KelabMama

CARA YANG UNIK UNTUK BAYI TIDUR LEBIH NYENYAK, DENGAN HANYA MENGGUNAKAN 3 BAHAN DAPUR INI

Perkara paling biasa ibu bapa akan alami setelah lahirnya bayi baru ialah, tiada masa untuk diri sendiri, tidak cukup tidur dan kadang-kadang sampai terpaksa curi masa untuk buat sesuatu kerja rumah. Kita dah tidurkan bayi, bergerak sikit je, tiba-tiba anak kita dah terbangun. Nak bangun pergi tandas kejap pun nanti dia boleh terjaga dengan sendirinya. Macam mana ni…

Apa kata Mama cuba tips yang dikongsikan laman Facebook Pakar Kesihatan Bayi ini? Tips yang dikongsikan sebenarnya sangat lain daripada yang lain – out of the box lah! Mudah, jimat dan cepat. Yang paling penting, berkesan! Tips mudah ini telah pun mendapat lebih daripada 13,000 shares ketika artikel ini ditulis.

Dengan hanya 3 bahan sahaja!

Anak saya ni susah betul nak tidur lena. Saya baru nak berganjak ke dapur, baby dah boleh bau saya nak bangun. Pening juga takkan lah sepanjang masa nak kena pegang baby kan? Rumah nak tak nak kena kemas. Sebab saya jenis tak suka bersepah. Hari2 nak kena kemas. Tak tau nak buat apa saya pm personal Uncle Baby. Tips ni pun saya dapat percuma dari Uncle Baby. Alhamdulillah tips ni mmg sgt membantu.

Senang je cuma guna 3 benda.. getah, sarung tangan (plastik), beras.

Guna barang-barang yang ada didapur je kan. Tak perlu susah-susah nak cari barang-barang mahal.

Langkah-langkah:

  1. Pastikan sarung tangan yang digunakan adalah bersih. Masukkan beras ke dalam sarung tangan plastik tersebut. Masuk sehingga penuh & padat.
  2. Ikat ketat-ketat sarung tangan plastik itu dengan getah.

DAH SIAP!

Inilah hasilnya bila dah siap! Senang bukan?

Mama boleh cuba tips ini tau. InshaAllah bayi akan tidur lebih nyenyak (dan lebih lama).