Tahukah Mama mengapa kulit bayi lebih sensitif berbanding orang dewasa? Pertama sekali, kulit bayi masih sangat halus dan nipis. Keduanya, sistem pernafasan dan fungsi tubuh badan bayi masih belum matang. Disebabkan itu, babymudah mendapat reaksi negatif dengan sesetengah jenis bedak.
Untuk mencari bedak babyyang sesuai, pastikan bedak tersebut tidak mengandungi talkum, bahan pewangi dan paraben. Walaupun pewangi tidak berbahaya, namun dibimbangi ia boleh memberi kesan yang buruk pada kulit bayi yang sensitif.
Senarai bedak bayi terbaik yang Mama Siti kongsikan kali ini mengambil kira berkaitan kandungan bahan-bahannya, kelebihan kepada baby serta design yang comel khas untuk si manja Mama.
8 Bedak Bayi Yang Terbaik di Malaysia dan Kelebihannya
1. Neal’s Organic Baby Powder

Bedak bayi ini sesuai digunakan keatas kulit bayi yang sememangnya sensitif. Mama tidak perlu bimbang kerana bayi seawal usia baru lahir boleh menggunakan bedak bayi ini.
Tambahan pula, ianya diperbuat daripada kanji jagung dan chamomile. Kedua-dua bahan tersebut meletakkan bedak bayi jenama Neal’s Yard Remedies berada dalam kategori bedak bayi organik.
Selain itu, ia juga sejenis bedak bayi yang bebas talkum (talc free) dan bebas pewangi (fragrance free).
2. Burt’s Bees Baby Bee Talc Free Dusting Powder

Apalah yang lebih kita inginkan daripada melihat anak bayi kita selesa sepanjang hari. Bedak bayi ini mempunyai tekstur yang lembut, licin serta berbau wangi.
Merupakan satu lagi bedak bayi bebas talkum memberikan kelebihan seperti tidak merengsakan kulit halus bayi. Selain itu, ia juga berupaya menyerap kelembapan secara semulajadi.
Paling penting kenapa Mama Siti katakan ianya terbaik adalah kerana bedak bayi ini diperakui oleh pakar kesihatan kanak-kanak (pediatrik).
3. Piyo Piyo Enzyme Baby Powder Cake

Kelebihan bedak bayi Piyo Piyo ialah dari segi bahan-bahan yang digunakan. Setiap satu botol bedak Piyo Piyo mempunyai jeli royal, enzim, ekstrak yis, minyak jojoba, marigold serta minyak ikan jerung.
Kesemua kandungan itu melindungi kulit bayi serta melembutkan dan melicinkan. Bayi Mama merasa selesa sepanjang hari.
4. Himalaya Herbals – Baby Powder

Dengan bahan herba aktif seperti minyak zaitun, zinc calx, cendana dan khas-khas, bedak bayi ini mengembalikan kelembapan kulit dan mengekalkan kulit mereka lembut dan anjal.
Seterusnya, ia mengawal peluh berlebihan dan menghilangkan bau peluh bayi. Tambahan pula, bedak bayi Himalaya Herbals selamat digunakan kerana tidak mengandugi paraben, phthalates dan pewarna tiruan.
5. Carrie Junior Baby Powder

Bedak bayi yang terkenal disebabkan baunya yang seakan buah-buahan. Reka bentuknya yang berlekuk membantu bayi meningkatkan kemahiran menggenggam.
Mineral dan vitamin bergabung di dalam Fruito-E supaya bedak bayi ini memberikan ketenangan, menyihatkan kulit bayi dan melindungi kulit si kecil.
Seeloknya gunakan kepada bayi pada umur 3 bulan keatas.
6. Chicco Baby Moments Powder

Jika kulit anak Mama lebih sensitif berbanding baby lain, lebih baik bertukar kepada bedak ini. Kelebihan bedak bayi dari Chicco Baby Moments ini bukan sekadar pada bentuk botolnya yang premium tetapi dari fungsinya.
Ketahuilah bahawa ianya diperkaya dengan khasiat kanji beras. Bahan ini menyegarkan dan membenarkan kulit bayi bernafas tanpa menutup pori-pori.
Tambahan pula, ia bertindak sangat baik dalam menyerap kelembapan berlebihan daripada peluh bayi.
Seawal usia baru dilahirkan sudah boleh mula disapukan ke bahagian badan bayi.
7. Gold Bond Ultimate Body Powder
Bahan utama dalam bedak baby seterusnya ini ialah lidah buaya dan chamomile. Kedua memberikan keselesaan kepada bayi terutamanya untuk mencegah ruam dan melecet di bahagian pelipat bayi.
Dari segi reka bentuknya pula tidak banyak beza dengan bungkusan bedak di pasaran. Warna putih dan berpenutup warna emas sesuai dengan namanya sendiri.
Selain menggunakan bahan-bahan organik yang menyegarkan bedak ini juga bebas-talkum.
8. Nature’s Baby Organics Silky Dusting Powder
![PRE-ORDER] Nature's Baby Organics Silky Dusting Powder Fragrance Free 4oz 113.4g- Talc Relieve Chafing & Irritation Caused from wetness on the baby's bottom Ships in 3-7 days (ETA: 2022-11-05) | Lazada bedak bayi](https://lzd-img-global.slatic.net/g/p/8db36caa8cfb27715d0b9a7745c8c700.jpg_1200x1200q80.jpg_.webp)
Bedak bayi paling Mama Siti gemari. Nak tahu kenapa?
Ini kerana bedak bayi ini bebas dari sebarang kandungan pewangi, paraben, talkum dan SLS. Akar Echinacea, Goldenseal dan Chamomile ialah bahan terpenting dalam menghasilkan bedak ini.
Bedak yang menggunakan kebanyakkan bahan organik dan tanpa bahan sintetik sesuai untuk Mama yang cenderung kepada idea vegan.
Kelebihan bedak dari Nature’s Baby Organics ialah ia tidak merengsakan malahan kulit jadi bertambah lembut dan bersih.
Tips Memilih Bedak Bayi Buat Si Kecil

1. Lulus Ujian Hipoalergenik

Kulit bayi mempunyai sensitiviti tiga hingga lima kali ganda berbanding kulit orang dewasa. Kulit bayi masih nipis dan halus. Disebabkan itulah kulit mereka lebih cenderung bereaksi dengan bahan sapuan badan.
Semak di laman sesawang atau label pada bungkusan bedak dan pastikan bedak tersebut telah lulus ujian hipoalergenik.
2. Baca Label

Segera elakkan dari membeli bedak yang mengandungi pewarna, phthalates dan paraben. Ketiga-tiga bahan ini mengakibatkan kerengsaan kulit dan masalah pernafasan bayi.
3. Nilai Ulasan Pelanggan

Langkah wajib sebagai seorang pengguna sebelum membuat sebarang pembelian. Seboleh-bolehnya dapatkan ulasan dari first-hand reviewer untuk mengetahui keberkesanan bedak.
4. Bau Wangi

Beberapa bedak baby yang Mama Siti kongsikan berbau wangi. Bau wangi tidak berbahaya tetapi pastikan aromanya sederhana.
Ini kerana kita tidak mahu baby keliru dengan bau semulajadi ibu dan bau bedak. Kemahiran menghidu bayi yang baru lahir belum sepenuhnya berkembang dan memerlukan masa untuk mengenal perbezaan bau-bau di persekitarannya.
5. Mencapai Standard Global

Pilih produk yang mempunyai rekod kajian dari universiti, makmal penyelidikan dan badan kerajaan.
Sentiasa cakna dengan berita berkenaan produk bayi. Ada produk yang berseindung dengan bahan asbestos demi menguntungkan pihak tertentu.

Pemilihan bedak bayi sama pentingnya dengan produk-produk bayi yang lain. Lapan bedak terbaik yang Mama Siti kongsikan mempunyai kelebihan tersendiri setiap satunya.
Ingatnya, jika ada sebarang reaksi pada kulit anak Mama, cepat-cepat hentikan penggunaan dan bawa ke doktor.
Diharap perkongsian ini menjadikan Mama lebih cakna memilih produk yang sesuai untuk si manja Mama selepas ini. Berikan hanya yang terbaik untuk anak Mama.
Lihat panduan penjagaan si manja yang lain dengan klik SINI.