Mama, apakah ciri karakter terpenting yang perlu ada dalam diri anak-anak, agar mereka berjaya dalam hidup? Adakah kebaikan? Sifat berani atau mempunyai perwatakan yang ramah dan menyeronokkan? Tidak dinafikan bahawa kesemua sikap positif ini dapat membantu anak-anak kita menjalani kehidupan di masa hadapan dengan lebih mudah.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian Mama Siti adalah bagaimana ibu bapa yang menyertai satu survey yang dijalankan oleh pihak Novakid, sebulat suara memilih keyakinan diri yang tinggi sebagai ciri terpenting dalam diri anak-anak.
Keyakinan diri memainkan peranan penting dalam mendorong anak-anak ke arah kejayaan. Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan diri dan rasa secure mempunyai harapan yang tinggi untuk berjaya ketika di bangku sekolah dan dalam hidup.
Sesetengah kanak-kanak dilahirkan dengan keyakinan diri yang tinggi, dan ada juga yang perlukan dorongan dan motivasi untuk menjadi lebih yakin – tak kisahlah bagaimana personaliti anak tersebut, membina keyakinan diri merupakan satu proses yang berterusan, dan ia bermula dari rumah.
Tapi, bagaimana kita boleh melakukannya?
Jom Mulakan dengan ABC
Untuk meningkatkan keyakinan diri dan menanam sifat menghargai diri sendiri tidak memerlukan sebarang wang atau sesuatu yang rumit, tetapi, ia memerlukan disiplin dan dorongan daripada ibu bapa.
Sebenarnya, terdapat banyak cara dan aktiviti yang boleh dilakukan di rumah yang dapat menambah keyakinan diri anak-anak. Kunci utama di sini adalah untuk sentiasa berinteraksi dengan anak anda. Menyanyi bersama, menonton program-program pembelajaran dan membaca merupakan antara aktiviti yang boleh membantu meningkatkan tahap keyakinan diri dalam anak Mama.
Salah satu cara terbaik untuk menambahkan keyakinan anak anda adalah dengan mempelajari bahasa. Mama boleh mulakan kaedah ini dengan Bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa universal di seluruh dunia dan kebanyakkan daripada kita sebenarnya sudah mempraktikkan bercakap dengan bahasa tersebut sebagai bahasa pertama atau kedua.
Bagaimana Mama dan Papa boleh membantu anak-anak?
Menyanyi Bersama
Siapa sahaja yang tak suka kan muzik bukan? Muzik membuatkan kita gembira dan tenang dalam dunia sendiri! Apa yang Mama boleh lakukan ialah, mainkan lagu yang catchy dan sesuai dengan peringkat usia anak Mama, dan ajak atau ajar dia untuk menyanyi bersama dan lihat bagaimana gembiranya wajah mereka!
Untuk anak-anak yang lebih besar, Mama boleh minta mereka untuk tuliskan lirik lagu kegemaran mereka (menambahkan perbendaharaan kata mereka! YEAY!), ingat lirik tersebut, dan karaoke bersama-sama. Pasti dua kali ganda lebih seronok!
Scribbling
Mama Siti suka sangat buat aktiviti ini dengan anak-anak! Mama hanya perlukan pensel dan kertas sahaja. Kemudian, salah seorang daripada kita perlu mula menulis satu ayat atau perkataan – tak kisah apa sahaja, walaupun ayat yang tidak masuk akal!
Teruskan menambah ayat-ayat yang seterusnya, dan selepas itu lihat bagaimana ia berubah menjadi satu jalan cerita. Semakin tidak masuk akal jalan cerita tersebut, semakin lucu ‘kisah coretan’ yang dilakukan, dan semakin cepat anak-anak kita belajar.
Ada masa, kami akan bermain aktiviti ini secara lisan sambil berbaring dan semasa mengambil mood untuk tidur. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan dalam diri anak-anak, sambil kita beristirehat dan meluangkan masa bersama-sama!
Permainan
Bermain games atau permainan merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengeratkan hubungan, menghilangkan tekanan, dan memberi peluang untuk anak-anak berinteraksi. Permainan klasik seperti Scrabbles bagus untuk menambah perbendaharaan kata anak-anak. Malah, permainan tersebut juga membantu dalam cara penggunaan kamus, sesuatu yang semakin dilupakan pada zaman sekarang!
Untuk anak-anak yang lebih kecil, Mama boleh bermain permainan yang mudah seperti I Spy, yang dapat membantu mereka belajar untuk bercakap, menjadi pemerhati yang lebih baik dan memberitahu apa yang mereka lihat.
Sedikit bantuan, please!
Mama Siti faham bagaimana sukarnya untuk ibu bapa membahagikan masa antara kerjaya dengan hal-hal di rumah, dan juga membesarkan anak-anak. Malah, menjadi seorang guru juga bukanlah sesuatu yang mudah bagi sebilangan daripada kita yang tidak berbakat dalam bidang pengajaran, apa lagi untuk mengajar bahasa!
Apabila berada dalam situasi seperti ini, Mama Siti rasa bersyukur sangat dengan pelbagai pilihan pusat bahasa dan pembelajaran yang lain, yang dapat membantu anak-anak kita dalam akademiknya.
Novakid – Meningkatkan Keyakinan Dalam Diri Anak-anak!
Salah satu pusat bahasa tersebut adalah Novakid English Learning Platform. Novakid English Learning Platform menawarkan kelas online (secara dalam talian), jadi Mama dan Papa boleh yakin bahawa anak-anak anda belajar dalam persekitaran yang selamat, jauh dan terlindung daripada ancaman pandemik tersebut.
Seronok dan Berkesan
Setiap kelas hanya dijalankan terhad kepada 25 minit sahaja untuk memaksimumkan jangka masa perhatian dan fokus kanak-kanak. Mereka akan belajar bahasa melalui permainan yang interaktif, lagu-lagu yang catchy, dan juga kerja rumah atau amali yang menyeronokkan.
Lebih Privasi
Setiap sesi pembelajaran akan dijalankan secara perseorangan bersama guru tersebut, dan lebih privasi. Dengan kelas yang dijalankan tanpa gangguan ini, setiap pelajar akan lebih fokus dan mendapatkan segala input pada tahap maksimum.
Tenaga pengajar akan memberi maklum balas kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak selepas selesai sesi pembelajaran.
Program ini dibuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dan silabusnya adalah berdasarkan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Para tenaga pengajar Novakid pula merupakan guru-guru bertauliah dan diiktiraf mempunyai CELTA, TEFL, TESOL, atau TKT.
Kelas yang Kondusif dan Memudahkan
Kelas yang dijalankan secara online dan platform yang menawarkan masa fleskibel antara 09:00-20:00, memudahkan ibu bapa untuk memilih masa yang sesuai untuk anak-anak.
Malah, ibu bapa juga boleh memilih guru mana yang sesuai untuk anak anda melalui platform yang sama kerana ia akan mempamerkan maklumat, kelayakan, pengalaman dan juga rating dengan terperinci.
Selamat dan dipercayai
Novakid English Learning Platform telah dipercayai lebih 70k ibu bapa daripada lebih 17 negara. Platform yang digunakan adalah Stripe (PCI Service Provider Tahap 1, dimana ia merupakan sistem yang mempunyai tahap sekuriti dan pensijilan tertinggi dalam industri pembayaran).
Para pelajar boleh menyemak penilaian setiap guru. Kredit Video: Parent Talk Indonesia.
Getting Started – Jom Belajar Bersama Novakid!
Sangat mudah dan senang untuk memulakan pembelajaran atau pendaftaran anak Mama di Novakid English Learning Platform, kerana laman mereka yang mesra pengguna.
Jom Mama Siti tunjukkan panduan ringkas ini:
- Ibu bapa akan mendapat satu pautan di mana mereka boleh memilih antara dashboard untuk Ibu Bapa menyusun jadual kelas dan mendapat maklum balas daripada guru ATAU dashboard untuk anak Mama, di mana pembelajaran yang menyeronokkan bakal bermula!
2. Klik pada “Jadual” dan “Kelas Baru” di bahagian kiri skrin untuk akses ke jadual waktu dan mengaktifkan kelas baharu.
3. Klik di profil setiap tenaga pengajar, jadual, tonton video pengenalan mereka, dan pilih guru mana yang sesuai untuk anak anda. Kemudian, pilih kelas secara mingguan atau sekali sahaja dengan guru tersebut, tarikh, dan masa yang anda inginkan.
4. Dah nak siap…klik untuk verifikasi dan untuk sahkan slot anda!
5. Dah siap! Mudah bukan? Sekarang, Mama hanya perlu nantikan kelas pertama anak anda.
6. Platform ini mudah untuk digunakan dan dijamin mesra pengguna, untuk memastikan kerja yang minima buat ibu bapa dan keseronokkan pembelajaran yang maksimum bagi anak-anak! Untuk beralih ke profil anak, Mama hanya perlu menggerakkan kursor ke bahagian kanak atas, dan klik “profil”, dan anda akan dibawakan ke dashboard yang menunjukkan untuk Ibu Bapa atau Anak.
Best Bukan? Jom Daftarkan Anak Anda Sekarang!
Dapatkan empat (4) sesi pembelajaran pertama anak anda hanya pada RM64 (bukannya RM148)!
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Novakid. Daftarkan anak anda hari ini dan lihat bagaimana dia menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk belajar!
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.