KelabMama

Awas Mama! Waktu Riang Bersama Belon Helium Bertukar Menjadi Tragedi

belon helium menyebabkan kematian

Belon helium yang terapung tu boleh bahayakan nyawa? Macam tak percaya, siapa sangka anak yang sedang bermain tiba-tiba tak sedarkan diri kerana terhidu gas belon helium.

Belon Gas Helium Punca tak Sedarkan Diri

Kredit Gambar: The Sun

Karlton Noah Donaghey yang berusia lima tahun dari Dunston, Gateshead, England dipercayai telah meninggal dunia selepas bermain dengan belon dinosaur yang dibeli oleh Mamanya.

Mamanya Lisa, menceritakan Karlton ditemui dalam keadaan tak sedarkan diri atas lantai rumahnya dengan belon dinosaur yang disarungkan pada kepala hingga lehernya. Pada mulanya hanya menanggap sekadar gurauan.

Bila belon dinosaur ditarik, Lisa terus menjerit apabila melihat mata Karlton terbuka luas, mukanya pucat dan tak beri apa-apa respons kepadanya.

Sebelum Karlton dihantar ke hospital, Karlton telah diberikan CPR oleh jururawat jiran sebelah rumahnya. Doktor mengeahkan Karlton mengalami kecederaan pada bahagian otak hipoksia dan telah meninggal selepas enam hari warded.

Kredit Gambar: The Sun

Lisa tidak menyangka disebabkan belon je boleh menyebabkan anaknya meninggal dunia. Pihak polis jugak telah mengesahkan bahawa kematian anaknya adalah satu kemalangan yang tragis.

Walau bagaimanapun Lisa berharap kejadian ini dapat memberi pengajaran kepada Mama Papa yang lain dari segi kesedaran tentang bahayanya belon helium ini bukan suatu perkara yang remeh.

Lisa juga memberi nasihat supaya Mama Papa lebih berhati-hati dengan helium balloon dan sentiasa pantau akan setiap perbuataan anak-anak lagi-lagi anak yang sedang membesar dan suka explore benda baru.

Bahaya Hidu Gas Helium

Dalam perubatan ianya tak beracun tetapi persekitaran yang kurang oksigen tanpa kita sedar boleh menyebabkan kematian berlaku akibat keracunan gas helium dalam berapa saat je.

Kredit Gambar: Misty Daydream

Gas helium yang dihidu dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius, sebab ia boleh menyekat bekalan oksigen, menganggu fungsi paru-paru dan yang paling teruk boleh menyebabkan kematian.

Antara gejala yang akan dihadapi sekiranya terhidu gas helium:

Boleh je kalau Mama nak belikan belon helium dekat anak-anak tak salah pun tapi Mama kena pantau mereka bermain supaya anak-anak tidak melakukan experiment yang tak sepatutnya oleh mereka.


Mama nak tahu haiwan apa yang sesuai untuk dijadikan peliharaan? Klik di SINI.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.