Bedak sejuk telah lama digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menjaga kecantikan kulit. Namun, kini dengan deretan pelbagai jenis produk kecantikan di pasaran menyebabkan pemakaian bedak sejuk semakin menghilang dan terus dilupakan.
Berbeza dengan lambakan produk kecantikan yang mudah dijumpai dan diperbuat menggunakan campuran bahan yang boleh mendatangkan kesan bahaya kepada kesihatan kulit, bedak sejuk merupakan altenatif terbaik bagi anda yang pentingkan keselamatan bahan yang digunakan.
Ini adalah kerana ia diperbuat daripada bahan asas makanan harian utama kita di rumah iaitu beras dan dijamin bebas dari bahan kimia atau apa-apa campuran bahaya yang lain.
Banyak sebenarnya kebaikan pemakaian bedak sejuk ini yang ramai tak tahu. Oleh sebab itu, di bawah ini Mama Siti nak kongsikan beberapa khasiat bedak sejuk yang sangat terkenal pada zaman nenek moyang kita dahulu.
Mana tahu dengan perkongsian Mama Siti, Mama semua pun mula jadikan bedak sejuk sebagai amalan kecantikan yang selamat. Jom lihat!
Senarai Kebaikan Bedak Sejuk
Antaranya kebaikan pemakaian bedak sejuk adalah seperti berikut:
#1. Bedak Sejuk dapat Merawat Jerawat
Kegunaan bedak sejuk dapat membantu merawat jerawat pada kulit muka. Pemakaiannya juga dapat membantu mengurangkan kemerahan pada kulit dan mengecutkan jerawat kulit wajah.
#2. Melembapkan Kulit
Kelebihan yang seterusnya adalah dapat melembapkan kulit. Kulit kering pastinya sangat merisaukan bukan?
Ini kerana kulit kering akan membuatkan kulit cepat berkedut dan menampakkan wajah kelihatan tua sebelum waktunya. pemakaiannya secara konsisten dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit wajah.
#3. Mencerahkan Tona Kulit
Ia juga sangat membantu dalam masalah warna kulit tidak sekata dan dapat mencerahkan tona kulit si pemakainya.
#4. Mengurangkan Sebum
Kulit wajah berminyak? Pastinya sangat merimaskan bukan? Pemakaian bedak ini dapat membantu untuk mengurangkan sebum atau minyak berlebihan pada kulit wajah. Tetapi jangan risau, ia tidak akan mengeringkan kulit wajah.
#5. Menyegarkan dan Menyejukkan Kulit
Pemakaian bedak ini juga dapat membantu untuk memberikan kesegaran dan menyejukkan kulit wajah. Sangat sesuai dipakai pada hari dan waktu panas.
#6. Merawat Kesan Lecur
Jika terdapat kesan lecur pada mana-mana bahagian badan, boleh cuba letakkan ia pada kawasan tersebut. Ianya dapat membantu menyejukkan kesan lecur tersebut.
Tetapi harus diingat, kesan lecur itu haruslah kesan lecur yang ringan ya! Jika kesan lecur yang teruk terus dapatkan rawatan dari doktor.
#7. Merawat Kulit Sensitif
Kulit sensitif memerlukan penjagaan yang khusus. Ia juga boleh membantu merawat kulit sensitif dengan memberi rasa sejuk pada kulit dan mengurangkan kemerahan pada kulit.
Ia sesuai dipakai sewaktu kulit mengalami sunburn juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
#8. Bedak Sejuk Membantu Melicinkan Wajah
Impikan kulit wajah yang licin? Bedak sejuk boleh membantu dalam masalah ini dengan dengan memakainya secara konsisten anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.
#9. Menanggalkan Sel Kulit Mati
Kulit mati pada kulit muka akan menyebabkan semua produk kecantikan yang dipakai tidak dapat diserap dengan baik oleh kulit wajah.
Ini kerana, kulit mati menghalang produk kecantikan yang dipakai sampai ke kulit. Oleh itu, semasa ingin mencuci saki baki bedak tersebut dimuka, gosokkan secara perlahan dan lembut untuk membantu menanggalkan kulit mati.
#10. Menegangkan Kulit
Ia turut berfungsi sebagai masker muka. Biarkan selama beberapa minit di muka dan pastikan sehingga kering. Hasilnya, kulit muka akan kelihatan tegang dan berseri.
#11. Bedak Sejuk Membantu Masalah Bau Badan
Di samping itu, bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan boleh cuba berikhtiar dengan bedak sejuk.
Ia turut membantu untuk mengurangkan bau badan kerana mengandungi bahan-bahan yang dapat menyerap peluh dan memberikan rasa sejuk pada bahagian ketiak, sekaligus mengurangkan bau badan.
#12. Baik dan Sesuai untuk Kurangkan Masalah Ruam
Selain untuk kecantikan, ia juga dapat membantu mengurangkan ruam pada kulit bayi. Pemakaiannya juga dapat memberikan rasa sejuk dan mengurangkan gatal-gatal pada kulit bayi akibat dari ruam.
Pemakaian bedak ini mempunyai banyak kebaikan kepada si pemakai kerana ia adalah 100% bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya.
Namun, kesannya tidak boleh dilihat serta merta. Hasilnya hanya boleh dilihat sekiranya anda konsisten dengannya.
Selain info di atas, Mama juga boleh dapatkan pelbagai lagi petua yang lain di SINI.