KelabMama

Sebab Mengapa Bayi Muntah Susu & Cara Mengatasinya

Kredit Foto: Adobe Stock

Pernah tak si manja Mama alami muntah susu secara tiba-tiba ataupun dengan kerap? Lepastu menangis dan ada sahaja yang serba-serbi tak kena. 

Merengek, menangis dan muntah-muntah. Haih…kadang-kadang tu memang risau juga. Yelah sebab kita tak tahu sebabnya kenapa berlaku hal ini pada si manja. Adakah si manja tak sihat atau ia adalah normal?

Kenapa Bayi Muntah Susu?

Bayi mesti belajar semuanya dari awal, termasuklah cara makan dan  mengekalkan susu di dalam perut. Bersamaan dengan ludah, bayi anda kadang-kadang boleh muntah setelah diberi makan. Ini sangat biasa berlaku pada bulan pertama kehidupannya.

Ia berlaku kerana perut bayi anda masih cuba membiasakan diri untuk mencerna makanan. Mereka juga harus belajar untuk tidak meneguk susu terlalu cepat atau secara berlebihan.

Jika si manja Mama mengalami demam atau sakit lain, muntah yang berlaku mungkin merupakan salah satu cara badan bayi anda sedang menolak susu atau makanan yang dimakan, disamping cuba mengawal dirinya.

Jika muntah tersebut berterusan, segara bawa anak Mama ke klinik berdekatan ya!

Kredit Foto: Adobe Stock

Bahaya Jika Bayi Muntah Susu Dan Mengalami Simptom-simptom Ini:

Perkara pertama yang Mama harus beri perhatian adalah sekiranya bayi muntah lebih dari 12 jam lamanya. Sekiranya hal ini berlaku, Mama WAJIB bawa si manja berjumpa dengan pakar pediatrik di klinik kanak-kanak yang terdekat ya.

Bayi anda boleh mengalami dehidrasi dengan cepat jika mereka muntah dalam kuantiti yang banyak dan lama.

Selain itu, segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya bayi Mama muntah dan mempunyai simptom dan tanda lain seperti:

Kredit Foto: Adobe Stock

Selain daripada tanda-tanda di atas, jika Mama lihat bayi berada dalam keadaan demam, sakit perut atau apa-apa sahaja simptom lain yang membimbangkan, segera bawanya berjumpa dengan doktor pakar ya.

Sebagai mak, kita lebih mengenali bayi kita bukan? Jadil, jika Mama ada rasa bimbang atau ragu-ragu mengenai kesejahteraannya, lebih baik mempercayai naluri anda sebagai seorang ibu dan terus dapatkan pertolongan dengan segera.

Tips untuk Mengurangkan Muntah Susu

Kredit Foto: Adobe Stock

1. Elakkan memberi susu berlebihan. 

Seperti tangki petrol, isi perut bayi boleh menjadi terlalu kenyang (atau terlalu cepat penuh) dan akan segera mengeluarkannya kembali.

Untuk mengurangkan kemungkinan bayi makan berlebihan, Mama disarankan untuk memberi makan lebih kerap pada bayi dan dengan jumlah yang lebih kecil.

2. Sendawakan bayi anda dengan lebih kerap. 

Bayi juga mengalami acid reflux yang boleh menyebabkan bayi muntah susu.

Muntah akibat daripada acid reflux ini berlaku apabila otot-otot terlalu relax, dan menyebabkan si manja muntah selepas sesi penyusuan.

Untuk mengurangkan masalah ini dan mengelakkan daripada bayi muntah susu, Mama boleh sendawakan bayi dengan cara yang betul dan kerap.

3. Hadkan aktiviti selepas makan dan posisikan bayi dalam keadaan tegak.

Jangan terus biarkan bayi meniarap atau bermain terlalu aktif yang memberi tekanan pada perut bayi selepas waktu makan. Ini boleh menyebabkan bayi ingin mengeluarkan kembali makanan yang ada di dalam perutnya.

Walaupun waktu bermain penting bagi bayi, menangguhkannya sebentar selepas makan dapat berfungsi sebagai teknik mengurangkan muntah susu yang mudah dan berkesan.

Pastikan bayi berada dalam keadaan lurus seperti diletakkan di bahu Mama selama 30 minit selepas menyusu untuk mengelakkan dia muntah susu.

4. Pemilihan susu formula

Kredit Foto: Adobe Stock

Sekiranya bayi anda diberi susu formula, ada kemungkinan susu formula itu tidak sesuai dengannya dan menyumbang kepada muntah susu.

Untuk pengetahuan Mama, sebenarnya dianggarkan 5% bayi tidak dapat menerima atau tidak sesuai dengan kandungan protein yang terdapat dalam susu atau susu formula yang berasaskan soya.

Jadi, sekiranya Mama mendapati bayi Mama muntah atau sakit perut selepas minum susu, mungkin Mama boleh cuba menukar kepada susu yang lain.

Akhir sekali, cara terbaik untuk mengurangkan muntah bayi adalah dengan memberi makan bayi anda sebelum dia sangat lapar. Dan jangan lupa untuk sendawakan bayi dengan perlahan ketika dia berehat semasa menyusu.

Bayi muntah susu sebenarnya merupakan proses yang normal, terutamanya bagi bayi yang baru lahir. Malah, Mama masih boleh sambung menyusu si manja selepas dia muntah.

Kalau tak, lapar nanti anak Mama tu.

Tetapi, ingat ya. Sekiranya bayi anda muntah secara berlebihan atau tidak sihat, segera bawanya ke klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.