anak-anak, walaupun hanya keluar bersiar-siar.