F&N Magnolia memperkukuh kepentingan 100% susu segar dengan pelancaran 100% Susu Segar Magnolia UHT, menawarkan rakyat Malaysia pilihan produk tenusu yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.
Selaras dengan komitmen ini, peraduan ‘Cari 100% Susu Segar Magnolia’ telah diaktifkan bagi mendidik serta menggalakkan pengguna memilih hanya yang terbaik untuk keluarga mereka – 100% susu segar tanpa bahan pengawet tambahan dan dengan jangka hayat yang lebih panjang.

Dengan penyertaan yang memberangsangkan, peraduan yang berlangsung dari 1 Disember 2024 hingga 10 Mac 2025 ini telah menarik perhatian para pencinta susu segar di seluruh negara.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka, 100 pemenang bertuah telah menerima bekalan 100% Susu Segar Magnolia UHT selama 100 hari. Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi jenama dalam menyampaikan kebaikan susu segar yang berkhasiat dan berkualiti tinggi kepada keluarga di Malaysia.
Dikenali sebagai sumber kalsium dan protein serta diiktiraf dengan logo Pilihan Lebih Sihat, 100% Susu Segar Magnolia UHT Milk menjadi pilihan yang dipercayai oleh keluarga Malaysia.

“Kami amat berterima kasih atas sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna yang menghargai kebaikan memilih 100% Susu Segar Magnolia UHT untuk keluarga mereka,” kata Leong Wai Yin, Ketua Pegawai Pemasaran F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. “Kempen ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia dan mengingatkan semua tentang kepentingan 100% susu segar sebagai sebahagian daripada gaya hidup berkhasiat,” tambahnya.

Salah seorang pemenang yang diumumkan, Emma dari Petaling Jaya, meluahkan kegembiraannya: “Kami sangat teruja apabila mengetahui kami memenangi hadiah ini. Saya menyertai peraduan ini kerana kami sekeluarga sangat menggemari susu Magnolia. Kami menikmatinya setiap hari untuk sarapan dan berkongsi dengan keluarga.”
Emma turut menyatakan cintanya terhadap Magnolia: “Kami sukakannya kerana ia penuh dengan kebaikan, rasanya sedap, kaya dengan kalsium dan 100% segar.”
Senarai penuh 100 pemenang telah diumumkan secara rasmi di halaman Facebook dan Instagram Magnolia, dengan para pemenang dihubungi secara individu serta hadiah dihantar secara berperingkat.
F&N Magnolia merakamkan penghargaan yang tulus kepada semua peserta dan berharap dapat terus membawa 100% Susu Segar kepada keluarga di seluruh Malaysia.
Selain itu, pengguna yang Magnolia juga menawarkan susu dalam perisa Coklat, yang diperbuat daripada susu segar untuk pilihan yang lazat serta berkhasiat.
Untuk kemas kini terkini dan promosi akan datang, ikuti Magnolia Malaysia di media sosial:
Facebook – https://www.facebook.com/MagnoliaMilkMalaysia/
Instagram – https://www.instagram.com/magnoliamilkmalaysia/?hl=en