Baru-baru ini digemparkan dengan berita bayi yang berada dalam keadaan songsang dilahirkan normal hingga terputus kepalanya! Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Hindustan Times, kejadian tersebut berlaku akibat kecuaian seorang jururawat lelaki di sebuah hospital di Rajasthan, India.
Tarikan Terlalu Kuat
Ketika kejadian, jururawat tersebut dikatakan sedang membantu seorang pesakit wanita bersalin, dengan menarik badan dan tangan bayi yang tersekat hingga kepalanya terputus! Jururawat tersebut melakukan kecuaian ketika membantu proses melahirkan bayi songsang tersebut secara normal kerana dia telah menarik bayi keluar terlalu kuat.
Kepala Bayi Masih Dalam Rahim Ibu
Lebih mengerikan apabila kepala bayi tersebut dikatakan dibiarkan tertinggal di dalam rahim si ibu yang sedang berjuang untuk hidup! Jururawat itu bersama seorang jururawat yang lain kemudiannya dilihat membawa tubuh mangsa ke bilik mayat dan meminta keluarga pesakit memindahkan si ibu ke Ummed Hospital di Jodhpur, India. Si ibu dipindahkan dengan alasan menghadapi masalah ketika melahirkan dan memerlukan rawatan lebih lanjut.
Setelah itu, wanita tersebut terus dibawa ke hospital lain dan dilakukan pembedahan segera untuk mengeluarkan plasenta yang tertinggal sekaligus menemui kepala bayi berkenaan yang masih ada di dalam rahimnya. Seorang doktor yang merawat si ibu berkenaan berkata,
Hasil laporan daripada Pusat Kesihatan Ramgarh menunjukkan bahawa proses bersalin telah dilakukan. Keluarga pesakit juga tidak memaklumkan mengenai keadaan si ibu dan kepala janin yang masih berada di dalam rahim ibu. Ketika saya memeriksa pesakit, saya mendapati plasenta pesakit masih keras, lalu pesakit terus dirujuk pada pakar di Jodhpur.
ujar Dr Sankla.
Si Ibu Masih Bertarung Nyawa
Pesakit, Dikhsha Kanwar kini sedang bertarung nyawa di hospital di Jodhpur. Satu laporan telah dibuat ke atas jururawat tersebut bersama seorang lagi jururawat, tetapi polis masih belum membuat sebarang tangkapan sehingga kini.
Suami wanita tersebut, Tilok Bhati, mendakwa bahawa jururawat lelaki tersebut berada dalam keadaan mabuk ketika bekerja. Bagaimanapun apabila disoal, pihak hospital terbabit hanya menyerahkan bahagian badan janin berkenaan kepada keluarga mangsa, tanpa sebarang penjelasan.
Semoga keluarga wanita terbabit mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Dapatkan produk bayi dengan tawaran menarik di Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!