Bayi menangis pada waktu malam adalah masalah yang sering dialami oleh ramai ibu bapa dan boleh dikatakan ia merupakan sesuatu yang normal. Namun situasi bayi menangis malam ini bakal bertukar menjadi satu kerisauan terutama bagi Mama Papa yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Bukan sahaja risau, tetapi ia juga boleh menjadi sebuah pengalaman yang sangat meletihkan dan memeningkan, terutama jika Mama dan Papa merupakan individu yang bekerjaya. Pasti tertanya-tanya kan apa sebenarnya yang membuatkan bayi menangis tengah malam?
Bagi menjawab persoalan tersebut, pada perkongsian kali ini Mama Siti ingin kongsikan 8 punca yang boleh menyebabkan bayi menangis pada waktu malam.
Jom kita lihat punca-puncanya!
Punca Bayi Menangis Malam
Berikut adalah 8 punca kenapa bayi suka menangis waktu malam yang perlu Mama tahu iaitu:
#1. Suhu yang Terlampau Panas atau Sejuk
Si manja Mama mungkin berasa sejuk atau panas yang menyebabkan dirinya tidak selesa lalu menangis. Pastikan suhu ruangan si kecil Mama tidak terlalu sejuk atau panas.
Pastikan juga untuk memakaikan pakaian yang sesuai dengan suhu ruangan bilik dan juga cuaca.
#2. Lapar atau Haus
Bayi menangis pada waktu malam juga mungkin disebabkan oleh rasa lapar. Bayi Mama mungkin merasa merasa lapar atau haus setelah beberapa jam tanpa makan atau minum.
Seeloknya, untuk mengelakkan bayi Mama dari teriak di tengah malam, sebelum tidur pastikan si kecil Mama kenyang sebelum menidurkannya.
Jika bayi newborn Mama boleh susukan bayi Mama setiap 2 ke 3 jam mengikut keperluan bayi.
#3. Tidak Selesa dengan Lampin
Selain itu, bayi juga akan menangis sekiranya mereka tidak selesa dengan lampin mereka. Berkemungkinan lampin yang dipakai sudah penuh atau bayi Mama telah membuang air besar.
Ini akan mengganggu tidur mereka lalu menangis. Sekiranya bayi Mama menangis pada waktu malam pastikan untuk memeriksa lampin.
Sebelum tidur disarankan untuk menukar lampin yang baru supaya tidur si manja tidak terganggu oleh rasa tidak selesa tersebut.
#4. Masalah Penghadaman
Di samping itu, punca lain kenapa bayi suka menangis waktu malam adalah masalah penghadaman. Bayi mungkin sakit perut berpunca dari masalah penghadaman ini.
Contohnya, sembelit dan kembung perut disebabkan angin di dalam perut.
Mama boleh letakkan minyak yang sesuai dengan bayi Mama atau lakukan urutan “I Love U” sebagai rutin sebelum tidur untuk mengurangkan masalah angin dalam badan bayi.
#5. Gigi Tumbuh
Bukan itu sahaja, malahan gigi yang mula tumbuh juga membuatkan bayi Mama tidak selesa lalu berteriak di malam hari. Ini kerana, gigi yang baru hendak tumbuh atau keluar agak menyakitkan bagi bayi.
#6. Terlalu Letih
Si manja Mama mungkin tersangat letih di siang harinya dan inilah antara punca kenapa bayi suka menangis waktu malam.
Apabila terlalu letih pada siang hari, bayi akan susah untuk tidur dan ini akan menyebabkan mereka rasa terganggu dan meragam.
#7. Sakit antara Punca Bayi Menangis Malam Hari
Bayi mungkin menangis kerana kesakitan yang dialami oleh mereka. Oleh kerana tidak boleh memberitahu secara terus hanya dengan menangislah membantu mereka untuk mengeksperasikan rasa sakit yang mereka rasai.
#8. Suasana Bising Boleh Menjadi Penyebab Anak Menangis Tengah Malam
Yang terakhir adalah suasana yang bising boleh menyebabkan mereka menangis di waktu malam disebabkan rasa terganggu dengan bunyi kuat di sekitar mereka.
Ada bayi di mana mereka langsung tidak terganggu dengan bunyi bising, namun ada bayi yang tidak boleh tidur dalam persekitaran yang bising.
Oleh itu, Mama perlu cuba untuk menenangkan mereka dengan memeriksa kemungkinan-kemungkinan seperti di atas.
Jika Mama dapat kenal pasti puncanya, mungkin lebih mudah untuk tenangkan bayi Mama. Namun, jika bayi menangis malam hari tanpa sebab yang diketahui dan puncanya tidak seperti senarai punca di atas, adalah lebih baik jika Mama membawanya berjumpa dengan doktor.
Kali pertama bakal bergelar Mama Papa? Jom ke laman web Motherhood New Mom Privilege kerana banyak informasi yang akan membantu journey parenthood Mama Papa nanti.
Khas untuk Mama yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!
Tambah info mengenai penjagaan si manja dengan rujuk ruang INI.